Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

Kemahiran Hidup Bukan Sekadar Teori

Hari ini berkesempatan untuk membawa murid keluar menjalankan praktikalnya setelah mereka ini didedahkan dengan teori tanaman. Pelbagai gelagat yang boleh dilihat. Ada yang cakap bukan main lagi hebat di dalam bengkel, namun apabila sampai di tapak sebenar hendak pegang tanah pun berasa kotor.


Pendedahan ini untuk membiasakan mereka melalui sendiri pengalaman sebenar berkebun.


Hari ini aktiviti yang dilakukan adalah merumput dan menggembur tanah


Semoga anak-anak didiku berjaya suatu hari nanti.

29 ulasan:

  1. cik nor masa sekolah dulu ambik aliran pertanian start tgkt 1-3..best sgt time kemahiran hidup dapat bercucuk tanam dan bertukang.Nasib tak dapat kelas masak memasak & jahit-menjahit klu tak mmg bosan la..hihik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, bukankah perempuan suka kelas masak memasak dan jahit-menjahit?

      Padam
  2. Seronok melihat anak-anak ini.Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oh ya, abang Helmi saya baru berkesempatan membeli majalah Dewan Siswa edisi Julai 2013. Terkejut dan bersyukur saya apabila terlihat cerpen abang Helmi tersiar di majalah itu bertajuk "Sebungkus Tapai Sejalur Takdir". Tahniah ya, abang Helmi.

    BalasPadam
  3. pengalaman macam ni sangat penting..sebab ada je org bandar yg xpernah rasa bercucuk tanam ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju akmal. Saya mengajar dua kelas yang berbeza. Kelas pertama dan kedua. Ada perbezaannya. Kelas pertama ni ada yang tidak suka kotor.

      Padam
  4. bagus mereka didedahkan sejak di bangku sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara begini mendekatkan mereka dengan alam sebenar.

      Padam
  5. sekali sekala ada aktiviti outdoor.. okay juga kan.. selalu pembelajaran indoor saja di dalam kelas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tajuk yang sesuai, apa salahnya buat di luar kelas.

      Padam
  6. iya saya setuju itu, teori hanya teori, yang terpenting adalah praktek. tidak teori saja. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, teori yang belajar sekadar dapat menambahkan ilmu. Praktikalnya adalah sebagai kemahiran yang dilakukan sendiri.

      Padam
  7. Ala dulu xde chance pun nak buat praktikal :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannya. Sekarang boleh berkebun di rumah sendiri.

      Padam
  8. Bagus saudara mendidik anak murid dari mana makanan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mendedahkan mereka dengan cara betul belajar kemahiran hidup.

      Padam
    2. Bak kata omputeh, 'Learn as they grow (plants)'.

      Padam
  9. wah..tringat zaman sekolah dulu2
    antara salah 1 aktiviti yg bez kat skolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang meminati kemahiran hidup sebab ada praktikalnya.

      Padam
  10. bagus mendidik anak-anak kita untuk lakukan aktiviti seperti ini untuk memupuk semangat cinta pada alam sekitar

    BalasPadam
  11. rindu dengan zaman skolah bercucuk tanam..

    BalasPadam
  12. kemahiran hidup bukan dinamakan sedemikian sekiranya hanya pembelajaran secara teori

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Apa-apa yang dipelajari teorinya perlukan praktikalnya. Moga murid dapat mengaplikasi teori yang dipelajari.

      Padam
  13. Amin =)..kemahiran hidup subjek yg best..praktikal paling banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau untuk sekolah rendah selalunya, projek kayu, elektronik, pertanian dan jahitan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78