Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Berita Bahasa: i-THINK Membudayakan Kemahiran Berfikir


Saya akan mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk menulis. Walaupun sekadar ruangan berita bahasa. Itu sudah cukup bagi saya untuk terus mengasah pena saya daripada terus tumpul tidak menulis. Kesibukan dalam dunia pendidikan membataskan untuk saya meluangkan masa untuk menulis. Jadi, tidak salah saya menggunakan sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi tentang apa-apa sahaja. 

Oleh itu, kepada penulis baharu khususnya, janganlah menunggu peluang hanya untuk menulis untuk ruangan yang hebat dan besar sahaja. Penulis yang bijak, ialah penulis yang mampu mencipta peluang untuknya mencambahkan idea dan ilham. 

Dalam Pelita Bahasa, April 2013, berita bahasa saya yang berjudul i-THINK MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR, telah disiarkan. Selamat membaca. 

2 ulasan:

  1. Lebih wajar jika kelas sastera dibuka lebih banyak dan meluas.

    BalasPadam
  2. Ya, perlu sangat. Dan perlu juga dijalankan program untuk pemantapan pengajaran sastera kepada guru-guru agar guru lebih memahami cara pengajaran sastera yang menarik. Barulah murid boleh tertarik.

    *Jangan lupa dapatkan Pelita Bahasa Mei 2013 nanti

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78