Pengikut

Sabtu, 5 Oktober 2013

Keputusan Sayembara Cerpen ANIS/ASUH 2012/2013

Assalamualaikum, semua. 
Hari ini saya menyepi sebab saya ke Majlis Penyampaian Hadiah
Alhamdulillah, DUNIA PILIH KASIH telah mendapat Tempat Ketiga
Tempat Kedua dimenangi oleh Adilah binti Hamzah (Antara 2 Cinta) dan Tempat Pertama oleh Maslina Ngadiman (Cyprus dan Lelaki Tanpa Nama).


Sijil sudah dibingkaikan oleh pihak penganjur. 
Jadi, senang untuk saya hendak mempamerkan di mana-mana saja jika ingin berbuat demikian. Selain sijil, pemenang juga mendapat wang beserta majalah terbaharu 
Anis, Asuh dan Q&A.


Antara barisan pemenang sayembara Anis, Asuh, Peraduan Jawab & Cipta Anis MASholidays dan Peraduan Cantum & Reka Asuh.


Selepas acara penyampaian hadiah, kumpulan Rabbani mempersembahkan 
dua buah lagu untuk tetamu yang hadir.


Sebelum balik, sempat ambil gambar dahulu sebagai kenang-kenangan. 
Bilalah saya nak duduk dan terbang bersama kenderaan di belakang saya tu kan.

Nota: Selain acara di atas, dalam majlis ini juga telah dilangsungkan Forum ANIS "Menjengah Kecantikan Hakiki." Insya-Allah, untuk entri yang seterusnya akan saya kongsikan apa-apa yang dibincangkan bersama ahli panel yang hebat itu nanti.


44 ulasan:

  1. Tahniah cikgu...bestkan bila hasil usaha kita dihargai

    BalasPadam
  2. wah..inilah dia wajah cikgu helmi kita..hensem...

    BalasPadam
  3. tahniah :)
    semoga dengan penghargaan tersebut boleh menjadi pemangkin semangat untuk terus berkarya

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih. Rajin berusaha, barangkali inilah imbalannya.

      Padam
  5. tahniah bro, tgk penulis pun dah tahu orangnya hebat..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha... hebatlah Fizi ni, tengok orang pun dah tau.

      Padam
  6. Tahniah! dan Syabas...semoga mencetus tambahan semangat utk terus menghasilkan karya yang terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sudah pastilah membakar semangat untuk saya terus menghasilkan karya yang berkualiti.

      Padam
  7. Tahniah cikgu Helmi.. berkat usaha, semoga terus berjaya.. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Khir. Ini juga rezeki daripada-Nya.

      Padam
  8. Tahniah cikgu..moga terus berusaha hasilkan karya yang lebih hebat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Insya-Allah, saya akan terus menghasilkan karya yang mempunyai nilai yang baik.

      Padam
  9. alhamdulilah tahniah cikgu ..hebat !!

    BalasPadam
  10. Tahniah, tetamu istimewa. Jika boleh dikongsikan siapa dan cerpen apa yang menang tempat pertama dan kedua?

    * Salam zulhijjah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Jamilah.

      Ok. Salam Zulhijjah.

      Padam
  11. Tahniah! Cikgu. Berbaloikan usaha, bila menang kan. Semoga cikgu terus berjaya :)

    BalasPadam
  12. Tahniah cikgu Helmi.. Tiket kapal terbang sekarang murah saja.. Nanti cikgu naiklah kapal terbang masa nak balik Alor Setar.. Hehe..

    BalasPadam
  13. tahniah kepada helmi dan semua pemenang.. :D

    BalasPadam
  14. tahniah :) insya'Allah de rezeki nanti, naik la..best jugak..tenang tgk permandangan indah ciptaan Allah swt

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah =) tahniah cikgu, berkat usaha dan idea yang kreatif..pasti ada pulangannya..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum.. Singgah sini, membalas kunjungan dan juga follow.. Tahniah juga :) Moga terus maju jaya !

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. Kenapa susah sangat nam masuk blog cikgu?

      Tahniah ya, cerpen cikgu juga terpilih sebagai calon pemenang.

      Padam
  18. Salam,
    Tahniah juga cikgu. Tak berkesempatan untuk kita berjumpa masa penyampaian hadiah hari tu. Semoga cikgu berjaya dalam bidang yang cikgu ceburi.

    -eqbalzack-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78