Pengikut

Isnin, 29 April 2013

Kembara Buku di PBAKL 2013

Setelah menghubungi rakan-rakan untuk mengajak ke PBAKL, mereka memberitahu bahawa masing-masing ada hal. Jadi, rasa terkilan juga kerana selalunya saya pergi bersama mereka. Namun begitu, semalam demi buku yang diidamkan menjadi milik saya, saya memberanikan diri untuk ke PBAKL seorang diri menaiki tren komuter. 

Sebenarnya, kembara ini sangat memberi pengalaman kepada saya. Mana tidaknya, setelah penat berjalan dari Putra ke PBAKL sewaktu baliknya, saya tersalah naik tren ke Batu Cave. Mujurlah cepat sedar. Kemudian, saya turun di Sentosa dan naik semula tren ke Putra. 

Setelah sampai di Batang Kali, hujan turun dengan lebat. Saya tidak menjangka jalan masuk ke rumah saya digenangi air yang sangat dalam. Hingga jalan terpaksa ditutup buat sementara waktu. Alhamdulillah, dengan lafaz bismillah, kereta yang menghantar saya pulang itu meredah juga jalan masuk ke rumah saya itu. Rasa takut pun ada. Cukuplah dengan pengalaman merasai banjir sewaktu belajar di Perlis dulu. 

Kembali ke topik asal, inilah buku-buku yang sempat saya beli. Kebanyakannya buku daripada terbitan ITBM. Dan ada juga dari DBP dan Cerdik Publication. Ada antaranya pula buku yang tidak dirancang disambarnya. Hanya tiga buah buku sahaja yang dirancang tetapi tidak dibeli. Entahlah, setelah ditimbang semula, rasa rugi pula.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk melanggan semula Tunas Cipta dan Dewan Sastera dengan Dawama. Siapa dapat teka berapa jumlah kesemua buku ini setelah dapat diskaun, yang saya kira paling banyak sekali dalam sejarah saya ke pesta buku?

Entah, bila hendak habis baca pun tidak tahulah!

Antara buku-buku ITBM yang dibeli

Kumpulan cerpen yang terbaharu ITBM, masih panas

Kumpulan puisi daripada penulis yang hebat

Himpunan karya yang hebat daripada penulis Malaysia, muda dan mapan

Kumpulan cerpen kanak-kanak dan 
Sepi Makin Memanjang (kumpulan cerpen terbaharu, Allahyarham Azizi Abdullah)

3 buku RM 10. Kumpulan cerpen Cerdik Publication

Majalh terbitan DBP edisi 2012. Edisi bulan Mei belum ada. 
Yang ada Dewan Budaya dan Dewan Kosmik sahaja.

Sebenarnya, saya masih menyimpan hasrat untuk ke sini sekali lagi. Rasa hendak membeli beberapa buah buku lagi. Tetapi, tidak tahu bila. Jika ada rezeki dapatlah! Jika tidak, saya cari di kedai buku sahaja nanti.

Kepada yang belum pergi, ayuh ke sana. Pasti anda akan berpuas hati, kecuali yang tidak gemar membaca dan membeli buku. Saya sarankan anda membawa beg galas untuk memudahkan anda membawa buku. Tidaklah sakit tangan hendak mengangkutnya. 



6 ulasan:

  1. Abang Helmi; terima kasih kerana mendapatkan Cantuman Mimpi!

    BalasPadam
  2. Sama-sama. Moga kalian berjaya. Hebat!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.

    Abang Helmi,terima kasih kerana sudah mendapatkan naskhah Cantuman Mimpi. :)

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam, sama-sama Fathul. Moga terus bersemangat untuk menghasilkan karya yang terbaik, ya.

    BalasPadam
  5. Sejujurnya, Kak Long cemburu melihat hasil perburuan ini. Uwaaaa Kak Long tak dapat menghadiri sebarang program yang diselenggarakan ITBM semasa PBAKL yang lalu. Maknanya, Kak Long juga tidak dapat memiliki sebarang buku bertandatangan eksklusif penulisnya yang hadir ketika itu.

    Cuti kakitangan perkhidmatan awam di negeri Perlis telah dibekukan bermula 9 April sehingga tarikh pengumuman keputusan pilihan raya. Sangat rugi rasanya! Boleh bayangkan bagaimana perasaan Kak Long dan rakan duet yang terlepas banyak acara kat sana?

    Sekarang cuti kami sudah mencair. Kami menantikan sekiranya ada lagi sebarang acara menarik yang boleh kami terjah. Nak lepaskan geram terpendam ni. Heh heh heh heh :)

    BalasPadam
  6. Huhuhu... masih boleh beli lagi. Insya-Allah, kalau ada aktiviti lagi lepas ni, pasti ITBM akan jemput Kak Long.

    Selamat mempromosikan buku Kak Long bersama rakan duet.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78