Pengikut

Sabtu, 17 Ogos 2013

Melawat ke UTC-KEDAH

Assalamualaikum semua. Hari ini sempat lagi saya ke UTC-KEDAH yang baharu saja dilancarkan oleh PM kita Dato Seri Najib, semalam. 


Tujuan utama saya ke sini sudahlah tentulah untuk menerjah KEDAI BUKU 1MALAYSIA. Sebelum ini saya hanya pernah ke Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral. Tidak kurang hebatnya juga kedai buku di Alor Setar, Kedah ini. 


Sudah tentulah kedai ini menjadi buruan saya kerana buku terbitan ITBM berada di sini. Oleh itu, sambil menyelam bolehlah minum air. Sempat lagi saya menyambar beberapa buah buku terbitan ITBM. Antaranya:
1. Kumpulan Cerpen-Seekor Pipit Sekuntum Mawar
2. Kumpulan Cerpen-Sejadah Ibadah
3. Kumpulan Cerpen-Puteri Lembah Dusun Damai
4. Kumpulan Puisi-Remuk Hati Bangsa
5. Antologi Puisi dan Cerpen-Yang Nakal-Nakal


Antologi Puisi dan Cerpen-Yang Nakal-Nakal adalah karya Sasterawan Negara Usman Awang. Buku ini terbitan FIXI. Teruja saya dibuatnya apabila bertemu dengan buku ini. Terdapat 17 buah cerpen dan 8 buah puisi Usman Awang yang disusun oleh Hafis Hamzah. Walaupun ada antara puisi dan cerpen yang termuat dalam antologi ini pernah saya baca, namun banyak juga yang belum saya baca lagi. Jadi, tidak rugi saya membelinya. 

P/S: Esok sudah mahu berangkat ke Kuala Lumpur, sebelum berpatah balik ke Batang Kali.

28 ulasan:

  1. Alhamdulillah, suatu perasaan yang enak apabila ada 'restoran huruf dan cerita' di tanah lahir kan? Syukurlah saya juga tinggal di tengah kota KL ini. Apabila berkelapangan dan murah rezeki boleh sahaja singgah ke UTC di Pudu Sentral. Ada Kedai Buku 1Malaysia juga di sana kan...

    selamat membaca buku-buku baharu ya cikgu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Di Pudu Sentral rasanya lebih besar sikit.

      Saya terpaksa tinggalkan buku ini di kampung dulu. Jadi, tak boleh baca lagi.

      Padam
  2. owh kak lea pun tak sabar nak terjah pudu sentral sebab nak pergi KB1M je he3..macam best pulak buku2 yang cikgu beli tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya memang suka buku ITBM. Terutama buku genre sastera.

      Padam
  3. Buku-buku di situ agak murah juga kan, cikgu? Paling banyak buku novel di bahagian hadapan kedai buku tu..Wah, banyak juga ye buku yang cikgu beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak salah saya potongan 15 peratus diberikan. Ya, bahagian novel di hadapan kaunter sangat banyak. Rugi kalau sesiapa yang duduk di Alor Setar Kedah tak pergi.

      Padam
  4. Balasan
    1. Memang seronok kalau yang suka buku.

      Padam
  5. banyak juga buku cikgu beli =) nak ilmu kenalah berkorban sikit kan..semoga perjalanan cikgu selamat sampai ke destinasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang tidak berkira sangat untuk berbelanja membeli buku.

      Terima kasih.

      Padam
  6. cikgu memang minat cerpen tau..hihi...
    seronok lah cikgu dapat singgah kedai buku tu...
    mesti murah2 je kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada potongan 15 peratus. Jadi, dapat kuranglah sikit

      Padam
  7. Tapi kebanyakan masa cikgu berada di Batang Kali...Sesekali balik kena boronglah ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di Batang Kali, saya dapat pergi ke KB1M di Pudu Sentral. Tak selalu jugalah, kalau nak balik kampung saja, singgah.

      Padam
  8. Belum berkesempatan ke UTC-Kedah kerana terlibat dengan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada hari yang sama. Selepas ini pasti akan ke sana juga sebab asyik dengar orang bercerita sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoknya terlibat dalam Pelancaran Kibar Jalur Gemilang tu. Saya ada dengar juga, tapi tak berkesempatan nak pergi.

      Lepas ni, bolehlah terjah ke sana.

      Padam
  9. lom penah sampai lagi...nk pegi jugak la kedai buku i malaysia nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah pergi. kalau minat dengan buku, memang tak rugi kalau pergi.

      Padam
  10. Balasan
    1. Ya, satu usaha yang baik dengan mewujudkan kedai buku ini.

      Padam
  11. waktu perasmian utc hri tu zara tak sempat pun pergi ke pekan..klu tak mungkin jmpk cikgu..hehehe..tpi itu pun klu bleh nmpk cikgu..ramai kut..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pergi hari perasmian tu, saya pergi esoknya. Ya, pasti ramai.

      Padam
  12. tak pernah lagi masuk ke kedai buku 1 malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah nanti. Mana tahu kalau ada buku yang terpikat.

      Padam
  13. semua buku ditawarkan dgn diskaun 10%-20%..byk buku ITBM sbb bookstore ni adlh sbhgn dr ITBM jgk :)

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Buku saya juga ada dijual di sini... Jejak Dosa, sial dapatkan ye!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78