Pengikut

Sabtu, 11 Januari 2014

Nafsu Tiba-tiba Meningkat Apabila Melihat Buku...

Akhirnya, sampai juga saya di rumah setelah sepagian merantau di Kuala Lumpur seorang diri. Destinasi saya pagi tadi menuju ke Kedai Buku 1Malaysia, UTC Pudu Sentral dan merayau di Jalan Tunku Abdul Rahman sekejap. 

Sesungguhnya, nafsu membaca saya tiba-tiba meningkat dan tidak boleh tertahan-tahan lagi apabila melihat buku baharu terbitan ITBM yang memenangi sayembara tempoh hari. Jadi, pagi tadi saya nekad seorang diri untuk pergi memburunya. Biarpun tidaklah semua 30 judul buku itu saya beli. 

Hari ini hati saya terpaut dengan 5 judul buku ini: 


1. Novel: D.U.L.I.N. 
2. Kumpulan Cerpen: Melawan yang Mustahil 
3. Kumpulan Cerpen: Serangga di dalam Kepala
4. Kumpulan Puisi: Negeri Kunang-kunang
5. Kumpulan Puisi: Taman Maknawi 


Selain membeli buku, sempat juga saya sambar dua majalah iaitu Harmoni keluaran terkini dan Dewan Bahasa, Disember 2013. Dan, sebuah antologi cerpen kanak-kanak: Kami Sayang Cikgu! 

Sebenarnya, ada tujuan untuk saya membeli antologi ini. Ya, selain menulis cerpen umum/dewasa, saya juga menulis cerpen remaja dan kanak-kanak. Impian saya, suatu hari nanti saya hendak terbitkan satu kumpulan cerpen kanak-kanak.

12 ulasan:

  1. In Shaa Allah,mga impian jadi knyataan

    BalasPadam
  2. Kak pun boleh gila buku kalau p kedai buku. Ada yg belum khatam tapi dah beli yg baru. Menarik tajuk yg atas tu

    BalasPadam
  3. wah saya dah lama tak membaca bahan2 santai macam tu

    BalasPadam
  4. Teruskan usaha cikgu Helmi.. semoga Allah permudahkan & tercapai apa yg dihajati.. aamiin..

    BalasPadam
  5. semoga impian tercapai..saya dah lama x beli buku untuk baca2..tgh tunggu baucar jer

    BalasPadam
  6. Byknya cikgu beli buku... rasanya bulan lepas ada beli juga kan? Klu dekat boleh la pinjam hehe. Eh cikgu dah antar alamat ke emel ida ke belum? iida_syuhada@yahoo.com.my

    BalasPadam
  7. cikgu mampu...terbaik lah cikgu :)

    BalasPadam
  8. hai cik ros datang membalas kunjungan dan follow juga.. baguslah kalau suka berkarya.. kalau dah siap nti jgn lupa habaq naa..:D gud luck!

    BalasPadam
  9. Assalam
    Subahanallah. Ini tandanya cintakan ilmu itu Cikgu. Semoga maju jaya.

    BalasPadam
  10. bagus banyak membaca.. semoga helmi terus success.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78