Pengikut

Selasa, 8 April 2014

Cerpen: Sandiwara Encik Facebook di Jelita

Assalamualaikum.


SANDIWARA ENCIK FACEBOOK merupakan cerpen terbaru dan terkini yang saya tulis sekitar bulan Januari 2014 lalu sebelum tersiar di Jelita April 2014. Sehingga kini, tiada lagi cerpen baharu yang saya tukang. 

Entahlah, seolah-olah saya semakin malas hendak menulis sekarang ini. Barangkali saya "leka" dengan blogging dan hambatan tugas di sekolah. Sekarang ini kalau tak buka blog satu hari rasa tidak boleh duduk pula. Apalah penyakitnya ni. Barangkali jalan terbaik nanti yang boleh saya ambil, berhenti berblogging dan beri tumpuan seketika untuk menulis. Semua itu masih dalam perancangan.

Cerpen ini terilham daripada persoalan yang dilontarkan seseorang kepada seseorang. Kemudian, saya kembangkan cerita ini dengan memasukkan beberapa watak dan mewujudkan konflik untuk tambah lebih menarik. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekarang ini hanya dengan menggunakan Facebook. 

Oleh itu, terpulang kepada penggunanya untuk menggunakan sesuatu kemudahan itu ke arah kebaikan.

Saya mengalu-alukan pembaca yang telah membaca cerpen ini untuk memberi ulasannya. 


11 ulasan:

  1. salam. ehehe terbaik tajuknya :)

    BalasPadam
  2. alamak..kathy tak ada koleksi JELITA... :(

    BalasPadam
  3. Cikgu tulis cerita cinta ke? ~~

    BalasPadam
  4. suka dgn tajuknya..sandiwara encik fb..huhu

    BalasPadam
  5. Cik akskak lagi lah tak berbeli majalah jelita nie cikgu
    Biasa dengan majalah mingguan wanita je

    BalasPadam
  6. Tu dia...penangan blog, sehari xbuka terasa rindu! hehe
    Tahniah cikgu... apa2 pun pilihan ditangan cikgu, pilihlah yg terbaik tapi lagi bagus kalau dapat lakukan semua sekali... :)

    BalasPadam
  7. Tahniah cikgu. Dah lama saya tak menulis cerpen. Rasanya cuti panjang ni, saya kena tukangi beberapa cerpen. Insyaallah.

    BalasPadam
  8. akak pun jarang-jarang mmebeli majalah.. selalu baca secara online sahaja..

    bahaya juga jika terperangkap dalam sandiwara facebook..

    BalasPadam
  9. Salam, tahniah cikgu. Mesti menarik tu ceritanya;)...

    BalasPadam
  10. Tahiah cikgu Helmi... kena carilah majalah jelita tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78