Lagi buku tempahan saya selamat sampai di tangan. Teruja untuk menelaahnya.
Namun, masa belum mengizinkan. Insya-Allah, moga koleksi bacaan ini mampu memperkayakan ilmu di dada.
Membaca dapat memperkayakan ilmu. Maka, tidak rugi kita membaca. Masing-masing ada pilihan genre tersendiri. Terpulang pada diri sendiri untuk menyaji jiwa kita dengan segala apa-apa bahan bacaan yang banyak di pasaran.
Saya mula berjinak membaca karya sastera apabila saya mula menulis. Lama kelamaan saya menjadi "ketagih" untuk membaca karya sastera. Sesiapa yang pernah keluar dengan saya tahulah bagaimana gelagat saya apabila terlihat kedai buku. Saya boleh sahaja berlama di kedai buku. Kalau boleh satu persatu saya nak belek buku yang ada.
alhamdulilah membaca buku dapat menambahkan ilmu,, wahh banyak juga buku yang cikgu beli
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki semuanya dari Allah. Ada lebih sikit, tak salah menambahkan ilmu dengan membeli buku.
Padammembaca itu jambatan ilmu.. boleh buat mini perpustakaan kalau dah beli buku banyak..
BalasPadamMemang hajat saya itupun. Moga koleksi ini semakit bertambah untuk saya membina sebuah mini perpustakaan.
Padamselamat membaca cikgu :D
BalasPadamTerima kasih syuk. Mencari masa yang sesuai.
Padamsuka gak g kdai buku..suka baca buku motivasi..haha
BalasPadamBaguslah. Budaya inilah yang harus ditanam. Ada yang tak suka ke kedai buku.
PadamKita serupa! Yeay! Saya juga kalau datang ke kedai buku, pasti akan keluar dengan sekurangnya sebuah buku.
BalasPadamKadang kadang sedih juga sebab buku yang dibeli masih lagi tertera di rak. Tunggu masa untuk disambar baca. Belum sempat habis satu, datang lagi kawan baru di rak. Huh.
Susah juga kalau ada penyakit begini.
Betul tu Wong. Banyak juga buku saya yang tak terbaca lagi. Tapi, dari bulan ke bulan ada saja koleksi baru yang dibeli.
PadamAlangkah indahnya ada perpustakaan sendiri.
Segalanya bermula dgn membaca...kerana itulah juga ayat Al-Quran pertama diturunkan juga adalah suruhan membaca, Iqra...
BalasPadamSetuju BM. Sama-samalah kita budayakan amalan membaca.
Padamsaya suka cerita fiksyen dan seram. hehe.. mesti rambang mata kan masuk kedai buku?
BalasPadamSudah tentu. Kalau boleh semua nak beli.
PadamMemang best dok kat kedai buku..Kak Erin pun suka..Tapi lagi best dok kat library.. lagi teruja..Cikgu selalu tak pergi perpustakaan?
BalasPadamSaya tak selalu sangat pi perpustakaan. Kalau buku kena baca di situ juga. Pinjam tak seronok. Kalau ada rezeki, lagi suka beli sendiri buat koleksi.
PadamSalam ziarah :)
BalasPadamSalam ziarah Cik Kumbang.
Padamsaya baru je beli buku Agenda Politik Syiah. Sahaja mengetahui asal usul tntg syiah disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.
BalasPadamTidak salah membaca. Moga ada penemuan baharu untuk pemahaman.
PadamSalam Cikgu Helmi..kunjungan balas sudah dilakukan..saratnya kata-kata yang melantun semangat ni terutamanya bila melihat & membaca karya-karya yang dinukilkan oleh CH..semoga terus sukses CH!.
BalasPadamSalam kenal juga MR. Terima kasih sudi mengunjungi di sini.
PadamPernah membaca karya saya di luar ke, selain di blog? Terima kasih ya.
good job..
BalasPadamTerima kasih.
Padamnanti kongsikan sinopsis buku nisah haron boleh?
BalasPadamInsya-Allah.
PadamTerima kasih kerana mendapatkan majalah Legasi. Jemputlah mengirimkan surat, resensi dan karya kreatif kepada kami ya Abang Helmi!
BalasPadamAda bayaran sagu hati ke? huhuhu
PadamInsya-Allah, nantikan ya.
Assalamualaikum.
BalasPadamSaya faham perasaan tu,hehe. Sebab saya pun tergolong dlm kategori suka buku.
Mungkin genre saja yg berbeza.
Bila saya dikelilingi buku..memang saya rasa mcm dlm dunia sendiri,hehehe. Lagi2 kalau pergi kedai buku atau pesta buku..kalau masuk tmpt mcmni, saya pastikan sekurg2nya beli sebuah dua untuk dibawa balik..wlaupun yg kt rumah, bnyk lagi tak terusik.
Waalaikumusalam,
PadamEh, macam sama je. Tapi, elok juga kita beli sebagai koleksi. Sekurang-kurangnya kita tahu yang buku itu telah kita miliki. Kalau terlepas menyesal.
:)..saranan membaca itu juga wahyu pertama untuk Rasul Junjungan kita..
BalasPadammoga manfaat dapat dimanfaatkan bersama..
Betul tu. Maka, kita harus memenuhi tuntutan ini untuk memperoleh ilmu.
Padamsaya ni suka membaca...cuma komitmen kerja tak bagi ruang masa nak membaca...terpaksa curi-curi masa membaca
BalasPadamBegitulah yang selalu dialami oleh kita yang sudah bekerja. Namun kita kenalah pandai mencari masa yang sesuai kan.
PadamAlhamdulillah =) selamat membaca cikgu..membaca amalan mulia
BalasPadamTerima kasih. masih mencari waktu yang sesuai.
Padam