Assalamualaikum semua.
Selain berada dalam suasana berhari raya, pasti ada juga yang menghadiri kenduri perkahwinan. Betul tak? Saya juga begitu. Hari ini merupakan hari perkahwinan sepupu saya. Tahniah diucapkan kepada beliau yang mendirikan rumah tangga dengan seorang guru dan akan kembali bertugas di Labuan minggu depan. Beliau pula seorang anggota TUDM yang bertugas di Sungai Besi. Betul-betul menguji keimanan. Pengorbanan kalian amat dihargai.
Sebenarnya saya hendak berkongsi dengan pembaca tentang hak milik. Memandangkan saya mempunyai sejumlah bahan bacaan yang mengisi 3 buah rak buku di dalam bilik saya, saya telah menempah satu stamp yang tertulis nama saya. Kemudian, saya menggunakan stamp ini untuk mengecop buku-buku yang dibeli sebelum dimasukkan ke rak.
Hal ini perlu untuk melindungi buku saya daripada dikatakan buku orang lain dengan sewenang-wenangnya. Amalan ini telah saya lakukan bertahun sudah. Jadi, jangan sesiapa hendak mengatakan bahawa buku yang dipegangnya itu hak dia, sekiranya di muka depannya tertulis nama saya.
Selain itu, saya juga mencatat setiap buku yang dibeli berdasarkan judul buku, penulis dan genrenya dalam satu sistem jadual. Saya lakukan begini untuk memudahkan saya mengetahui koleksi bacaan saya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti hilang dan sebagainya. Maklumlah, apabila sudah banyak mungkin memori untuk mengingat adalah terhad.
Wah dalam bilik pun cikgu buat 'amalan 5S' ? Mesti dah banyak sangat koleksi buku kan...
BalasPadamTidaklah banyak sangat. Setakat yang berjaya dicatat sekarang ini mencecah 300 judul.
Padamselamat pengantin baru..
BalasPadamsama la mcm sy...sy letakkan sekali date pembelian..
Oh, begitu lebih baik sebagai tanda ingatan.
PadamSama macam kak Erin.. semua buku kak Erin cop nama..Tapi tak ada siapa berani pinjam.. Sebab kak Erin ni jenis kedekut..Kadang-kadang dah cop stamp nama pun boleh hilang entah kemana bila bagi orang lain pinjam.. Kita sanggup berhabisan duit.. Mereka tu senang-senang saja nak pinjam..
BalasPadamSaya kalau orang tu pinjam dan jaga elok-elok tak jadi masalah. Tapi, kalau lepas kali pertama dia pinjam dan pulangkan dalam keadaan tidak seperti dipinjam awalnya memang susah sikit saya nak bagi pinjam.
PadamWah, well organised!
BalasPadamSaya suka mencatat dan menyusun koleksi saya ini.
Padamwah..cikgu mmg seorang yg teliti ye..
BalasPadamBolehlah dikatakan begitu.
PadamUsaha yang bagus! Bang Helmi sebelum pulang ke KL, pergilah ke Kedai Buku Satu Malaysia UTC Kedah tu. Tadi kawan saya hubungi saya, dia begitu seronok berada di kedai buku tu. Rasanya buku ITBM pun ada sebab hari tu Pengarah ITBM telah pergi ke kedai tu baru-baru ni. Saya belum berkesempatan lagi ke sana.
BalasPadamYa, teringin juga nak ke sana, insya-Allah kalau berkesempatan nak juga ke sana sebelum balik ke Kl.
PadamDi setiap buku yang saya beli pula, saya wajib tulis nama, tarikh dan harga.
BalasPadamOh tidak pula saya menyenaraikan buku belian saya. Ini kerana saya pasti akan ingat setiap buku yang saya beli.
Baguslah.
PadamKalau ingat lagi bagus. Saya ingat bukan tidak ingat, cuma adakala terkeliru sekejap. Kalau saya tidak ada pun sekurang-kurangnya senarai buku saya masih ada yang tahu.
pheww..hak cipta terpelihara. ada stamp nama sendiri
BalasPadamYa, saya buat sekitar tahun 2009. Cadangnya, saya nak buat satu lagi.
Padamaaah..bagus cara ni
BalasPadamso org lain x blh ambil hak kita sesuka hati
bukti pun dah ade
byk gak buku sis ni...membaca amalan mulia
jemput baca & komen entry yumida:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html
pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)
Insya-allah, saya akan ke sana nanti.
Padamsamalah kita cikgu semua buku saya stamp ngan nama dan tarikh saya membeli... yelah kekadang orang pinjam ni bukan reti nak pulang balik siap ngaku hak diorang pulak hehehehe
BalasPadamItu masalah yang sukar hendak cari jalan penyelesaiaan. Jika orang itu tidak sedar diri memang susah. Pinjam buat cara pinjam, mesti pulangkan balik.
Padamnampak sayangnya sahabat pada ilmu
BalasPadamsayangnya sahabat pada ilmu
BalasPadamYa, saya sayang pada buku yang dibeli. Saya akan jaga dengan sebaiknya.
Padambagus tu..:)
BalasPadamaiza pun cop koleksi buku-buku tulisan HM tuah yang aiza kumpul..
BalasPadam