Pengikut

Selasa, 7 Januari 2014

Cerpen: Gadis dan Cermin Masa Depan di Jelita Januari 2014

Assalamualaikum semua.

Dalam kesempatan masa yang ada ini, saya cuba terbitkan entri baru dan sedaya upaya melakukan blogworking. Sememangnya kesibukan melanda pada awal sesi persekolahan ini, hari esok petang ada kokurikulum, khamis ada mesyuarat guru dan pusat sumber sekolah. Jadi, perlu mengatur masa dengan baik. 


Alhamdulillah, Gadis dan Cermin Masa Depan telah disiarkan di Jelita, Januari 2014. Cerpen ini membuka tirai penulisan saya pada tahun 2014. Cerpen ini menggunakan watak remaja untuk mengerakkan cerita. 

Di sini saya perturunkan permulaan cerita dalam cerpen ini. 

Rumah banglo dua tingkat itu bagaikan dihuni kesunyian. Sejerit suara pun tidak kedengaran. Siang dan malam sama sahaja. Jalur cahaya yang mencuri masuk melalui himpitan daun tingkap bagaikan terjerat sendiri untuk mencari jalan keluar. Sesekali dapat dilihat wajah gadis bercermin diri sambil mengurai rambut ikalnya di muka jendela memandang jauh ke masa depan. 
Dia bagaikan tertipu dengan agakan dirinya sendiri, setiap kali cuping telinganya menangkap derap langkah menuju ke bilik sebelah. Sejak daripada itu, dia sudah tidak bersungguh-sungguh lagi untuk menerpa ke bilik sebelah setiap kali terdengar bunyi yang mencurigakan. Acapkali yang dijumpainya bukan kebahagiaan, sebaliknya kesedihan dan kekecewaan. Pedih untuknya hadam buat sekian kali dan berterusan.
Siapakah gadis? Dan apakah kaitannya dengan cermin masa depan itu? Untuk mengetahui kisah selanjutnya dapatkan Jelita, Januari 2014!


24 ulasan:

  1. tajuk penulisan dan gambarnya menarik..tahniah..:)

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu Helmi.. semoga dipermudahkan urusan & terus berjaya.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  3. Saya sukakan tajuknya...teruskan berkarya tuan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih. Tajuk memainkan peranan penting.

      Padam
  4. Tugas cikgu semakin sibuk...semoga dipermudahkan segala urusan.
    Tahniah...semoga 2014 bawa lebih byk kejayaan buat cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju BM. Terima kasih atas semangat yang diberikan.

      Padam
  5. Arghh... bestnya starting dia. Teringin la nak baca cerita ni. Mesti kena cari majalah tu nanti la. Tak sabar nak baca. Apa2 pun, teruskan berkarya ye cikgu. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatkan majalah Jelita Januari yang sedang berada di pasaran. Terima kasih atas sokongan.

      Padam
  6. terima kasih jemput saya untuk berkongsi karya cikgu...tepat sungguh pilihan cikgu,saya memang berminat dalam penulisan,namun hanya membaca karya orang je...cuba-cuba juga berkarya,untuk bacaan sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Sudilah singgah lagi di sini. Jemput juga dapatkan kumpulan cerpen terbaru saya "Tetamu Istimewa" terbitan ITBM. Boleh cuba menulis Mana tahu berbakat.

      Padam
    2. mohon komen karya saya ini -http://idazaidi.blogspot.com/2013/02/tok-ayah-tak-mahu-astro.html..tq

      Padam
  7. Cuba satu dulu. Kalau tak cuba, tak tahu.

    BalasPadam
  8. wah..bestnyer..kathy tak beli majalah jelita..selalu MW jer..:( btw,permulaan 2014 yg baik..tahniah..

    BalasPadam
  9. wah.. menarik introduction.. tahniah helmi.. :D

    BalasPadam
  10. Tahniah Cikgu.Saya baru dah baca dua hari yang lalu.Best Sangat.Hujung
    Disember yang lalu,saya tertanya-tanya juga,kenapa cerpen cikgu lama tak
    ada dalam Majalah.Tup-tup terus keluar dekat Jelita Januari.Saya pun cuba-
    cuba nak menulis cerpen ni cikgu.Sayang juga dengan bakat ni..:)

    BalasPadam
  11. Tahniah cikgu. Awal-awal tahun dah ada pembuka yang menggembirakan. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78