Pengikut

Ahad, 6 Oktober 2013

Semarakkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013

Assalamualaikum semua. 

Tahukah kalian bahawa Bulan Bahasa Kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun? Kalian boleh membaca maklumat lanjut tentang BBK di sini (BBK).

Pada tahun ini, majlis pelancarannya adalah seperti berikut:


Ayuh, kita semarakkan Bulan Bahasa Kebangsaan kita! 

Perkara paling mudah untuk kita sama-sama menyemarakkan BBK di alam maya ini adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul!  


32 ulasan:

  1. mari sama-sama kita jayakan program ini :)

    BalasPadam
  2. dulu masa sekolah time bulan bahasa memang banyak aktiviti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak. Murid pun suka kerana dapat banyak hadiah.

      Padam
  3. Yang berminat tu sama-samalah memeriahkannya =)

    BalasPadam
  4. Perlis menjadi tuan rumah 3 acara besar peringkat kebangsaan :

    1. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013
    2. Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan 2013
    3. Malam Puisi Riong, Berita Harian 2013

    BalasPadam
  5. Jom kita meriahkan & jayakannya, in shaa Allah. T kasih cikgu Helmi diatas maklumat ini. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Tuan Khir. Saya hanya maklumkan saja. Moga ada sedikit kesedaran pada masyarakat kita.

      Padam
  6. Terima Kasih kerana maklumat ini , jadi untuk menjayakan Bulan Bahasa ini saya akan menulis blog dengan menggunakan Bahasa Malaysia tanpa campur aduk bahasa lain :)

    Kalauu sudi , jadilah kawan saya di http://missherher.blogspot.com/. Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh sepanjang masa kan.

      Miss Her-Her, saya dah follow.

      Padam
  7. Yang dekat dan berada di negeri berhampiran bolehlah memeriahkan program tersebut. Rindu pula zaman sekolah dulu ada bulan-bulan khas bagi setiap matapelajaran. Contohnya, julai matematik, ogos bahasa melayu, september bahasa inggeris, oktober bahasa arab dan seterusnya :)

    BalasPadam
  8. Bagus juga diadakan program macam ni.. Marilah kita semarakan penggunaan bahasa melayu dengan betul..

    BalasPadam
  9. remaja2 yg bahasa harian mereka mcm rojak tu...silakan kesana...takde la sakit telinga mendengar percakapan/tulisan meraka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, elok didik remaja guna bahasa yang betul.

      Padam
  10. Sesuai sangat,..mungkin esok permintaan anda akan di publish...semoga ianya menepati kehendak.

    BalasPadam
  11. aiza baru tahu mengeni bulan bahasa tu seleaps baca entri helmi ni.. ketinggalan betul aiza ni.. bersama-samalah kita memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan..

    BalasPadam
  12. Apapun program berkaitan bahasa yang tujuannya untuk kebaikan Bahasa Melayu, saya sokong. cuma saya sedar sesuatu, ketika inilah media Malaysia kelihatan begitu proaktif berkaitan isu ini seolah-olah merekalah juaranya melebihi peranan penganjur. Sayangnya, selepas habis bulan bahasa, sikap mereka kembali normal. Rasa cinta pada bahasa pun hilang.

    Memandangkan sikap proaktif yang mendadak ini bertahan hanya sebulan sementara bulan bahasa berlangsung, saya sarankan eloklah pada masa mendatang kita anjurkan Tahun Bahasa pula, yang panjangnya selama 12 bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih pandangan ini. Saya amat hargai.

      Ya, betul tu. Mengapa tidak kita sepanjang masa memartabatkan bahasa Melayu kan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78