Pengikut

Selasa, 15 April 2014

5 Check Point Ujian Kecergasan Fizikal dalam Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)



Bagaimanapun, maklumat yang dikongsikan itu tidak berapa jelas. Setelah saya mencari maklumat tentang Ujian Kecergasan Fizikal untuk UKCG ini, saya ketemui pengalaman sendiri seorang calon UKCG 2014 yang telah melaluinya. 

Saya kira pengalaman ini amat berharga untuk dikongsikan bersama. Hal ini demikian kerana tidak banyak sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam Internet ini. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Amiruddin yang sudi berkongsi. 





UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG 2014

Masa Ujian:
Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu kertas kecil bernombor 1-5.
Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit.

5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

1. Check Point Pertama (1)
Check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI).

2. Check Point Kedua (2)
Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu mengandungi 5 tahap. 
  • Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. 
  • Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.

3. Check Point Ketiga (3)
Check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat mungkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.

4. Check Point Keempat (4)
Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.

5. Check Ponit Kelima (5)
Check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan ketika berlari.

Kredit Sumber: Ahmad Amiruddin-Pengalaman Menduduki UKCG 2014



31 ulasan:

  1. Memang mencabar sangat! -,-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah yang terbaik. Semoga berjaya.

      Padam
  2. perhhh sampai macam ni sekali.. ?? fuhh -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jadi guru kena cergas fizikal juga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Cabaran yang harus dilalui guru. Dah jadi guru pun ada juga cabaran lain yang menanti.

      Padam
  4. berapa peratuskah sumbangan ujian fizikal dalam pemilihan calon guru ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti akan pembahagian markah.

      Padam
  5. mujurlah zaman abe kie minta jd guru TESL 23 thn dulu x kena lalui semua ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama berkhidmat abe kie. Tahniah! Ya, zaman sekarang dah pun berubah.

      Padam
  6. ada ujian fizikal juga kah ... owh !

    BalasPadam
  7. kalau kathy pengsan la jawabnya..hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan pengsan-pengsan dulu kak kathy. Bahaya ni...

      Padam
  8. Oh...bukan hanya lisan dan amali...fizikal juga termasuk dalam ujian. Cukup ketat sekali tapisan yg dilakukan. Inilah kelebihan apabila permintaan melebihi tawaran...Pastinya nanti yang terbaik dalam semua aspek sahaja yg akan berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kena buat ujian kecergasan fizikal juga. Moga calon guru yang terbaik sahaja dipilih.

      Padam
  9. dalam 5 point jika antranya tidak dapat markah penuh adakah dia akan dikira gagal atau macam mana

    BalasPadam
  10. Bagus ada penilaian mcm ni.. biar cergas.. :)

    BalasPadam
  11. salam , dalam check point 5 , lari dikira masa ?

    BalasPadam
  12. salam, ujian fizikal ni sama ke setiap tahun?

    BalasPadam
  13. Salam. 30 minat untuk kelima2 check point? Kalau lebih pada 30 minit adakah gagal?

    BalasPadam
  14. BMI tu dia kira juga ke utk masuk ipg??....mean kalau yg gedempol xleh masuk ekk??... Wassalam

    BalasPadam
  15. jika sbahagian checkpoint kita boleh buat tp x sempurna , mcm mana??

    BalasPadam
  16. Saya dpt pnggilan utk ukcg .. Tapi sye obese.. Sye tkot x blh nk selesaikn ujian kecergasan tu dgn Baik... What I have to do?? :'(

    BalasPadam
  17. nie bukan latihan practikal sains sukan budak form 5 kew??

    BalasPadam
  18. kalau ujian amali pendidkan jasmani? mcm mana? ujiannya sama?

    BalasPadam
  19. saya dah lalui and Alhamdulillah, dah berjaya masuk ipg.

    BalasPadam
  20. Kalau dah sampai pengsan tu perlu ke diteruskan...

    BalasPadam
  21. so,kalau tak dpt buat semua jenis UKF nie maknanya tak dptlah nak masuk ipg...nak tumpang tnya sebab minggu depan saya akan mengambil ujian2tersebut...feeling nervous jugalah...bukan setakat mental yg diuji tetapi juga dari segi fizikal.

    BalasPadam
  22. jadi kalau tak dapat buat semua UKF maknanya gagal la tu ? mohon pencerahan sebab minggu ni saya ada ujian IPG...feeling nervous pjn ada lah klu mcm nie.

    BalasPadam
  23. saya muhammad hazim dari pahang. .saya ditawarkan menyambung pelajaran di USM sabah dalam kos sains sukan. .dan mereka meminta saya hadir temuduga bagi melayakkan saya ke u itu. .dan interview itu ada ujian kecergasan. .adakah ujian itu serupa dengan apa yg admin beritahu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78