Pengikut

Selasa, 7 Mei 2013

Wawancara Sofa Putih Bersama Salbiah Ani dan Ku Seman


Sempena PBAKL 2013 yang lalu, saya berkesempatan mengikuti wawancara sofa putih bersama Salbiah Ani (pengarang Berita Harian) dan Ku Seman Ku Hussain (pengarang Utusan Malaysia). Inilah kali pertama saya bertentang mata dengan Salbiah Ani. Untuk Ku Seman, saya pernah terlihatnya sewaktu majlis penyampaian HSKU 2011 yang lalu. Paling mengujakan juga apabila melihat kepetahan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar yang bertindak sebagai moderator.  

Topik yang dibincangkan seputar tentang Adaptasi karya sastera ke filem mahupun drama. Masing-masing punya pandangan dan hujah yang diberikan. Salbiah Ani turut menyentuh novel Ombak Rindu yang disifatkannya "kecoh" bukan kerana kandungan teks tersebut tetapi hak pengarangnya dalam menerima bayaran. Katanya, seharusnya perkara ini tidak timbul jika, pengarang tersebut meneliti kontrak di awal penerbitan dahulu. Jadi, pengarang dinasihati supaya mengkaji terlebih dahulu kontrak tersebut sebelum menandatanginya. 

Dalam diskusi tersebut panel turut menyentuh tentang pengadaptasian karya dari seberang iaitu Laskar Pelangi yang dikatakan berjaya. Kejayaan tersebut bukan sahaja dinilai atas dasar pulangan kutipan filem tersebut, tetapi kejayaan teks Laskar Pelangi yang dipilih itu baik mutu sasteranya, kejayaan pengarahnya yang berjaya memahami teks tersebut. Gandingan mantap ini berjaya menonjolkan unsur seni dalam mengapresiasikan karya sastera ke bentul visual filem. 

Pengarah filem di Malaysia perlu lebih berani dalam mengangkat karya sastera untuk difilemkan. Sekiranya hanya keuntungan yang dikejar sebaliknya mengesempingkan unsur nilai maka, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan hasil seni mereka itu. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78