Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ini dapat menerbitkan entri lagi di blog ini untuk perkongsian dengan pembaca semua. Semalam tak terbitkan entri sebab ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2014. Sengaja saya tidak mengajak mana-mana rakan sebab saya tidak mahu menganggu masa hujung minggu mereka yang barangkali ada urusan masing-masing ataupun mahu berehat.
Sudah tengokkah buku yang saya beli di PBAKL 2013? Jika ada masa bolehlah jenguk-jenguk, mana tahu kalau ada yang berkenan: Kembara Buku di PBAKL 2013.
Pada tahun ini, rasanya tidaklah banyak buku yang dibeli. Namun, perbelanjaan lebih kurang sama sahaja pada tahun lepas. Ada yang boleh teka jumlah kesemuanya? Kalau ulat buku pasti dapat meneka.
Di PBAKL ini juga sempat saya memperbaharui langganan majalah Tunas Cipta (mula - Julai 2014 - Jun 2015), Pelita Bahasa (mula - Jun 2014 - Julai 2015) dan Dewan Sastera (mula - Ogos 2014 - Julai 2015). Pada kesempatan ini saya ingin menghebahkan bahawa majalah terbitan DBP tahun 2013 dijual satu set dari Januari hingga Disember 2013 dengan harga RM10.
Seperti yang saya khabarkan sebelum ini buku yang menjadi buruan saya ialah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku ITBM yang sempat saya jaring adalah seperti berikut:
Buku ITBM yang dibeli di PBAKL 2014 |
Kumpulan Puisi terbitan ITBM |
Kumpulan Cerpen terbitan ITBM |
Novel terbitan ITBM |
Kalau nak belajar menulis puisi boleh baca buku ini terbitan Utusan 3 siri semuanya |
Siri Citra Cendekia terbitan Ana Muslim |
Masih panas hanya di PBAKL 2014 |
Akhirnya, Dewan Tamadun Islam April dan Pelita Bahasa Mac 2014 yang menerbitkan karya saya berada di tangan |
Untuk ulasan dan cerita lanjut untuk hasil belian ini akan saya ceritakan dalam entri yang seterusnya nanti. Setiap koleksi yang saya beli ini sudah pasti ada matlamatnya yang bukan sahaja untuk membaca. Jika hendak tahu, kenalah baca entri seterusnya nanti.
Rasanya hendak pergi sekali lagi ke PBAKL 2014 ni. Tetapi belum pasti bila. Kepada yang belum pergi, apa yang boleh saya katakan amat rugilah lepaskan peluang setahun sekali ini. Sebelum terlambat masih berbaki masa untuk menyerbunya hingga 4 Mei 2014 melabuhkan tirai harinya.
Nota: Kepada yang sudah pergi tu, rajin-rajinkanlah diri anda untuk berkongsi buku yang dibeli.
Berbaloi beli buku-buku ni..kita pun sekarang tengah cari masa untuk membaca buku-buku yang dah terkumpul, tapi masih belum di khatamkan..
BalasPadamjealous nya. T____T"
BalasPadamargh. penulisan puisi tu cam best.
dah jadi library rumah helmi ni . saya lak nak membaca masih curi - curi masa ...
BalasPadamuh..bestnyer..kathy pun agaknya kalau ke sini mesti rambang mata..nak beli semua..
BalasPadamMmg waktu yg sgt berbaloi utk mendapatkan buku2 pilihan.. seronok tengok buku2 tu.. :)
BalasPadamSalam Cikgu Helmi;
BalasPadamTahniah, pelaburan yang sangat bermanfaat sekali, seronok borong buku tu cikgu.
wah, banyak beli buku
BalasPadamcam dah boleh buat library =)
dulu parent akak pun ada library kecil
Nampaknya tak pergilah kali ni...sebab hujung minggu tadi ada hal.
BalasPadam