kredit gambar dari Mingguan Malaysia |
Seperti biasa, aktiviti harian saya pada hujung minggu ahad, surat khabar menjadi santapan. Ruangan utama yang menjadi kegemaran bacaan saya ialah sastera (cerpen, puisi, rencana). Selain ruangan lain yang dapat memberikan informasi terkini.
Bicara Rasdan dedah blogger hiburan ciplak laporan
Saya tidak nafikan, saya juga mengikuti ruangan Bicara Rasdan yang pada saya, pandangan dan isu yang dibawanya sangat bernas. Kualiti idea yang kadangkala berunsur kritikan membina itu secara tidak langsung menyuburkan budaya berfikir dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Untuk isu hari ini, beliau telah mendedahkan "blogger hiburan yang menciplak laporan dari akhbar dan majalah". Dari keratan akhbar (gambar) yang didedahkan itu, saya rasa isunya berkaitan Mizz Nina yang muncul dalam sisipan Pancaindera minggu lepas. Pendedahan ini menunjukkan bahawa blogger hiburan tiada etika? Betulkah?
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Jika benar isu ini, maka kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya yakin, ramai yang tidak puas hati kerana bagi mereka yang bergelar blogger hiburan, tidak semua begitu.
Isu ini timbul apabila blogger tersebut menyalin atau menciplak rencana dari akhbar tersebut, kemudian menampalnya di blognya tanpa membuat petikan atau memberi kredit sumber yang diambil.
Kreditkan sumber yang dirujuk
Dalam penulisan media cetak sekalipun, isu etika ini sangat dititik beratkan. Sebab itulah, dalam dunia 'blogging' ni, entri yang mempunyai kualiti adalah entri yang asli ditulis oleh penulisnya sendiri. Buatlah rujukan sekiranya menyentuh hal fakta. Bukan senang nak jadi senang. Bayangkan, jika entri kita diciplak oleh blogger lain tanpa ada petikan sumbernya dari blog kita, sudah pastilah kita marah dan kecewa.
Jangan malu untuk meletakkan daripada mana sumber itu diambil. Jika sesuatu berlaku di belakang hari nanti, memang sukar untuk kita membela diri.
Amaran atau peringatan
Satu lagi halnya, apabila memasukkan gambar pada entri yang ditulis, pastikan ada kredit dari mana gambar itu diambil kecualilah gambar itu koleksi peribadi. Hal ini pernah berlaku yang mana seorang fotografi sekarang ini dalam proses menyaman seorang pelukis kerana telah menciplak karyanya setelah pelukis itu melukiskan gambar yang diambilnya ke dalam bentuk lukisan tanpa meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu.
Satu lagi halnya, apabila memasukkan gambar pada entri yang ditulis, pastikan ada kredit dari mana gambar itu diambil kecualilah gambar itu koleksi peribadi. Hal ini pernah berlaku yang mana seorang fotografi sekarang ini dalam proses menyaman seorang pelukis kerana telah menciplak karyanya setelah pelukis itu melukiskan gambar yang diambilnya ke dalam bentuk lukisan tanpa meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu.
Moga entri ini memberi peringatan kepada saya dan kalian juga. Moga, kita tidak terjerat dengan tindakan kita sendiri. Ini bukan amaran, tetapi sebagai peringatan untuk kita bersama.
thanks sharing..buat peringatan utk yumida
BalasPadamaah pentingnya letak kredit kan..
terima kasih peringatan ini akan nina ingat.. tak semua blogger hiburan mcm tu tp mungkin wartawan ni akan fikir semua blogger adalah sama.
BalasPadamAssalam
BalasPadamSaya juga gemar membaca ruangan sastera di MM dan BM setiap Ahad.
sebagai peringatan buat kita semua
BalasPadamheheee..sib bek sy tak minat sgt dgn hiburan ni..
BalasPadamPeringatan utk saya juga. Terima kasih,
BalasPadamkalau saya tak copy paste laporan penuh dan sertakan link sumber berita ditemui boleh kan?
BalasPadamhuhu.. bahaya nie... Fiza lebih suke cite pasal diri sendiri.. byk pun psl k-pop..
BalasPadamPeringatan untuk saya juga..
BalasPadamHuhu..Kadang terlepas kredit juga. Especially gmbar, yg ambik dkt google jer...
BalasPadamini yg banyak berlak kat blog skung..nk tambah pageview, huhu
BalasPadamPeringatan utk semua juga ni.. x perlulah nk copy paste utk bergelar blogger.. memalukan...
BalasPadamsaya pun kadang terlepas juga
BalasPadammesti ubah ni
ya betul tu..saya sokong..
BalasPadamperingatan untuk akak juga.. kadang tu kita tak sedar..
BalasPadamGarapan idea dan persembahan kamu mengenai isu ini lebih hebat dari saya la..tahniah
BalasPadamhmmm..
BalasPadam