Pengikut

Selasa, 7 Januari 2014

Keputusan Pemenang Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Akhirnya, teka-teki siapakah pemenang Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), PENA dan Berita Harian terjawab kira-kira pukul 4.00 petang tadi. Tahniah kepada para pemenang dalam ketiga-tiga kategori tersebut. Seperti sudah dijangkan kebanyakan pemenang yang tersenarai sudah ada nama dalam dunia penulisan dan kesusasteraan negara. Paling membanggakan, karya yang memenangi sayembara ini diterbitkan dalam bentuk buku perseorangan.

Hadiah yang ditawarkan


Kategori Novel
1. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
2. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Pertemuan Musim Semi - Zubaidah Ishak

Sagu hati
4. Jajahan Bonda - Md Nizar Parman
5. Anatomi Rupert - Ruhaini Matdarin
6. Hari-hari Yuda - Neor Muhammad Azri
7. Nuansa Cinta - Mohd Fadzil Yusop
8. Tujuh Keturunan - Abd Razak Adam
9. S.P.Q.R - D.H. Danieyal
10. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad


Kategori Kumpulan Cerpen
1. Melawan yang Mustahil - Ruhaini Matdarin
2. Sayang Perahu Mudik Hilir - Mohd Azam Rezali
3. Sagu, Ikan Salai - Radzemah Bolhassan

Sagu hati
4. Hanya Beberapa Minit - Noridah Mohd Noor
5. Kuda-kuda Lembah Patagonia - Mohd Hafezin Khadiri
6. Serangga di dalam Kepala - Roslan Jomel
7. Langit Runtuh - Dayangku Mastura
8. Narasi Gua dan Raqim - Mawar Safie
9. Sekapur Sireh daripada Teja - Sharifah Aisiah Syed Mahazar
10. Konflik di Hati Enrique - Nazri Hussein


Kategori Kumpulan Puisi
1. Negeri Kunang-Kunang - Ridzuan Harun
2. Laut Tujuh Gelombang Buih - Rahimidin Zahari
3. Taman Maknawi - Shamsudin Othman

Sagu hati
4. Sidang Kultus - Raihani Mohd Saaid
5. Suara Bukit kepada Langit - Sahrunizam Abdul Talib
6. Mandala Sukma - Zulfazlan Jumrah
7. Perahu - Ramlah Abdul Rasid
8. Titik ke Titik, Hujan - Ariff Mohamad
9. Tentang Pertanyaan - Hani Salwah Yaacob
10. Kota Subuh - Fahd Razy

Nota: Rasa rugi pula tak sertai. Namun, saya tetap berbangga dengan pencapaian mereka ini. Tanda sokongan, insya-Allah saya akan mendapatkan karya pemenang ini. Kepada yang tidak menang jangan khuatir, sekiranya manuskrip yang dihantar untuk menyertai sayembara ini berkualiti, insya-Allah jika ada rezeki bakal diterbitkan oleh ITBM juga. Sama-samalah berdoa moga ianya menjadi kenyataan.

10 ulasan:

  1. Belum rezeki saya lagi, cikgu. Harus terus belajar teknik menjemput rezeki pada masa akan datang.
    Cikgu, boleh difahamikah topik semantik yang saya bawakan tu? Maksud saya, adakah ia memudahkan pelajar mendapatkan maklumat tentang topik tu.

    BalasPadam
  2. mohon kongsi di grup facebook, cikgu.

    BalasPadam
  3. Nanti cikgu boleh join sama...In Shaa Allah sangkut salah satu hadiah tu!!!

    BalasPadam
  4. Melihatkan kepada judul-judul yang memenangi hadiah ini, saya jangkakan tentu menarik dan wajar dimiliki.

    BalasPadam
  5. la..igtkan helmi sertai..rupanya x pttlah nama xder. sbg pemenang..:)

    BalasPadam
  6. wah..helmi kena sertai nanti..jangan terlepas peluang..

    BalasPadam
  7. lepas ini helmi sertailah.. peluang cerah untuk menang tu.

    BalasPadam
  8. Kalau cikgu sertai, mesti ada rezeki juga.

    Tahniah buat para pemenang. :)

    BalasPadam
  9. Tahniah buat pemenang.. semoga terus berjaya.. aamiin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78