Pengikut

Sabtu, 1 Ogos 2015

Promosi Pakej Tetamu Istimewa dan Madu di Tangan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, lebih kurang 6 tahun saya terlibat dalam dunia penulisan, inilah hasilnya. Dua buah buku iaitu Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa (2014) dan Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan (2015) yang kedua-duanya diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Saya bermula dengan menulis secara eceran dan menghantarnya ke surat khabar dan majalah. Sejak itu, tekad saya tidak pernah kendur untuk terus melangkah dalam dunia ini yang seterusnya memendam impian untuk memiliki buku pula. Akhirnya, berkat usaha gigih itu saya berjaya menggapai impian itu. 

Bagaimanapun, tanpa pembaca buku tidak akan pernah hidup. Oleh itu, saya menyeru kepada pembaca semua untuk memiliki pakej buku ini yang ditawarkan dengan harga istimewa. Sokongan kalian amatlah saya harapkan. Terima kasih. 

Sabtu, 25 Julai 2015

Kad Raya Masih Relevan?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menulis dalam blog ini. Biarpun sudah lama tidak menerbitkan entri baharu, namun sesekali saya bertandang juga ke sini. 

Ramadan telahpun berlalu. Kini kita sedang berada di bulan Syawal. Saya kira belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan blogger semua. Maaf zahir dan batin. 

Kad raya masih relevan? Biarpun zaman teknologi semakin berkembang pesat dengan kemudahan SMS, Whatsapp, Twiter, FB dan sebagainya, namun kehadiran kad raya tidak pernah lekang dek panas, lapuk dek hujan. 

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak ITBM sebagai penerbit buku Tetamu Istimewa dan Madu di Tangan yang sudi mengutus kad hari raya dan jemputan Majlis Sambutan Aidilfitri nanti kepada penulis yang kerdil ini. Terima kasih juga kepada rakan blogger Kak Kathy, rakan guru dan SISC+ saya yang sudi mengutus kad hari raya kepada saya. Saya amat hargai.


Rabu, 24 Jun 2015

PT3 Sejarah 2015: Persetiaan Persekutuan 1895

Assalamualaikum.



Saya kira calon PT3, pasti sedang sibuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan PT3 Sejarah 2015.
Soalan PT3 Sejarah 2015: Berdasarkan petikan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895, buat kajian dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Oleh itu, calon haruslah mengikut panduan penyediaan laporan yang ditetapkan agar calon dapat memperoleh markah yang tinggi. Secara kasarnya, jawapan calon haruslah merangkumi:

a) Tajuk kajian

(b) Objektif Kajian

(c) Isi kandungan



(d) Membuat rumusan

(e) Menyenaraikan sumber rujukan

Semoga berjaya kepada calon Pt3 Sejarah 2015.

Nota: Bahan yang dikongsi bukan jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber maklumat yang boleh digunakan oleh calon PT3 untuk menyediakan Tugasan Sejarah. Harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78