Pengikut

Sabtu, 12 Oktober 2013

Adaptasi Karya Sastera ke Visual

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

Sekarang ini sudah menjadi trend pula apabila pengarah drama menyunting naskhah novel untuk diadaptasi. Kebanyakan novel yang dipilih lebih menjurus pada novel popular. Saya pernah menulis isu ini dalam entri Adaptasi Ombak Rindu. Tengah hangat disiarkan sekarang ini ialah Love You Mr. Arrogant


Saya terbaca satu rencana yang ditulis oleh Johan Jaaffar yang berjudul "Membawa Karya Sastera ke Pentas" di Berita Harian, 9 Oktober 2013. Dalam rencana ini pengarang cuba menjelaskan bahawa fenomena adaptasi ini telah lama dimulakan. Pada suatu masa dulu, karya yang dipilih untuk diadaptasi lebih kepada karya sastera. 

Antara karya sastera tersebut yang disebut:

1. Intan - Abdullah Hussain (Novel-1975)
2. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan (Novel)
3. Zaman Gerhana - A. Samad Said (Novel-1986)
4. Salina - A. Samad Said (Novel-1986)
5. Rumah Kedai Di Jalan Seladang - A. Samad Ismail (Cerpen)
6. Sungai Mengalir Lesu - A. Samad said (Novel-1997)
7. Imam - Abdullah Hussain (Novel-1998)
8. Al-Amin - A. Samad Said (Puisi-2000)
9. Orang Kota Bharu - S. Othman Kelantan (Novel-2003)
10. Patah Sayap Terbang Jua - A Samad Ismail (Novel-2005)

Sesungguhnya bukan mudah untuk mengadaptasi karya sastera ke bentuk visual sama ada, filem, TV mahupun pentas. Bukan calang-calang pengarah yang berani memikul tanggungjawab ini. Hal ini demikian kerana konsep adaptasi itu sendiri bukan sekadar menterjemahkan keseluruhan teks sama seperti apa-apa yang ditulis. 

Sebaliknya, pengarah yang bijak ialah pengarah yang mengupayakan teks tersebut untuk difahami dalam bentuk visual. Selepas menonton bukan soalan, "Eh, kenapa tak sama pun dengan teks sebenar", sebaliknya "Bijak pengarah ni menyelami apa-apa yang ditulis oleh pengarang sebenar".

Jika penonton atau penggemar drama Melayu yang diadaptasi daripada novel sekarang ini, mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Cuma yang membezakannya adalah konflik dan jalan penyelesaiannya. Misalnya, kawan paksa, benci, tidak suka dan kemudiannya memupuk cinta secara terpaksa dan ada peristiwa yang membuatkan pasangan tersebut terhutang budi dan berbaik. 

Saya bukanlah anti atau cemburu pada novel popular yang dipilih untuk diadaptasi. Barangkali saya melihat, semua penawaran ini dibuat kerana adanya permintaan begitu. Apa-pa yang kita pertontontan seolah-olah melambangkan begitulah budaya masyarakat kita. Oleh itu, hati-hatilah dalam memilih teks untuk dipertontonkan kepada khalayak. Usahlah kita berbangga hanya kerana drama atau filem kita meletop dengan cerita-cerita kepincangan dalam masyarakat kita. 



34 ulasan:

  1. Ya betul... Pengarah yg bijak seharusnya lebih peka dalam menghasilkan sesuatu cerita.. Mesti sesuai dgn budaya kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budaya yang dipaparkan biarlah mengandungi nilai yang positif.

      Padam
  2. hmmm..pernah tengok cerita Haryati?Adaptasi dari Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, saya teruja utk menontonnya satu tika dahulu, kemudian agak kecewa bila ceritanya yg dipaparkan tidak seperti 'ruh' karya itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah tengok. Tapi saya ada novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

      Padam
  3. karya A.samad Said y disebut tu rasanye semua dah baca (minat mbaca wp ada title budak engine)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah! Inilah yang diharapkan, membudayakan amalan membaca tidak kira bidang.

      Padam
  4. drama melayu selalu ketengahkan isu yang sama..

    BalasPadam
  5. majoriti drama yang diadaptasi dari novel jalan cerita dan ending lebih kurang sama je..

    BalasPadam
  6. mgkn orang sekarang dahagakan cerita sebegitu..

    BalasPadam
  7. saya melihat fenomena ini sebagai kehendak pasaran . apa yg sdg hot , itulah yg mrk rebut utk ditontonkan atas sebab rating serta kejar kepopularan juga RM

    BalasPadam
  8. kathy lagi suka membaca dari menonton adaptasinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesetengah orang begitulah. Membaca lebih terperinci penceritaannya. Menonton lebih kepada pemaparan visual.

      Padam
  9. kecewa gak bila kita dah baca novel
    pastu tgk citer nye yg dilakonkan semula
    xsampai isi cerita
    hehe

    BalasPadam
  10. Kadang2 bila sesebuah karya itu dah adaptasi,cerita dia mesti ada lari sedikit.Ada tokok tambah.Tapi semua itu lumrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengarah lebih faham akan kandungan teks tersebut. Pasti rencah untuk menarik perhatian pembaca akan dimasukkan.

      Padam
  11. lagi best kalau diorang mengadaptasi novel ke drama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah pastinya. Namun, perlu berhati-hati dalam mengadaptasi karya tersebut.

      Padam
  12. Sy bersetuju dgn pandangan cikgu Helmi.. mmg bukan mudah utk mengadaptasikannya dan mmg sepatutnya pengarah filim tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga secara tidak langsung menonjolkan imej budaya kita yg seolah2 tidak baik dimata msykt lain dan dunia. Semoga cikgu Helmi terus sukses.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengarah yang bijaksana adalah pengarah yang berilmu dan mempunyai wawasan dalam menerbitkan karyanya.

      Padam
  13. Emak Ida memang meminati novel2 karya A.Samad Said. Dulu masa remaja Ida rajin gak baca novel2 tu terutamanya Salina yang amat tebal. Ayat2 dalam novel tu Ida ulang baca berulang kali untuk memahaminya. Ida juga berharap agar novel tersebut difilemkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, hebat! Bukan senang nak cari penggemar karya Pak Samad. Saya dah beli Salina, tapi tak sempat nak baca lagi.

      Padam
  14. patah sayap terbbang jua. sy suke novel tu..menarik dan penuh sastera...^_^

    BalasPadam
  15. Setuju dgn pendapat dan pandangan cikgu. Bukan semuanya sesuai utk dilayar skrin kan. Saya memilih utk membaca karya lebih dr melihat hasilnya di skrin tv. Sbb bila membaca, saya tak terlalu terikat. Imaginasi itu sy yg control. Sedang di layar tv saya terpaksa menerima apa yg dilakonkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita harus terima dan faham seni penulisan dengan seni lakon layar adalah dua cabarang yang berbeza.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78