Selamat petang semua. Mungkin pada ketika ini ada yang sedang tekun mendengar pembentangan Belanjawan 2014.
Peperiksaan Akhir Tahun 2013 telah selamat dijalankan. Kini, guru sibuk menanda kertas jawapan. Dan, bagi guru yang telah berjaya melaksanakannya akan melakukan proses memasukkan markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) pula.
Alhamdulillah, saya telah berjaya memasukkan markah Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman bagi Tahun 4 Dedikasi dan 4 Tekun. Begitu juga dengan markah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 Dedikasi, 4 Amanah, 6 Cekal dan 6 Tekun. Yang masih bertanda pangkah merah itu belum dimasukkan iaitu mata pelajaran Kajian Tempatan. Tarikh akhir yang diberikan untuk mengisi markah pada 29 Oktober 2013.
Nota: Lepas ni bolehlah menerjah ke blog kalian semua secara berperingkat-peringkat. Jangan lupa buka pintu ya. Tetamu Istimewa nak datang. Insya-Allah, saya juga akan cuba membalas komen kalian.
alhamdulilah.. semoga di permudahkan urusan ye
BalasPadamTerima kasih Acik.
PadamSeorang cikgu ke? Bagusnya! Harap semuanya berjalan dgn lancar. Amin :)
BalasPadamYa, saya seorang guru. Terima kasih.
Padamhehehe.. nak tau x.. bende ni lah yang fiza hadap.. tolong mak siapkan saps dia... leceh gak kadang2.. kadang2 server down.. hahahaha..
BalasPadamOh, begitu. Jadi, mesti tahukan bagaimana prosesnya dan tekanannya.
Padamsemoga berjaya cikgu helmi :D
BalasPadamTerima kasih Syuk.
PadamSelamat berjaya cikgu! Gigih cikgu ni. Serba boleh.
BalasPadamTerima kasih Hanif. hemmm
PadamKerja yang penting jangan ditangguhkan.. Dah siap kerja bolehlah blogwalking.. Happy blogging Cikgu..
BalasPadamSudah pasti Kak Erin, kerja ni ada tarikh tutupnya. Kena segera. Ok, nanti saya singgah blog Kak Erin ya.
PadamGud luck dan semoga sukses cikgu. Pintu blog ida sentiasa terbuka buat cikgu dan rakan2 yang lain ;)
BalasPadamTerima kasih Ida. Ya, akan saya jengah nanti.
Padamtgas yang berat sebagai seorang guru nie. gud luck ea. :)
BalasPadamTerima kasih. Itu semua sebagai tanggungjawab dan cabaran yang perlu ditempuhi dengan sabar.
Padamguru ibarat lilin..
BalasPadamMembakar diri untuk menerangi dunia anak didiknya.
Padamsalam kejayaan sebagai guru..jangan lupa terjah blog saya...saya menunggu kedatangan anda.
BalasPadamTerima kasih, Insya-Allah, akan saya terjah juga.
PadamSekarang ni markah pelajar boleh di lihat secara online ke?
BalasPadamYa, BM. Boleh disemak melalui online.
Padamsalam.. selamat berjaya cikgu..
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih.
Padamsemoga urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..
BalasPadamAmin. Terima kasih Aiza.
PadamAlhamdulillah la semuanya dah siap..macam mana markah anak-anak murid cikgu, peratus markah diorang meningkat tak??
BalasPadamAlhamdulillah, hampir siap. Oh, ada yang turun naik Fais.
PadamSemoga dipermudahkan segala ururan & berjaya ye cikgu.. amin.
BalasPadamTerima kasih Tuan Khir.
PadamAlhamdulillah....tak lama lagi cuti sekolah...
BalasPadamBetul tu, tak sabar nak bercuti.
Padam