Hari ini kerja saya terbitkan entri baharu, blogworking, tulis cerpen sikit dan semak kertas peperiksaan. Memandangkan kerajinan saya memuncak hari ini, jadi saya nak kongsikan satu cerita ataupun pengalaman saya.
Ya, kalian tidak tersalah membaca tajuk entri saya itu. Sejujurnya, "Aku Lelaki Pemabuk". Sebab yang menyebabkan saya mabuk bukanlah saya ini peminum, tetapi saya memang alah berjalan jauh apatah lagi menaiki kenderaan seperti kereta ataupun bas.
kredit foto dari ariffinmamat.net |
Sejak kecil lagi, jika saya menaiki kereta, pasti saya akan pening atau mabuk dan termuntah-muntah. Mesti minyak cap kapak perlu disediakan jika saya menaiki kereta ataupun bas.
Memang saya tidak diajar menaiki kereta sewaktu kecil kerana ayah saya tidak boleh memandu dan tidak juga memiliki kereta.
Adakah "penyakit" ini disebabkan keturunan? Hal ini demikian kerana, ibu saya pun juga begitu. Tidak boleh berjalan jauh dengan menaiki kereta ataupun bas.
Kini, "penyakit" ini menyerang pula anak menakan (saudara) saya. Rasanya Sungai Limau dengan Simpang Empat, Kangkong tidaklah jauh sangat, tapi seringkali anak menakan saya ini akan pening dan loya jika pulang ke rumah toknya (nenek).
Alhamdulillah, semenjak saya keluar dari Kedah iaitu belajar di UPM dan belajar berjalan jauh menaiki bas "penyakit" ini mula hilang. Tidaklah saya termuntah-muntah lagi.
samelah saya dulu pun suka sangat muntah- muntah. Kini, tidak lagi.
BalasPadamkena bawa plastik kalau naik bus,,,,siap sedia kalau muntah,,,,
BalasPadamaku pun jga sering muntah2
BalasPadamkita serupa...heheee
BalasPadamPenyakit keturunan kot hehe... ida pun mcm tu juga...tp klu melalui jalan2 yang bengkang bengkok mcm nak pergi cameron highland tu jer...klu jalan biasa okey jer..
BalasPadamsaya pun pemabuk bila nak naik minibus :)
BalasPadamsudah saya follow kembali :)
kite kalau tak lama nak kereta pon leh mabok
BalasPadamdan ikut mak jugak suka mabuk2 ni
hehe
sebab bila naik kereta atau bas terhuyung hayang.. Kak Erin pun sampai sekarang kena bawak minyak angin kalau jalan jauh..
BalasPadamsama lah..kathy dulu dari tawau ke kk naik bas ekspress asyik muntah jer sepanjang jalan...
BalasPadamadik aiza masa kecil dulu pun pemabuk juga.. kalau naik bas mesti kena bawa bekal plastik sebab mesti dia akan muntah.. alhamdulillah sejak dia dah dewasa mabuk dia hilang..
BalasPadamAlhamdulillah saya tak pernah alami situasi begini. Pertama kali saya menaiki bas untuk perjalanan jauh, semasa darjah empat. Sampai sekarang ditakdirkan kena naik bas pergi balik ke asrama. :)
BalasPadamsaya mesti simpan plastik muntah dlm kereta.
BalasPadamBalas kunjungan dan follow sini.. adik saya pun mabuk.. tapi rasanya da penawarnya..InsyaAllah..
BalasPadamDulu saya pun macam itu juga. Bila nak berjalan jauh siap pergi kedai sengseh beli pil untuk tahan muntah. Telan pil tu, tapi lama-lama agaknya dah serasi, so sekarang dah tak payah telan pil muntah lagi. Jalan jauh mana pun ok je.
BalasPadamSaya klu berjalan jauh mmg tak tahan dgn bau asap diesel lori atau bas.. pasti mabuk, pening kepala & klu teruk sgt mmg akan muntah. Dari dulu smpai skrng mmg tak boleh tahan bau asap tu, walaupun kenderaan tutup berhawa dingin.. ttp terasa kehadiran bau tu.. Klu boleh mmg cuba utk elak dari menunda lori atau bas..
BalasPadamPerkara biasa berlaku...saya pun sama juga. Tapi bila selalu naik kenderaan, ianya akan berkurangan dan beransur hilang.
BalasPadamsaya dulu pun pemabuk bila jalan jauh..sekarang alhamdulillah...lagi suka jalan jauh sekarang...sebab dah tak mabuk... :)
BalasPadamdulu adik lelaki saya pun begitu juga. walau jalan tu lurus tapi lebih setengah jam berada dalam kereta mula lah nk muntah2. tapi sejak dia sekolah berasrama, fuhh lega. dia dah hilang semua tu. Kadang2 psikologi kena kuat utk bantu diri
BalasPadammasa kecik dulu selalu gak jadi cnggini. alhamdulillah.skrg x
BalasPadamMacam saya juga masa kecil dulu..panyakit macam ni kena lawan..kita kena selalu berjalan jauh..baru lama kelamaan dia akan ok..sekarang jauh macam mana pun saya tetap tak mabuk =)
BalasPadamSamalah Cikgu..Saya kalau jalan jauh pun mabuk juga..kadang2 sebelum berjalan itu mesti nak kena sediakan plastik dulu..:)
BalasPadam