Pengikut

Ahad, 20 Oktober 2013

Kualiti Lirik Lagu di Malaysia

Saya tertarik dengan lontaran buah fikiran daripada penulis Rozais Al-Anamy dalam ruangan Sastera, Mingguan Malaysia hari ini. 


Beliau menyentuh tentang lirik lagu di Malaysia yang kian hambar dan kurang nilai seni sasteranya, jika hendak dibandingkan dengan karya penulis lirik satu masa dahulu. Antara ciptaan yang disentuh oleh penulis ialah lirik Bonda, Raikan Cinta, Andalusia, Tanya Itu Sama Hud Hud atau Gurindam Jiwa. Bagaimanapun, tidak semua lirik yang dihasilkan di Malaysia tidak bagus mutunya. 

Barangkali golongan muda hari ini tidak bersetuju dengan memberi alasan, zaman sudah berubah. Masyarakat hari ini sudah tidak ada masa hendak memikirkan lagu yang didengar. Yang penting lagu itu mesra pendengar dan liriknya mudah menjadi siulan ramai. Namun begitu, kita harus sedar perubahan hanya pada waktu sebaliknya jangan perdagangkan nilai kebudayaan, kesenian dan jati diri. 


Perbezaan jelas ketara pada kualiti lirik dan puisi ialah pada gaya penyampaian dan pemilihan kosa kata. Lirik lebih berterus terang kini, sebaliknya puisi lebih berselindung dan memerlukan daya fikir yang tinggi. Telah banyak puisi diangkat menjadi lirik lagu seperti Ke Makam Bonda (puisi Usman Awang), Tetamu Senja (puisi A.Samad Said). 

Penulis turut menyentuh tentang cadangan untuk mengangkat lirik lagu dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Beliau berpendapat, belum sampai masanya lagi lirik untuk Malaysia mengangkat lirik lagu dalam HSPM. Biarlah lirik lagu diangkat dalam industri muzik sahaja kerana itu lebih sesuai dengan perjuangan mereka.

"Maka langkah mengiktiraf lirik sebagai genre sastera dalam HSPM masih dikira tidak wajar pada ketika ini. HSPM dan seni sastera tidak boleh disekutukan dengan kerendahan citra ilmu dan budaya dalam bidang penulisan lirik di negara ini." 



14 ulasan:

  1. sekarang lirik lagu semuanya main ikut sedap je, tapi lagu tak sedap mana pun..hihi

    BalasPadam
  2. Saya sebagai generasi muda kini juga sebenarnya sangat tidak meminati lagu-lagu sekarang yang terlalu mengarut saya kira. Tiada mesej sempurna yang disampaikan melainkan hiburan semata-mata yang menuntut minat dan suka generasi muda.

    Walau bagaimanapun, tidak semua lagu bersifat sedemikian. Masih wujud lagu-lagu baharu yang bermakna dan menyentuh jiwa. :)

    BalasPadam
  3. Terdapat hanya beberapa orang yang benar-benar pakar menghasilkan lirik di Malaysia. Antaranya ialah Allayarham Loloq (Nurbisa), M.Nasir dan Azida N.S (Ainol Jamal).

    BalasPadam
  4. Setuju.. lagu sekarang ni terlalu berterus terang..Lagipun kebanyakkan orang tak suka sangat pada sastera.. Walhal itulah warisan kita yang tinggi nilainya..

    BalasPadam
  5. tapi suka lagu mcm lagu hud hud tu
    lagu dato ct yg budaya2 tu pon kadang2 sastera
    suka sbb susah nak paham ape

    BalasPadam
  6. Penulis lirik sekarang menjadikan lirik mereka sebagai 'hasil pendapatan yang lumayan'. Mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti.

    BalasPadam
  7. Sebuah lagu dan lirik perlu bersatu...umpama irama dan lagu.
    Barulah ianya berkualiti...

    BalasPadam
  8. Kita sukakan lagu-lagu M Nasir cikgu. Nilai puitis yang tinggi..Walaupun tak begitu memahami tapi sound good..

    BalasPadam
  9. saya suka mendengar lagu yg ada makna. bukan hanya sekadar lagu macam kalau aku kaya tu. lirik penting sebenarnya. contoh lagu wanita nyanyian dehearty tu. lirik berunsur nilai seni sastera, yeah M Nasir tetap bagus dari sudut tu

    BalasPadam
  10. suka dengar lagu berasaskan puisi tu
    maknanya senang utk difahami
    manakala lagu m.nasir sukar utk dimengerti liriknya

    BalasPadam
  11. Generasi muda dah banya lupakan bahasa. Banyak pakai short form dan bahasa rojak. Sebab tu lah agaknya

    BalasPadam
  12. betullah , lagu sekarang cuma sedap didengar jee ..

    BalasPadam
  13. Sekarang rasanya dah susah kot nak dapat lirik lagu yg berbentuk sastera ni, mungkin perubahan dunia dah terlampau taksub buat pemuzik di Malaysia..tapi saya puji la klasik fm..tetap putarkan lagu-lagu lama =)

    BalasPadam
  14. as Salam, sy ada mencipta lirik2 lagu...ke mana sy nk sumbangkannya...?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78