Pengikut

Jumaat, 18 Oktober 2013

Pabila Kucing Menjadi Guru

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.




PABILA KUCING MENJADI GURU

Di sebuah rumah tinggal dua ekor kucing
seekor kucing kampung seekor lagi kucing parsi.

Kucing kampung tidak miliki bulu cantik dan gebu
tapi kelasakannya amat diperlukan tuannya
untuk menangkap tikus dan menghalau lipas.

Sementara kucing parsi jinak dan comel
menjadi teman dan rakan permainan anak-anaknya.

Kata kucing kampung itu kepada kucing parsi:
untuk menjadi haiwan kesayangan tuan kita
kita perlu tunjukkan yang kita tidak mudah tunduk
terhadap apa-apa pun ancaman.

Kata kucing parsi kepada kucing kampung:
untuk menawan hati tuan kita
kita perlu sentiasa tunjukkan bahawa kita ini manja
dan selalu ikut kemahuannya.

Apabila kucing-kucing itu berubah tabiat
tuannya mula berasa bimbang dan khuatir
kerana kucing kampung itu sudah malas menangkap tikus
sementara kucing parsi pula terlalu garang dan bengis
hinggakan tangannya menjadi mangsa kerkahan
maka kedua-dua ekor kucing itupun dibuang
kerana bagi tuannya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan lagi
jika kedua-duanya sudah tidak setia dan mahu menjadi orang lain.


Mohd Helmi Ahmad
Simpang Empat, Kangkong
18 Mac 2010


27 ulasan:

  1. xboleh imagine cm ne kucing parsi jd terlalu garang n liar.nasib comel ;)

    BalasPadam
  2. Jangan di buang kucing itu...bagi pada saya, hehe
    Benar...jadilah diri sendiri, kejujuran pasti tetap di sanjungi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing yang tak berjasad BM.

      Ya, kejujuran dan jati diri harus dipupuk dalam diri.

      Padam
  3. cukup bermakna kisah ini untuk renungan kita bersama.. kesimpulannya, berbanggalah menjadi diri kita sendiri..

    BalasPadam
  4. sy faham apa yg cuba disampaikan, tp kesian kat kucing2 tu..

    BalasPadam
  5. hurmmm.. moral of story ada tapi kene lebih kan lagi :D
    but mmg bermakna ...faham sungguh ..

    BalasPadam
  6. Kesian kucing tu..kalau manusia dah tak jadi diri sendiri, kita kena bawa mereka balik ke pangkal jalan..tak disisihkan...eh..betul ke maksud macam ni cikgu..he..he

    BalasPadam
  7. Jangan berpura2 depan org. Sampai bila bleh bertahan. Lama2 nampak gak identiti diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berpura-pura lambat laun akan terbongkar juga.

      Padam
  8. ada cerita tersirat sebalik puisi ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pastinya falsafah di sebalik cerita yang harus difikirkan.

      Padam
  9. kak membayangkan diri kak yang "kasar" cam lelaki ni (maklum...ada 7 adik lelaki) , tiba-tiba teringin menjadi seorang yang lembut gemalai...mesti depa pelik.."kakak aku ni buang tebiat ke?"

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7 adik lelaki. Hebatnya. hehehe. Tak adalah kak., gurauan adik-beradik je tu.

      Padam
  10. wow.
    kita adalah kita.
    tak perlu nak meniru orang lain.
    setiap orang ada keistimewaan. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78