Pengikut

Isnin, 14 April 2014

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi - Tema Hari Guru 2014

Assalamualaikum.

Pada tahun lepas saya ditawarkan untuk menulis artikel di Pelita Bahasa sempena Hari Guru dengan tajuk artikel Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda. Terima kasih saya ucapkan kepada mantan editor Pelita Bahasa yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi idea dan pandangan. 

Selain itu, saya juga pernah berkongsi Tema Hari Guru dari tahun 1981 hingga 2013 di blog saya. Pada tahun ini tanggal 15 Mei 2014 satu tema lagi dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


"GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

Definisi Sambutan Tema Hari Guru 2014
  • GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.


Huraian Tema Hari Guru 2014

  • Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
  • Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
  • Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
  • Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.



13 ulasan:

  1. wah tahniah cikgu ye, bukan senang dapat tawaran gitu dak
    menarik tema hari guru tahun ni ye
    apapun all the best cikgu ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sebenarnya bukan senang editor nak bagi tawaran kepada penulis, jika tidak mengambil kira akan kualiti dan kepercayaan editor kepada penulis. Alhamdulillah, semuanya telah lancar berjalan.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Sedap tema dia..penuh maksud tersirat..mulianya tugas jadi cikgu ni..banayk saham akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tema bukan sekadar tema jika tidak dizahirkan melalui pelaksanaan.

      Padam
  3. wah, selamat hari guru bro,..nanti boleh la siap2 kan bakul bawak sekolah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Guru. Rasanya masih awal lagi ni Fizi. Bakul? Tidaklah mengharapkan sangat. Cukup sekadar ucapan terima kasih daripada anak murid. Kalau ada hadiah satu bonus sahaja.

      Padam
  4. Semoga tema ini dapat dizahirkan...InsyaAllah. Selamat hari guru (awal sgt ni...hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, kami golongan guru akan cuba yang terbaik.

      Padam
  5. Kathy pasti Helmi guru yg berdedikasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, satu pengiktirafan yang tinggi ni.

      Padam
  6. Baru saya tahu.. t kasih atas perkongsian ini cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
  7. 15 Mei 2014 nanti.

    Terima kasih cik akak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78