Pengikut

Ahad, 27 Oktober 2013

Berkelah di Rumah Kawan

kredit foto dari serojahome.blogspot.com
Pada waktu petang ni, eloklah entri santai-santai saja kan. Oleh itu, saya nak berkongsi cerita saya pada waktu kecil dulu. 

Sudah pastilah zaman kanak-kanak, kita mempunyai banyak kawan sama ada lelaki mahupun perempuan. Sekejap berkawan baik, sekejap berkelahi dan kemudian berbaik semula itu sudah lumrah persahabatan. 

Apabila sudah berkawan, pasti kita akan "lupa" nak balik rumah. Keluar pagi, kemudian balik tengah hari dan keluar semula pada waktu petang. Ketika itu, mulalah kedengaran bebelan emak. 

Pernah tak kalian "berkelah"? Maksud saya, bukanlah berkelah dalam konteks sekarang ini-pergi ke air terjun, pantai dan sebagainya. Tetapi, berjanji dengan kawan untuk berkelah di rumahnya. Kita akan membawa makanan yang dibungkus dalam plastik ataupun dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian, kita akan makan bersama-sama. 

Ketika itu bagi saya amat terasa sekali suasana persahabatan. Kemudian, esok hari atau minggu seterusnya bergilir di rumah kawan lain pula. 

Rasanya sekarang ini, dah tak ada kot, "budaya" berkelah ni. Kalau adapun pasti berkunjung ke tempat-tempat menarik saja. 


25 ulasan:

  1. ermm..itu zaman dulu..zaman skarang mkn kat restoren fast food jer..huhu

    BalasPadam
  2. mama dulu pernah merasa jugak begini, zaman dulu lah.. sekarang tak kot.. :)

    BalasPadam
  3. susah sikit sbb pontian takde pantai. tepi laut je . tu pun tercemar sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu tak berkelah tepi pantai pun syuk, di rumah kawan, di pondok saja.

      Padam
  4. seronoknya kalau dapat buat macam tu..

    BalasPadam
  5. aiza masa kecil dulu tak pernah merasa berjalan atau tidur di rumah kawan.. dikawal ketat oleh mak.. nak ke mana pun mak ikut.. tentu seronok pengalaman berkelah tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya, orang perempuan memang begitu. Dikawal dan dijaga oleh ibu bapa.

      Padam
  6. Saya tak pernah berkelah macam cikgu. Dulu-dulu kami hanya main berkelah sahaja. Dengan tikar, alat mainan masak-masak ( kepunyaan adik perempuan saya), beg sorang satu. Kami pergi berkelah di tepi rumah, bawah pokok dan kadang-kadang dalam rumah. Kalau dalam rumah seronok sikit. Kononya menginap di hotel. Hehe.

    BalasPadam
  7. ketika kecil dulu saya dan kawan-kawan sering membungkus makanan dan makan di gubuk di tengah sawah. tapi adik-adik sekarang tak lagi,,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronokkan dulu-dulu, sekarang mana ada dah macam ni.

      Padam
  8. ooo kire mcm potluck la?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang la, tapi dia makan nasi dia, kita makan nasi kita.

      Padam
  9. dulu selalu buat..lagi-lagi dekat nak exam..buat study group..belajar 10 minit..makan 20 minit..tapi inilah yang mengeratkan..walau sekarang masing-masing jauh..hati sentiasa merasai memori itu..

    BalasPadam
  10. situasi ini fiza x tau saa ada berkelah tau tidak. Fiza selalu masak something new dan panggil kawan untuk merasa, lepas duduk kat meja konfirm borak2 kan.. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah besar sikit kan. Saya mas tu sekolah rendah kami, kami buat macam ni.

      Padam
  11. Mmg seronok mengimbau kenangan lalu.. kg asal sy terletak di kawasan pantai barat, tiada pantai, cuma paya bakau.. itu pun seronok mandi smbil bermain lumpur. Tp bila difikirkan balik, nasib baik x terjebak dgn ular paya bakau yg sgt berbisa hehee.. Seronok bersantai di pantai kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung saya pun bukannya kawaan pantai, cuma berkelah di rumah saja.

      Padam
  12. Kalau budaya seperti cikgu katakan tu, rasanya sekarang ni memang takde dah kot, saya sendiri pun tak pernah buat macam tu, kecuali di tempat rekreasi je..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78