Pengikut

Rabu, 2 Oktober 2013

Tetamu Istimewa Menjadi Komentator di Blog Lain

Assalamualaikum, semua dan selamat pagi. 
Hari ini awal-awal pagi lagi saya dah bersemangat nak terbitkan entri apabila Tetamu Istimewa menjadi Top Komentator di blog lain pada bulan September. Setakat ini saya dapat mengesan beberapa blog saja yang sudah menyiarkan carta top 10 komentator ni. Jika dijumlahkan setakat ini banyak juga saya meninggalkan komen di beberapa buah blog ya. 

Blog Kak Kathy 


Blog Raudzah Z

Blog Mizz Aiza (Dunia Kecil)


Blog Che Rosliza Che Mat


Saya berharap sekiranya yang dah menyiarkan top 10 komentatornya bulan September 2013 dan ada nama saya bolehlah maklumkan kepada saya ya. Kadang-kadang tu terlepas pandang juga. Sekadar ingin tahu saja. 



38 ulasan:

  1. tahniah.....singgahlah blog saya sekiranya ada masa. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Insya-Allah, saya akan ke sana juga nanti.

      Padam
  2. Selamat berkenalan. Maaf lambat terjah sini. Terima kasih yer kerana sudi singgah di blog saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan. Tidak mengapa. Terima kasih kembali kerana sudi singgah di sini juga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Rajin-rajinlah datang ke sini. Nanti saya rajin juga ke sana.

      Padam
  4. wahh byknye tahniah sbb disenaraikan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mereka ini juga sering ke blog saya.

      Padam
  5. wah..rajinnya cikgu ni beri komen.. bagus, pastinya cikgu seorang pembaca setia. Sebab bagi saya hanya orang yang suka membaca sahaja yang akan beri komen pada blog yang dia lewati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kalau blog tu mempunyai entri yang menarik pasti saya singgah dan tinggalkan komen.

      Padam
  6. tahniah...beberapa blog nama anda tersenarai sbg pengomen tegar...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tak sangka pula saya jadi komentator di blog mereka ni.

      Padam
  7. bila kita rajin menjengah kawan-kawan kita,kawan-kawan pun rajin menjengah kita kan...semangat nie yang memeriahkan lagi dunia blog..

    BalasPadam
  8. Carta Hati kat blog Kak Erin pun cikgu lah yang paling tertinggi.. Hehe.. Terima kasih ya cikgu di atas sokongan dan rajin je komen blog kak Erin.. Tak sangka kak Erin , berblog ni best rupanya.. Lagi best dari FB , twitter , instagram dan sebagainya.. Sebab dengan berblog ni kita boleh asah bakat untuk menulis, dan entri yang kita tulis tu diberi perhatian oleh blogger-blogger lain termasuklah cikgu.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Kalau kita gunakan blog dengan cara baik, sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran kita menulis.

      Terima kasih juga kepada Kak Erin yang sudi singgah dan baca entri saya ni.

      Padam
  9. wah..memang perasan juga nama helmi banyak naik jadi top komentator...terbaik,tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kepada mereka ini yang sudi menyokong saya, termasuk Kak Kathy.

      Padam
  10. tahniah cikgu, rajin cikgu sekarang... mama je terlepas entri cikgu.. sibuk dengan anak-anak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada masa, rajinlah saya. Kalau sibuk memang tak dapat nak BW.

      Padam
  11. tahniah..
    mmg rajin tetamu sorg nie.
    ada hadiah untk org rajin ni nnti.

    BalasPadam
  12. steady2...semua blogger2 yg hebat2

    BalasPadam
  13. saya tak pasang pun widget ni =) takut berat, ape pun kalau nak cek senang je..tahniah cikgu, cikgu memang rajin komen di blog orang lain

    BalasPadam
  14. Cemburunya bila orang jadi Top komentator ni hehehe. Ida cuba nak jadi macam mereka tapi Ida tak punya banyak masa untuk bw. Ikut mana yang sempat jer.

    Cikgu jom tukar link dalam Bloglist boleh? Ok Ida dah ambil link cikgu yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ida, sebenarnya pemilihan bloglist tu berdasarkan top komentator dan tetamu setia di blog saya.

      Ok, nanti saya pertimbangkan.

      Padam
  15. Tahniah saudara Helmi.. jauh perjalanan luas pandangan kan, jauh berblog walking luas kenalan.. tak gitu hehee.
    Sy masih terpinga2 ttg widget ni, dulu ada pasang, tetapi x reti nk reset balik setiap bulan. Lepas tu, cuba tukar ruang komen g+.. terus x bergerak2.. hehee mcm2 lah sy ni.
    Apa pun.. semoga saudara terus berjaya diatas silaturrahim yg terjalin.. amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, cuba teliti betul-betul. Saya pun main hentam je. nasib baik betul.

      Padam
  16. Anda telah menjadi tetamu istimewa di mana2 blog...kehadiran cikgu senantiasa dinanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kalau ada yang ternanti-nanti kedatangan saya.

      Padam
  17. Tahniah.. jadi pengomen setia di banyak blog pula tu :) bila kita rajin ke blog orang, orang pun akan selalu datang ke blog kita kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau kita rajin, orang pun rajin ke blog kita.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78