Saya terpanggil untuk memperpanjangkan sedikit akan entri "Kepercayaan yang Dipermain-mainkan" sebelum ini.
Begini sebermulanya...
Dua hari sebelum hari raya, abang saya yang baru pulang dari tempat kerjanya menaiki motosikal. Dalam perjalanan pulang, motosikal yang dinaikinya dirempuh daripada belakang dan menyebabkan abang saya terguling ke tepi jalan dan motosikalnya tersadai di tengah jalan raya.
Ketika itu, kawan-kawannya yang turut keluar dari tempat kerja sempat mengejar kereta (Vios) tersebut. Kereta tersebut sempat melarikan diri beberapa meter dari tempat kejadian. Disebabkan ketika itu jalan sesak, kereta tersebut terpaksa memberhentikan keretanya.
Hendak dijadikan cerita, datanglah Hulubalang ini yang ketika itu membuat rondaan. Setelah dijelaskan bahawa kereta tersebut telah merempuh abang saya, dan beliau sendiri menawarkan diri untuk mengiring kereta tersebut ke tempat kurungannya. Sementara abang saya disuruhnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kereta yang merempuh abang saya itu memakai nombor plat siam. jadi, susah untuk mengenal pasti huruf yang tercatat, sekadar nombor yang dapat dikenalpasti.
Setelah memberi kepercayaan kepada Hulubalang itu, abang saya pun meninggalkan mereka lalu abang saya dibawa ke hospital. Sikunya berlubang dan menerima jahitan. Sementara sebelah rusuk kirinya disagat tar. Sememangnya, apabila disagat tar bisanya sangat terasa.
Kawan kepada abang saya, berasa tidak sedap hati lalu ke tempat kurungan Hulubalang menjalankan tugas. Setelah bertanya dengan kawanan Hulubalang tersebut, mereka mengatakan tiada laporan apa yang diterima. Lalu kawan abang saya itupun menelefon abang saya memaklumkan hal itu. Kata abang saya, mungkin mereka ini belum sampai.
Setelah abang saya menerima rawatan di hospital kira-kira pukul 2 pagi, barulah mereka bergegas ke tempat Hulubalang ini bertugas untuk menyemak semula laporan yang telah dibuat oleh Hulubalang yang telah diberi kepercayaan itu. Namun malanglnya tiada rekod apa-apa pun yang telah dibuat. Seolah-olah tiada apa-apa pun yang telah terjadi.
Oh, di manakah Hulubalang ini berkurung? Mengapa Hulubalang ini sanggup mendustai kepercayaan yang telah diberikan kepadanya? Dan, bagaimana mudah kereta yang merempuh abang saya itu dilepaskan atau terlepas?
Sukar dipercayai tapi itulah realiti...wang adalah segalanya buat mereka. Jika mereka tidak boleh diharap, kpd siapa lagi kita hendak mengharap?
BalasPadamp/s: Salam lebaran, maaf zahir batin
Memang kalau tak berlaku pada diri sendiri ataupun keluarga terdekat mungkin kita tak berapa percaya. Tapi, bila dah jadi macam ini barulah dapat kepastiannya.
Padamp/s: salam lebaran juga kepada BM.
Tak patut betul..Mereka buat macam tu..
BalasPadamSegalanya telah berlaku.
PadamKes ini juga berlaku kepada pensyarah saya. Alasan mengapa beliau ditahan, hanya kerana tak mahu tunjukkan IC.
BalasPadamTetapi saya tak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Semoga abang saudara sihat kembali. Syafakallah.
Ya, mereka ini tidak terfikirkan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
PadamTerima kasih. Amin.
ermm memang tak patut si hulubalang seperti itu, tak laksanakan taggungjawab dengan di berikan dan hancurkan kepercayaan.. emmm manusia2
BalasPadamHulubalang yang tak amanah akan dipertanyakan di akhirat kelak.
Padammemang masuk dapat "uncang emaslah" hulubalang tu...abang Cikgu ada buat report tak pasal kemalangan ni... report sekali dengan hulubalang yang mengiring tu...
BalasPadamKawanan Hulubalang itu cakap kalau buat repot pun nak buat apa sebab nombor plat kereta itu dari siap. Tak dapat kenal pasti.
PadamPasal Hulubalang itu tidak buat pon repot. Harap-harap Hulubalang itu sedarlah diri sebelum terlambat.
eii..jahatnya...huhu
BalasPadamKejahatan tidak selamanya selamat.
Padamjelaslah dia tidak jujur menjalankan tugasan yang telah diamanahkan.. geram pula membaca kisah ini.. beberapa hari sebelum raya tempoh hari aiza juga mengalami perkara yang melibatkan 'hulubalang' ni.. geram bila mereka hanya tersenyum mengejek, sedangkan kita dalam kesusahan..
BalasPadamApabila kita menanggapi kuasa itu sebagai senjata, maka kita akan menghunus sesiapapun tanpa mengira sesiapapun. Apabila kita menakrifi kuasa itu sebagai tiang, maka kita akan cuba hulurkan kepada sesiapapun tanpa mengira sesiapapun untuk bantu-membantu.
Padambanyak sangat hulubalang yang camtuh!!!!banyak kali gak kene bwat report pon x gune....kite balik disalahkan....siap mengugut jangan sebarkan ape-ape hal dalam internet...mintak-mintaklah hulubalang tuh cepat sedar......
BalasPadamKalau mereka ini betul, kenapa nak rasa takutkan, biarkan yang bersalah itu dibawa ke muka pengadilan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
PadamUntuk makluman, dengan sejumlah kejadian dialami sendiri, rasa percaya saya sudah tiada.....
BalasPadam-MARSLI N.O
Itulah Tuan, bila dah terkena pasti sukar untuk mempercayainya lagi.
Padam