Pengikut

Jumaat, 25 April 2014

Bagaimana Anyss Naik ke Langit - Buku Terbaharu Faisal Tehrani di PBAKL 2014

Assalamualaikum.

Sudahkah kalian semua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014
Jika belum, apa tunggu lagi, jomlah kita ke sana. 

Bukan namanya penulis jika tidak gemar membaca dan membeli buku. Jadi, PBAKL bolehlah dikatakan "syurga" tempat penulis mengembara mencari buku sama ada baharu ataupun yang dah lama terbitnya. Saya mendapat perkhabaran bahawa Faisal Tehrani kembali dengan buku baharunya BAGAIMANA ANYSS NAIK KE LANGIT - terbitan DUBOOK PRESS setelah tahun lepas tiada buku baharunya yang terbit. Buku ini berharga RM18. Teruja saya untuk mendapatkannya. 

Biarlah spekulasi dan pelbagai lagi tanggapan yang dilemparkan kepada karyanya, tetap saya katakan beliau mempunyai aura tersendiri. Karyanya sangat hebat. Itu bukan bermakna kalau saya baca buku beliau (yang dikatakan banyak unsur atau ajaran syiah) saya akan jadi begitu. Terpulang kepada pembaca. Yang penting selepas saya membaca karyanya saya berasa puas. 

Antara koleksi bukunya (novel) yang telah saya miliki; Rahsia Ummi, Maaf dari Sorga, Tunggu Teduh Dulu, Advencer Si Peniup Ney, Manikam Kalbu, Tuhan Manusia, Tiga Minggu Sekali (kumpulan cerpen), Kekasih Sam Po Bo (kumpulan cerpen), 1515, Ikan Fugu, Lukisan & Jimson, Bila Tuhan Berbicara, Ketupat Cinta, Sebongkah Batu di Kuala Berang, Perempuan nan Bercinta dan beberapa buah lagi. 


Dua tahun lepas, apabila organisasi yang dikendali Profesor Anyss mendedahkan terdapatnya kes rogol yang berulang menimpa gadis-gadis Penan, organisasi pimpinannya sudah diganggu.
Ujian-ujian rasmi yang dijalankan di makmal Hospital Umum Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching tidak memihak. Malah Profesor Anyss berasa Jabatan Patalogi di situ menyembunyi sesuatu. Dan dia tentu tidak dapat membuktikannya. Profesor Anyss kemudian mengguna kabel peribadi untuk memeriksa bukti-bukti yang diserah oleh Ratu, dan seorang orang dalam. Terkerlip di matanya wajah Profesor Shahrom lagi, “Anyss, aku dapat katakan yang aku menemui air mani manusia. Ini kerana mani mempunyai kepekatan asid fosfatase tinggi, dan ujian fosfatase pada sampel kain pelikat Ratu melebihi 25 unit K.A. Itu adalah positif.”
Anyss berasa sebal. Bengang. Rasa dinyala, dan hati bagai disiat. Profesor Shahrom meneliti foto-foto yang diambil pada tubuh Ratu, sejam selepas peristiwa rogol itu terjadi. Foto-foto jarak dekat itu mampu menceritakan segala-galanya.
                                                                                                                         FAISAL TEHRANI

8 ulasan:

  1. macam menarik untuk dibaca. noted helmi...

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu Helmi;

    Wah, ini info terbaharu rasanya, belum lagi ke PBAKL 2014, Insyallah nanti saya pergi hujung-hujung;), saya juga minat baca buku Faizal Tehrani, apa pun orang kata tentang buku beliau, ia tetap mempunyai aura dan kelebihannya tersendiri tentang cara penulisannya jua pengisian bukunya, Saya bersetuju dengan pandangan Cikgu, tidak semestinya bila kita baca buku tersebut, kita pun turut ikut begitu.

    Apa pun terpulang kepada masing-masing, pilihan terletak pada diri sendiri.

    Membaca terus membaca.

    BalasPadam
  3. yg penting kita kena pandai menilainya.. :)

    BalasPadam
  4. Membaca tak semestinya kita ikut apa yg dibaca.. Allah kurniakan akal utk kita pertimbangkan jln yg baik. Membaca jambatan ilmu.. t kasih atas perkongsian cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  5. macam best sinopsis nyer..tapi kathy belum pernah baca lagi novel karya penulis ini..

    BalasPadam
  6. ha'a lah, baca sinopsis macam best

    BalasPadam
  7. hoho...baru mahu cerita :)) Cikgu dah baca dulu. Terbaiklah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulilah..baru usai membacanya malam tadi. Terubat rindu dengan buah tangan FT selepas dikecewakan Perempuan Nan Bercinta. Dan setuju sekali bahawa membaca buku kbeliau tidak akan menjadikan pembaca mengikut fahaman yang beliau pegang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78