Pengikut

Rabu, 21 Ogos 2013

Menjadi Seorang Penulis Harus Tahu Etika dalam Penulisan

Terima kasih, terima kasih, terima kasih saya ucapkan kepada pembaca atau blogger semua yang sudi singgah di sini. Saya terharu juga apabila ada blogger yang minta saya siarkan karya saya baik cerpen mahupun puisi saya yang tersiar. Ada antaranya telah saya kongsikan di sini. Boleh rujuk entri saya sebelum ini. Antara cerpen tersebut 

1. Rancanganku RancanganMu - Harmoni
2. Nikmat Sepotong Kasih - Mingguan Warta Perdana
3. Pulut Durian Santan Kelapa - Berita Minggu
4. Mabuk Cinta Keladi - Perempuan 

Sebenarnya saya ingin kongsikan sedikit tentang etika dalam penulisan yang harus penulis tahu. Saya juga bukanlah pakar dalam hak cipta. Tetapi, melalui pembacaan dan perkongsian rakan penulis, secara tidak langsung ilmu itu saya amalkan. 

Ada yang bertanya mengapa saya tidak berkongsi atau terbitkan karya saya yang tersiar itu di blog ini? Sebenarnya, saya hendak pembaca tahu yang karya eceran ada etika penerbitannya. 

1. Karya yang hendak dihantar ke media penerbitan, tidak boleh sama sekali disiarkan atau diterbitkan di mana-mana media terbitan seperti Facebook, Twitter, Blog dan seumpanya selagi karya itu tidak disiarkan di media berkenaan.

2. Sekiranya karya yang dihantar itu terbit di media berkenaan, tetap karya itu ada tempoh "edahnya". Misalnya, majalah bulanan, tempoh hak cipta (penerbitan) untuk karya tersebut adalah sebulan. Jika karya itu tersiar pada bulan Ogos, maka sepanjang bulan Ogos, penulis dilarang menerbitkan semula karya tersebut. Dan, sekiranya penulis berhajat untuk menerbitkan semula karya tersebut hanya boleh selepas itu iaitu pada bulan September. 

3.Sementara itu pula, untuk surat khabar harian, tempoh "edahnya" adalah sehari sahaja. Jika tersiar pada hari Ahad, hari Isnin penulis boleh mengongsikannya. 

4. Andaikata, karya yang dihantar tidak tersiar dalam satu tempoh jangka waktu yang lama penulis boleh menghantar surat penarikkan balik karya tersebut. Jika hal ini tidak dibuat, dikhuatiri akan berlakunya pertindanan karya yang tersiar di dua media yang berlainan. 

Mengapa saya tidak begitu teruja sangat untuk berkongsi dengan pembaca di blog saya bukan kerana saya ini kedekut dan seumpamanya. Saya ingin menjaga "keistimewaan" karya saya itu kerana selepas ini saya berhajat untuk mengumpulkan karya tersebut untuk dibukukan. Alhamdulillah, manuskrip pertama iaitu kumpulan cerpen saya yang mengandungi 15 buah cerpen telah dihantar ke sebuah syarikat penerbitan. Jika lulus dan diterbitkan nanti akan saya maklumkan di sini. Harapan saya ada yang sudi menyokong saya dengan membeli buku tersebut. 

Projek seterusnya, mengumpul puisi saya yang telah disiarkan lebih 5 tahun ini untuk menghasilkan sebuah manuskrip kumpulan puisi. Projek ini telah hampir siap, tunggu masa untuk dihantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai. 



23 ulasan:

  1. Iya memang benar bahwa menulis bukan hal yang mudah kalau kita menulis sesuai dengan standar bahasa yang kita gunakan. Oleh karena itu mengapa bahasa yang kita gunakan hendak nya ber-etika agar supaya enak idibaca dan dipahami. Nice shring kawan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah di sini dan follow. Salam dari Malaysia.

      Berkongsi supaya penulis lain juga tahu.

      Padam
  2. la macam tu ke? nampak gayanya kena berhati-hatilah lepas ni...hmmm

    BalasPadam
  3. Ya, ada prosedurnya.

    Sekadar berkongsi.

    BalasPadam
  4. ohh yeke, patutlah dulu masa 1 cerita yang acik hantar mereka minta untuk di siarkan untuk tempoh masa tertentu dan acik tak boleh siarkan di mana2.. baru acik faham.. thanks cikgu atas infonye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mengikut etika penerbitan begitulah. Sama-sama.

      Padam
  5. Etika dalam penulisan memang harus dipegang dengan konsisten oleh para penulis. Kode etik yang berlaku universal di seluruh dunia.

    Ulasan yang menarik, ekspresif, dan santun memotivasi kita untuk mengikutinya. Menelurkan buah karya dengan jernih dan bermakna.

    Salam cemerlang dari Indonesia !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah dan follow di sini.

      Wah, sebuah respon yang sangat konklusif.

      Salam dari Malaysia.

      Padam
  6. mcm tu rupanya ea..ingatkn xde etika mcm tu..

    BalasPadam
  7. ramai yang x tau...hehheeheh...termasuk sy jugak...hehhe..

    BalasPadam
  8. aiza pun baru tahu setelah membaca entri ini..

    BalasPadam
  9. owhhh macam tu ye =) baru faham..in shaa Allah tak lama dah tu, pasti akan diterbitkan..All the best la saya ucapkan buat cikgu Helmi..semoga terus maju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kalau dah terbit nanti sudilah beli ya.

      Padam
  10. Saya faham sebab saya sudah membaca buku 'Karya Kita Hak Kita' oleh Nisah Haron. Lain penulis, lain caranya. Selamat maju jaya!

    BalasPadam
  11. info yang sangat menarik. Kalo tak baca ni langsung pn xtau ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkongsi sekadar yang tahu. Terima kasih singgah dan follow di sini. Singgahlah lagi ya.

      Padam
  12. baru tahu kenapa Cikgu tak letakkan karya di blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebabnya. Dan tak mahu bagi peluang kepada yang ada niat nak salin membuta tuli dan katakan itu karyanya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78