Pengikut

Khamis, 24 Oktober 2013

Segalanya Mungkin dengan Kamus

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.



Apabila kita jadikan kamus sebagai bahan bacaan, kelihatannya banyak kosa kata atau perbendaharaan kata yang kita temui dan gayanya seperti banyak sangat yang kita tidak ketahui dan perlu tahu. Sebaliknya, apabila kita jadikan kamus sebagai sumber rujukan, kita akan temui apa-apa yang kita tidak ketahui dan itulah yang kita akan tahu.
Beza antara membaca dan merujuk adalah membaca kamus dapat memperkayakan kosa kata, sebaliknya merujuk kamus untuk lebih memahami. Oleh itu, jangan fikir orang yang membaca kamus ialah orang gila dan orang yang selalu merujuk kamus ialah orang yang "bodoh". 


32 ulasan:

  1. Assalam...selamat pagi....
    Yup..betui tu...kadang bila rujuk, terus saya baca kamus...pernah juga kena perli sebab lama sangat menatap kamus...

    Bila baca kamsu..banyak perkataan baharu serta maknanya yang kita tahu dan faham...

    x0x0 ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Ya, kamus memang kaya dengan kosa kata.

      Padam
  2. Ya betul... Tidak ada titik noktah dalam pencarian ilmu. Hampir setiap hari saya buka kamus walaupun kadang kita dah tahu maknanya. Terperinci itu lebih baik bagi saya demi kepuasan hati heheee.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila kita merujuk kamus, pasti akan dapat makna yang lebih tepat.

      Padam
  3. Betul tu cikgu, rasanya orang yg merujuk kamus ni orang yang cerdik dan ingin belajar

    BalasPadam
  4. Saya pun banyak kena belajar..belajar sampai ke liang lahat.

    BalasPadam
  5. bagus entri ni cikgu..ada kamus2 yg lama sy tak usik di rak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamus saya memang selalu ada berdekatan tempat saya menulis.

      Padam
  6. Yah, bahkan seorang profesor pun masih membutuhkan kamus. :lol:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mana mungkin kita dapat memprogramkan beribu perkataan dalam otak kita dan dapat pula kita keluarkan dalam jangka masa pantas dengan tepat.

      Padam
  7. Betul tuh. Kadang-kadang perkataan yang kita tak tau pun jadi tau bila rujuk kamus. Kamus sangat berguna dalam kehidupan:)

    BalasPadam
  8. tb sampai skg walaupn da keje kamus ada jee sebelah ni

    BalasPadam
  9. Mmg betul tu cikgu Helmi.. kamus mmg sgt berguna sama ada sbg bahan rujukan mahupun bacaan.. t kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kamus walaupun bukan bahan bacaan seperti fiksyen sebaliknya cara penggunaan yang betul harus diamalkan.

      Padam
  10. mama guna kamus besta je.. hihi, tu pun untuk rujukan bahasa mandarin..

    BalasPadam
  11. betul..kathy pun selalu merujuk kamus bila nak ketahui sesuatu maksud samada kamus BI atau BM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk kamu baik sebenarnya untuk mendapatkan kepastian.

      Padam
  12. pha is selalu pergi ke laman web DBP... boleh search perkataan2 yg x pernah dengar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, bagus tu. Antara laman yang bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan.

      Padam
  13. Kamus tu sifu kepada kosa kata yang terbaik.. Kak Erin pun selalu rujuk kamus DBP edisi keempat..

    BalasPadam
  14. Selalunya saya baca cerpen dan puisi, saya akan salin perkataan-perkataan yang tidak saya fahami dalam satu buku lain. Kemudian sekadar meneka maksudnya terlebih dahulu. Selesai membaca, barulah saya rujuk maksudnya untuk lebih memahami. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sangat teriki. Moga dapat memperkayakan kosa kata ya, Hanif. Lebih memahami dan menghayati ya.

      Padam
  15. betul tu.. teringat rakan aiza yang berbangsa cina ketika spm dulu hobinya membaca kamus.. mengejutkan apabila keputusan untuk subjek bahasa melayu dan bahasa inggeris dia mendapat A1.. bahasa melayu aiza dapat A2 je..

    BalasPadam
  16. betul tu...saya adalah salah seorang pembaca kamus (bukan rujuk). zaman saya mana ada pusat tuisyen bagai. duduk kampung, bahasa Inggeris begitu asing. alhamdulillah..sampai skrg, saya tetap baca kamus, hee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78