Pengikut

Sabtu, 26 Oktober 2013

Sarana Sekolah dan Ibu Bapa

Assalamualaikum semua.


Pada hari ini, dikhabarkan semua sekolah di Selangor diarahkan membuat Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkaitan Sarana Sekolah dan Ibu Bapa. Oleh itu, sekolah saya telah mengambil inisiatif ini dengan mengarahkan semua guru hadir. 

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari tadi. Tahniah, kepada guru yang berjaya hadir! Anggaplah ini satu lagi pengorbanan masa yang guru lakukan demi kejayaan anak murid nanti. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sarana merupakan sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. 

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Sekolah mempunyai enam elemen, iaitu:
i. Iklim sekolah
ii. Komunikasi berkesan
iii. Sokongan terhadap kejayaan murid
iv. Tanggungjawab bersama
v. Keputusan bersama
vi. Kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa

Saran Ibu Bapa pula mengandungi empat elemen, iaitu:
i. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
ii. Interaksi sosial dengan anak
iii. Komunikasi dengan anak
iv. Sokongan terhadap kecemerlangan anak

Dengan pelaksanaan Sarana Sekolah dan Ibu Bapa ini diharapkan dapat membentuk satu kerjasama dalam mencapai kecemerlangan anak-anak murid.


22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Satu program yang dapat menggabungjalinkan usaha guru dan ibu bapa.

      Padam
  2. oooo ida angguk-angguk jer lah... hehe sebab takde adik yang bersekolah

    BalasPadam
  3. Inshaa'Allah..1 perlaksaan yang baik..harap-harap tercapai la..lagipun semua pihak perlu mainkan peranan untuk kejayaan anak-anak murid sekarang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan begitulah. Semua orang berharap anak bangsa kita berjaya. Jadi, kenalah berusaha lebih sikit.

      Padam
  4. kalau Sarana ni berjaya, mmg akan berlaku ajakan dlm sistem pendidikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Semua pihak kena memainkan peranan masing-masing.

      Padam
  5. Macam2 sistem pendidikan sekarang ini...Semoga ianya tidak membebankan dan mencapai matlamat, bukan sekadar hangat2 tahi ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu...harap-harap begitulah. Kenalah tabah hadapi transformasi.

      Padam
  6. ooo bagus sgt ni
    dgn adanya kehadiran ibu bapa pastinya matlamat berjaya dicapai
    yumida suka part tggjwb n keputusan bersama tu
    now, ramai yg hanya membiarkan anak2 mereka dipimpin oleh guru, alangkah baiknya jika dipimpin bersama2..tggjwb bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau di sekolah tugas guru. Di rumah, pastilah ibu bapa dan ahli keluarga.

      Padam
  7. Semoga berjaya mencapai matlamat utk kebaikan negara, in shaa Allah..

    BalasPadam
  8. bagus program sebegini.. tugas mendidik bukan diserahkan sepenuhnya kepada guru, tapi perlu juga kerjasama dari ibu bapa..

    BalasPadam
  9. bagus sangatlah program camni cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sangat bagus. Harap dapat sokongan dan kerjasama semua.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78