Pengikut

Ahad, 27 Oktober 2013

Perlunya Biodata Penulis Pada Sebuah Buku

Setelah sekian banyak buku yang saya baca, saya berasakan industri perbukuan di negara kita masih belum lengkap dan sempurna muatan kandungannya. BIODATA PENULIS. Bagi saya sebagai seorang pembaca dan penulis, saya berasakan perlunya sesebuah buku itu dimuatkan Biodata Penulis.


Biodata Penulis bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap sesebuah buku, bahkan berperanan untuk memperkenalkan seseorang penulis dari segi latar pendidikan, pengalaman, pencapaian, hasil karya dan sebagainya. Banyak orang mengenali penulis sekadar pada nama yang tertera pada kulit depan.

Bagaimana pula, kalau penulis menggunakan nama pena atau samaran? Sudah pasti, tanpa paparan Biodata Penulis di belakangnya pembaca tidak akan mengetahui sebarang maklumat diri penulis. Harus diingat, biodata tersebut bukan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja, asal ada, sebaliknya penerbitan yang bagus akan cuba mempamerkan kewibawaan penulis di bawah naugannya.

Saya memuji usaha DBP dan ITBM yang menyertakan sekali Biodata Penulis pada buku terbitan mereka. Keyakinan ini harus dicontohi oleh rumah penerbitan yang lain.


26 ulasan:

  1. Betul biodata merupakan suatu keperluan bagi sesebuah buku yang diterbitkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biodata juga dapat menerangkan serba sedikit tentang penulis.

      Padam
  2. memang sepatutnya ada...lebih mudah untuk pembaca membuat rujukan...

    BalasPadam
  3. saya setju dengan cikgu, tapi ada sesetengah penulis hanya menggunakan nama pena kerana mahu dikenali ramai. mereka lebih suka menulis tanpa dikenali.
    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain penulis, lain pandangannya. Saya tak nafikan, mereka lebih sukar menggunakan nama pena.

      Padam
  4. sangat perlu biodata sebab untuk kenali penulisnya ...secara tak langsung kita akan jadi pengikut setia penulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu Acik. Sekurang-kurangnya kita dapat juga tahu sejarah penulisannya serba sedikit.

      Padam
  5. Biodata yang bagus sometimes boleh mempengaruhi pembaca..kita selalu tengok biodata penulis kalau ada sebelum beli Buku. Its a testimony actually..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itu saya katakan bahawa penulisan biodata haruslah mantap.

      Padam
  6. dengan adanya biodata pasti pembaca dapat mengenali penulis secara ringkas..

    BalasPadam
  7. Setuju dengan pendapat penulis. Saya pun kalau baca sesebuah buku memang akan cari biodata penulis buku tersebut yg mana sesetengah buku mmg tiada memasukkan elemen ini. Balas kunjungan dan follow sini.. :)

    BalasPadam
  8. Dengan adanya biodata penulis, kita lebih mengenali penulis dengan lebih dekat dan buah pemikiran nya.

    BalasPadam
  9. Tapi ida punya pendapat yang berbeza... kalau ida mahu jadi seorang penulis, ida tidak mahu dikenali....ermmm

    BalasPadam
  10. yup.. biodata penulis tu perlu.. br la pembaca tahu hasil penulisan siapa.. :)

    BalasPadam
  11. Biodata perlu untuk mengangkat nama penulis itu sendiri. Melalui biodata, pembaca dapat mengetahui pengkisahan perjalanan penulis sendiri di dalam dunia penulisan serta faktor-faktor yang membentuk pemikiran penulis lewat karyanya sekarang.

    BalasPadam
  12. Mungkin ada sesetengah penulis yang tidak berminat untuk menceritakan perihal latar belakang mereka, jadi sesetengah penerbit berasa agak sukar untuk memuatkannya bersama.

    BalasPadam
  13. Bagi yg menggunakan nama pena, nama samaran itu terlihat lebih menjual bagi mereka. hm,

    BalasPadam
  14. Sy setuju dgn pandangan cikgu tu.. mmg spatutnya ada bukan utk berbangga ttp utk meyakinkan lebih ramai pihak lagi ttg siapa penulis seterusnya menjadikan apa yg ditulis lebih diambil perhatian sbg satu mesej kpd semua. Biodata penting & nama penting sbg satu rujukan doa juga. :)

    BalasPadam
  15. Setuju cikgu. Sebelum memulakan pembacaan, saya akan teliti dahulu kulit buku, maklumat-maklumat tentang buku, kemudian barulah dimulakan pembacaan. Sebabnya saya mahu tahu, buku itu tentang apa, siapa penulisnya. Baru ada aura!

    BalasPadam
  16. Setuju dgn Ida...tidak semua penulis buku mahu menonjolkan dan memperkenalkan diri. Ada yang lebih suka hanya dikenali dgn nama pena. Rasanya terpulanglah kepada penulis kerana yang penting isi kandungan tulisannya. Kalau ianya bersifar fakta, isu,pelajaran, sejarah atau kajian dan sebagainya...adalah perlu di letakkan biodata.kerana ianya melibatkan kefahaman, kesahihan, pendapat, ketepatan dan sebagainya. Pembaca perlu tahu untuk menilai kreadibiliti penulis itu layak untuk menulis perkara tersebut.

    BalasPadam
  17. Ya sangat penting saya kira... lainlah jika cerita-cerita rakyat yang sememangnya tidak diketahui penulisnya dan disampaikan secara lisan turun-temurun.

    BalasPadam
  18. thanks sudi singgah blog saya.

    kalau ayu, mesti baca biodata penulis tak kira apa buku pun...

    BalasPadam
  19. itulah yang kak cari sebelum membeli sebuah buku. pengenalan itu pentingkan:-))

    BalasPadam
  20. betul tu, bagi saya penting biodati penulis ni, secara tak langsung, para pembaca boleh kena penulis kesayangan mereka

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78