Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Kepada yang sudah berkahwin ataupun dalam perancangan berkahwin atau masih belum memikirkan hal perkahwinan, pernahkah anda menyedari bahawa kad walimatulurus di Malaysia ini sudah banyak mengalami transformasinya.
Kalau dulu, hanya sekeping kertas A4 yang dicetak dan kemudian dilipat empat.
Kertasnya pula hanya satu warna sahaja dan dicetak berwarna hitam.
Tetapi kini, cuba anda selongkar almari atau di mana-mana sahaja tempat anda menyimpan kad ini.
Pasti, jauh bezanya dulu dengan sekarang.
Mula-mula terfikir juga saya. Perlukah buat kad seindah,semahal dan semewah ini? Apakah tujuan kad ini dihasilkan? Adakah untuk menunjuk-nunjuk?
Sebagai kenang-kenagan, atau apa?
Maklumat yang tercatat pada kertasnya tetap sama seperti nama walimatulurus, nama pasangan, alamat, nombor telefon, pelan rumah, kata-kata hikmat dan beberapa lagi.
Yang berbezanya hanya pada gambaran luarannya.
Ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja
untuk menyediakan beg kertas yang direka khas.
Di luarnya ditulis nama pasangan ataupun disertakan sekali gambar pasangan pengantin.
Itu belum lagi diceritakan isinya.
Di manakah bunga telurnya yang menjadi kebanggaan kita selama ini? Saya lihat, jarang bunga telur diberi sebagai cenderamata. Terpulanglah pada tanggapan, amalan budaya dan cara berfikir anda. Masing-maisng ada pilihannya. Tidak salah sebenarnya. Ada yang mengatakan, sekali seumur hidup.
Saya ucapkan selamat pengantin baharu kepada yang melangsungkan perkahwinan. Moga bahagia ke akhir hayat. Bersatulah membina mahligai kebahagian.
Assalam Cikgu Helmi Tetamu Istimewa Ummi... :)
BalasPadamTerimakasih secangkir madu kerana pujian yang diberi ke atas pantun-pantun Ummi, sebenarnya Ummi memang berhasrat untuk mengumpul pantun-pantun Ummi untuk dijadikan buku dan menghantar ke media penerbitan, tapi Ummi tak tahu hendak bermula dari mana....diharap cikgu sudi bantu Ummi mencari ruang-ruang kerana Ummi pun masih bari dalam berblogging dan blog Ummi pun adalah blog yang hanya berkisar kepada pantun-pantun yang Ummi olahkan sendiri mengikut tajuk dan topik.... :)
Waalaikumusalam, terima kasih Ummi yang sudi jengah ke sini.
PadamUntuk makluman Ummi, boleh kumpul pantun-pantun Ummi itu jadikan manuskrip dan cuba hantar ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atau ke syarikat penerbitan lain. Tapi saya cadangkan ITBM, pilihan terbaik ataupun DBP.
Untuk dihantar ke media cetak boleh cuba hantar ke Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan majalah terbitan DBP yang lain.
Pertanyaan lanjut boleh kirimkan ke emel saya: mie_adham86@yahoo.com
Terimaksih atas info cikgu, insayAllah akan Ummi usahakan, terimaksih sekali lagi... :)
PadamSama-sama. Saya suka ada yang minat menulis. Sama-sama kita menyemarakkan dunia penulisan.
Padamkad kahwin sekarang ni dah boleh dapat dengan harga yang murah dan siap boleh design mengikut kreativiti sendiri lagi..
BalasPadamBetul, sekarang ni pelbagai reka bentuk yang dapat dihasilkan. Saya pun ada dengar juga, kalau beli banyak dapat harga murah.
Padamkad kawen moden..:)
BalasPadamSudah pasti. Kad moden ini lebih menarik reka ciptanya.
PadamDi kampung saya pun pakai jemput juga, tapi ada kadlah. Tak sehebat ni pun.
BalasPadamKad kahwin semakin lama semakin kreatif :)
BalasPadamBetul tu. Seiring dengan kemajuan.
PadamTerima kasih singgah dan follow.
Mcm2 kad kawen skrg ni..
BalasPadamZaman sekarang pun dah macam-macam teknologi yang boleh digunakan untuk mereka bentuknya. Memang kreatif.
Padammak aih kad kahwin dia..cantik betul, entah berapa la harga sekeping tu..tak patut kot mahal dan cantik macam ni, tak semua orang simpan dan menghargai..last2 ke tong sampah juga..hmm bab bunga telur tu memang jarang dah nampak sekarang..bimbang juga hilang ditelan zaman satu hari nanti
BalasPadamKak Ummi setuju... :)
PadamSaya pernah menghasilkan cerpen yang bertajuk Bunga Telur Kenduri Kahwin dan pernah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010. Cerpen ini ada menyentuh tentang budaya bunga telur ini.
PadamTidak salah kalau nak buat kad macam ni, tapi tengok keadaanlah.
menarik tu..saya teringin nak baca =) bola kongsi tak cepen tu?? kat mana nak cari???
PadamFais, buku tu bertajuk "aku datang" terbitan Utusan. Antologi ni menghimpunkan cerpen remaja yang memenangi HSKU 2010. Boleh tengok di bahagian tepi blog saya, kulit bukunya. Lepas ni boleh semak di internet. Pasti ada ulasan dan sebagainya.
Padamok terima kasih =)
Padamkad kawin sekarang nie memang kreatif , cantik-cantik pula tu.. kad sini kalau hadiahnye macam-macam siap ada cawan dan banyak lagi
BalasPadamYa, begitulah trend sekarang ini.
Padamkad kawen tu pada pendapat iqa buat murah suda. elak membazir.hee
BalasPadamAda yang berpendapat begitu, ada yang sebaliknya. Ikut kemampuan dan kesesuaian. Jangan membazir yang penting.
Padamringkas sudah cukup mungkin dek nanti dibuang juga
BalasPadamSelalunya begitulah, dibuang saja. Tapi, ada juga yang simpan tanda menghargai.
Padamsalam...masa majlis kahwin saya, saya design sendiri kad pastu photostat kat kertas A4 lipat 4 mcm org dlu2 punya...sebab bagi saya membazir buat kad mahal2...at the end org buang je kad tu...mane ade org nk simpan kad kahwin kt ye x?? but bab bunga telur tu i agree...my mom make sure ade bg mase majlis kahwin i =)
BalasPadamWaalaikumusalam, wah bagusnya. Tak membazirkan.Dapat jimatkan kos.
PadamSeharusnya bunga telur wajib ada.