Pengikut

Ahad, 26 Januari 2014

Dulu Saya Ulas Buku Orang, Sekarang Buku Saya Pula Orang Ulas

Assalamualaikum semua. 


Saya begitu teruja bukan sahaja hari ini malah setiap minggu pada hari Ahad untuk menyelak halaman sastera akhbar Berita Minggu dan Mingguan Malaysia untuk menyemak karya siapa yang tersiar. Dengan harapan, ada karya saya disiarkan. Namun begitu, nampaknya belum ada rezeki lagi setelah lama tidak melihat karya sendiri disiarkan di akhbar arus perdana ini. 

Kekecewaan itu terubat apabila melihat halaman Ulasan Buku di Mingguan Malaysia pada hari ini (26 Januari 2014) yang mana Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya diulas oleh seorang penulis. Sememangnya saya begitu teruja apabila dulu saya ulas buku orang (penulis), sekarang buku saya pula orang (penulis) ulas. Terima kasih diucapkan kepada Wadiassofi Jaafar, yang juga seorang peulis Kedah yang berbakat besar dalam penulisan. 

Kepada yang belum memiliki Tetamu Istimewa ini bolehlah dapatkan di Kedai Buku 1Malaysia yang berhampiran kerana kedai ini antara pengedar buku terbitan ITBM. Jika tidakpun boleh beli melalui ITBM sendiri melalui portal ini Beli Tetamu Istimewa dengan ITBM.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Tetamu Istimewa, kalian juga boleh membaca entri yang telah saya kongsikan ini.


Saya sangat mengharapkan sokongan kalian untuk mendapatkan Tetamu Istimewa sekaligus dapatlah saya menerbitkan buku seterusnya pada masa akan datang. Buku ini boleh sahaja dibeli untuk bacaan sendiri, anak-anak ataupun dihadiahkan kepada sesiapa sahaja. 


26 ulasan:

  1. Baru nak komen lepas baca mingguan tadi pasal buku tetamu istimewa..tahniah bro

    BalasPadam
  2. tahniah cikgu, saya belum berkesempatan memilikinya, dan sentiasa berdoa semoga cikgu terus unggul dan cemerlang denga karya-karya hebat..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CM. Saya masih mengharapkan lebih ramai memilikinya.

      Padam
  3. wah, tahniah =) rezeki awal tahun hehe semoga ia menjadi pembakar semangat dan terus sukses =) in shaa Allah.

    BalasPadam
  4. Wah kak Erin nak cari dan belilah buku cikgu ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Kak Erin, saya sangat berharap lebih ramai yang membeli buku ini. Terima kasih.

      Padam
  5. Terbaik! Buku kedua, ketiga dan seterusnya pasti menyusul.. mungkinkah nanti kumpla aretikel pula selain puisi dan cerpen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasij saudari Jamilah. Insya-Allah, sebelum pesta buku nanti akan menyusul kumpulan puisi remaja. Kumpulan artikel? Oh, banyak yang perlu saya pelajari lagi. Mungkin kumpulan esei bahasa dan sastera-Wardah Munirah boleh saya jadikan sebagai rujukan dan panduan untuk menyusun manuskrip ini sekalipun saya berhajat untuk berbuat demikian.

      P/S: Saya masih menantikan ulasan buku Tetamu Istimewa daripada saudari Jamilah.

      Padam
  6. semoga terus berjaya..insya'allah. :)

    BalasPadam
  7. Assalam
    Tahniah ya Cikgu. Semoga berjaya menerbitkan lagi buku di masa - masa akan datang.

    BalasPadam
  8. tahniah bro..teruskan usaha memartabatkan bahasa dan kesasteraan melayu :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum cikgu. Mesti lain rasanya sekarang kan apabila buku sendiri pula diulas orang. Wah!!! Seronoknya. Masih belum memiliki dan sentiasa berharap untuk memiliki Tetamu Istimewa. Mungkin sewaktu PBAKL nanti, tercapailah cita-cita saya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Hanif. Rasa teruja. Terima kasih kerana berhajat untuk membeli buku saya. Selamat membaca.

      Padam
  10. kat SP ni tak nambak kedai buku 1M tau helmi. kak cuba cari kat kedai buku 1M ni di UTC Perak tapi tak ada. dah 2x gak singgah dan tanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat SP memang tak ada kedai KB1M kak anim. Dekat UTC Alor Setar ja ada KB1M. Tapi, dekat Alor Setar, buku saya ni pun belum masuk pasaran. Entahlah, sabar ya.

      Padam
  11. wah tahniah ye cikgu
    saya belum berkesempatan untuk beli

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  13. tahniah nak cari juga nanti ni..

    BalasPadam
  14. Beruntung cikgu kerana ada orang berminat nak ulas buku tu... baru kita tahu tahap pencapaian kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78