Pengikut

Isnin, 5 Mei 2014

Tips dan Contoh Soalan Temu duga Guru IPG/KPM 2014

Assalamualaikum.


Pada tahun ini, kursus atau program pengajian yang ditawarkan untuk mengikuti Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) adalah seperti berikut: 

Program PPISMP Ambilan Jun 2014

Bahasa Melayu (SK), Bahasa Melayu (SJKC), Bahasa Melayu (SJKT), Bahasa Inggeris (SK), Bahasa Inggeris (SJKC), Bahasa Inggeris (SJKT), Bahasa Cina (SK), Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SK), Bahasa Tamil (SJKT), Bahasa Iban (SK), Bahasa Kadazandusun (SK), Bahasa Arab (SK), Pendidikan Islam (SK), Pendidikan Islam (SJKC), Pendidikan Islam (SJKT), Sejarah (SK), Sejarah (SJKC), Sejarah (SJKT), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT), Bimbingan dan Kaunseling (SK), Bimbingan dan Kaunseling (SJKC), Bimbingan dan Kaunseling (SJKT), Pendidikan Pemulihan (SK), Pendidikan Pemulihan (SJKC), Pendidikan Pemulihan (SJKT), Pendidikan Jasmani (SK), Pendidikan Jasmani (SJKC), Pendidikan Jasmani (SJKT), Pendidikan Khas (SK), Pendidikan Khas (SJKC), Pendidikan Khas (SJKT), Pendidikan Seni Visual (SK), Pendidikan Seni Visual (SJKC), Pendidikan Seni Visual (SJKT), Matematik (SK), Matematik (SJKC), Matematik (SJKT), Sains (SK), Sains (SJKC), Sains (SJKT), Reka Bentuk dan Teknologi (SK), Reka Bentuk dan Teknologi (SJKC), Reka Bentuk dan Teknologi (SJKT), Pendidikan Muzik (SK), Pendidikan Muzik (SJKC), Pendidikan Muzik (SJKT), Bahasa Arab - PPC, Pengajian Islam - PPC, Bahasa Perancis - PPC/Kembar, Bahasa Cina Pendidikan Rendah - UEC dan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah -SMA/SMU.


Tapisan Awal atau Ujian Awal Guru

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dipanggil temu duga. Hal ini bermakna, calon telah berjaya melepasti tapisan atau ujian awal setelah menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tempoh hari.

Untuk entri ini, saya tidak mahu bercerita lagi tentang panduan temu duga. Jika calon berasakan calon memerlukan panduan itu, bolehlah rujuk entri saya ini: Panduan Temu duga Menjadi Guru. Saya juga telah berkongsi Panduan Menulis Pengalaman & Pernyataan Hasrat. Jika berminat dan berasakan panduan ini boleh dijadikan rujukan, calon boleh klik pautan tersebut.

Untuk entri ini saya ingin berkongsi tentang tips dan contoh soalan yang barangkali menjadi keutamaan untuk disoal semasa temu duga nanti.

Saya tegaskan di sini bahawa soalan yang saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman saya menghadiri temu duga guru Bahasa Melayu.

Contoh Soalan Temu duga Guru IPG/KPM:
Soalan Individu dan Soalan Berkumpulan





  • Bagaimanakah Sains dan Teknologi Maklumat (ICT) dapat meningkatkan Proses Pengajaran dan     Pembelajaran?
  • Apakah yang dikatakan peranan atau tanggungjawab sebagai seorang guru?
  • Apakah langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu?
  • Bagaimanakah Bahasa Melayu tersebar di luar negara?
  • Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja.
  • Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa SMS dalam peperiksaan sekolah.


*Selalunya soalan individu lebih menjurus kepada bidang yang ditawarkan. Jadi, buatlah persediaan yang secukupnya berkaitan bidang tersebut. Sebagai contoh, jangan nanti penemuduga bertanya tentang perbezaan Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas pun calon tercengang. Sedangkan itulah kursus yang dipohon.

Soalan lain yang boleh ditanya:

Isu Semasa Pendidikan
  • Tema Hari Guru 2014-Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
  • Pelaksanaan KSSR dan PBS.
  • Pemberian Baucer Buku 1Malaysia 

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  • Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  • Literasi (Bahasa Malaysia) dan Numerasi (Matematik) (LINUS) 
  • LINUS 2.0- Bahasa Inggeris
  • 1 Murid 1 Sukan
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
  • i THINK (Inovatif Thing king) - 8 Peta Pemikiran.


Tips Temu duga Guru IPG/KPM:
1. Pastikan calon bersedia daripada segi-mental dan fizikal.
2. Buat persiapan awal berkaitan maklumat yang diminta dan akan dibawa semasa hari temu duga.

Nota: Saya akan kemas kini maklumat ini dari masa ke masa.

Jika blog ini bermanfaat untuk semua, sudilah follow atau menjadi ahli di bahagian atas sana. 


72 ulasan:

  1. Saya akan ditemuduga 14 Mac ni! Huhu, Ty memberi info :)

    BalasPadam
  2. salam, apakah proses serterusnya selepas temu duga ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temuduga ini yang menentukan kelayakan ke ipg. Kalau lulus temuduga ini, boleh pergi mendaftar semasa hari pendaftaran.

      Padam
  3. perkongsian yang sangat berguna..
    Boleh saya tanya, interview memang dilakukan dua kali ke ? maksudnya secara berkumpulan dan individu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu sahaja. Apakah yang tercetak di surat panggilan temu duga tersebut? Setahu saya begitulah, ada dua sesi.

      Padam
    2. Oo .. tmuduga dua kali ..?

      Padam
  4. buat calon yg bakal ditemu duga pasti akan sibuk membuat persiapan..
    salah satunya, mengagak akan soalan yg bakal ditanya..
    moga ini dapat memberi sedikit sebanyak jalan buat mereka..:)

    BalasPadam
  5. sangat bermanfaat dan berguna..

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas maklumat yg diberi :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum , saya nak tanya , untuk ujian amali pendidikan islam , apa yang akan di tanya . macam mana bentuk ujian amali tersebut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya, untuk bahagian amali ni saya kurang pasti. Jika ada maklumat nanti saya akan kongsikan.

      Semoga berjaya.

      Padam
  8. Moga bermanfaat buat yang terlibat.

    BalasPadam
  9. Panduan untuk mereka yang memrlukan..Good luck bakal-bakal cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mengharapkan calon membuat persediaan rapi.

      Padam
  10. Soalan bocor ni!...rugi kalau bakal2 guru tak ambil sebagai rujukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar berkongsi. Jika soalan yang lebih kurang sama, anggaplah sebagai satu bonus.

      Padam
  11. Terima kasih perkongsian yg diberikan.
    Tapi, betul ke sesi temuduga ada 2 sesi kerana dlm surat tawarn temuduga dijalankan secara kumpulan. Tidak dinyatakan temuduga secara individu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga begitu. Temu duga secara individu.

      Sekadar pandangan, sewaktu saya temu duga SPP dulu, temu duga secara kumpulan tetapi dia soal secara individu. Mungkin cara ini boleh digunakan.

      Walau apa cara sekalipun, buatlah persediaan yang terbaik.

      Padam
  12. Rujukan yg baik & sgt bermanfaat utk guru...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum,, sy nk tnya skit,, tmuduga ni, brpa minit masa untuk kita cakap? dan ujian amali tu macam mana ye? boleh terangkn sikit x?
    ,, apapun terima kasih, info y sangt brguna,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, masa yang tapat tidak pasti. Bergantung pada penemuduga.

      Ujian amali hanya untuk kursus seperti Pendidikan Muzik, Bahasa Aran kalau tak salah. Mungkin dia suruh main alamat muzik.

      Padam
  14. waaaaaa takutnyaaaa. thanks yew ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah persediaan yang terbaik. Semoga berjaya.

      Padam
  15. Assalamualaikum admin sy nk tny skirenye sy mmasuki k ipta, adkh prmohonn sy ke Ipg akn d btalkn Serge merte??? Hrp dpt respon sceptnye,, Btw thanks fr de info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, maksud saudari, saudari sudah ditawarkan ke IPTA? Dan saudari sudah menerima tawaran ke IPTA?

      Rasanya tidak dibatalkan. Hal ini kerana IPG dan IPTA ditadbir oleh bahagian yang berlainan. Jika saudari telah menerima tawaran IPTA, dan jika saudari juga ditawarkan ke IPG saudari boleh menolak mana-mana satu.

      Pada pendapat saya, buatlah keputusan yang terbaik. Jika menerima tawaran IPG nanti sebelah kaki sudah ada pekerjaannya nanti.

      Semoga berjaya.

      Padam
    2. Assalamualaikum . Saya mahu meminta pendapat sedikit . Saya telaj ditawarkan ke uia dan dlm masa yg sama saya dipanggil utk temuduga ipg . Pendaftaran di uia dijalankan pada 7 jn ini manakala keputusan ipg akan diberitahu pada 24 jun macam tu . Jadi saya minta pandangan dari tuan . Apa yg patut saya lakukan . Apakah saya perlu menolak uia dan menunggu keputusan ipg ataupun sebaliknya ? Harap bantu . Tk

      Padam
    3. Waalaikumusalam, menolak UIA bukan jalan yang terbaik. Lagi pun keputusan temu duga IPG belum pasti dapat. Boleh berbincang dengan pihak UIA sama ada boleh buat pendaftaran lewat atau tidak.

      Padam
  16. Hi! Tuan,Saya nak tanya tentang semua dokument dan salinan perlu disahkan oleh sekolah dahulu atau tidak?

    thank you for the useful info :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perlu disahkan terlebih dahulu salinan tu.

      Sama-sama. Semoga berjaya.

      Padam
  17. dokument dan salinan apa yang perlu di sahkan oleh pihak sekolah ? harap dapat membantu saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua dokumen yang diminta itu perlu disahkan seperti sijil dan sebagainya.

      Padam
  18. assalamualaikum , thnx for sharing some info's ~ :)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..borang helaian penyata hasrat bleh dpt Di Laman sesawang mne ye..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, selalunya dilampirkan sekali surat panggilan temu duga.

      Padam
  20. Saya ingin bertanya. Jika solan penemuduga "sila perkenalkan diri anda", apakah jawapan yg relevan? Perlukah kita bagitau latar belakang keluarga, adik-beradik dan sebagainya? Lagi satu, adakah encik pernah ditanya soalan dalam bahasa inggeris semasa temuduga tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebolahnya terangkan secara ringkas tentang diri saudari sahaja.

      Semua sesi temu duga saya dalam bahasa Melayu.

      Padam
    2. Ok. Terima kasih atas segala maklumat cikgu kongsikan. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas budi baik cikgu.

      Padam
    3. Sama-sama. Semoga berjaya.

      Selepas temu duga nanti, bolehlah kongsikan pengalaman di sini. Bolehlah rakan-rakan yang lain membacanya juga sebagai rujukan.

      Padam
    4. InsyaAllah. Nanti akan saya kongsikan ye kalau ada kelapangan.

      Padam
    5. Assalamualaikum. Saya telah ditemuduga tadi, untuk subjek Bahasa Melayu. Kita akan ditayangkan dengan satu video dan kita kena berbincang secara berkumpulan berkenaan video tersebut. Penemuduga takkan masuk campur. Kita akan berbincang bersama ahli kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 8 orang. 2 lelaki dan 6 perempuan.

      Apa boleh saya katakan, bersedialah dari segi fizikal dan mental. Jawab soalan apa yg ditanya. Cuba untuk bercakap. Ahli kumpulan lain juga diperlukan antara satu sama lain untuk membantu ahli yang lain. Jangan terlalu gementar. Kawal diri.


      Selepas itu, masih dalam kumpulan, kita akan diajukan soalan secara individu. Antara soalan yg diajukan:
      -Sila perkenalkan diri.
      -Selain minat,kenapa anda hendak menjadi guru?
      -Bagaimana kerajaan ingin meningkatkan profesion perguruan.
      -dan banyak lagi

      Ada juga yang ditanya mengenai falsafah pendidikan kebangsaan, sajak, peribahasa dan sebagainya. Itu semua calon perlu tahu. Alhamdulillah, kami tidah ditanya dalam bahasa Inggeris. Penemu duga kami juga sangat baik orangnya. Mereka membantu kami untuk bercakap.

      Nasihat saya kepada rakan-rakan, siapkan segala dokumen dan sijil2 yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sila bawa dokumen asal dan salinan yang TELAH DISAHKAN. Hal ini kerana ada yang terlepas pandang. Itu sahaja. Harap dapat membantu calon yang bakal ditemuduga. Semoga berjaya !

      Padam
    6. Terima kasih, Cik Stongan moga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada calon lain juga. Saya doakan Cik Stongan berjaya dalam temu duga ini seterusnya mengikuti kursus perguruan ini.

      Padam
  21. Saya sudah lepas temuduga IPG. Tiada karangan yg perlu ditulis. Temuduga dijalankan selama 1jam secara berkumpulan. 30 minit perbincangan antara kumpulan (perlu beri penjelasan mengenai video pendek) 30 minit disoal secara individu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, saya ucapkan. Boleh saya tahu, Diz Zati temu duga untuk cikgu mata pelajaran apa? Kalau yang ada ujian amali tahu tak?

      Kalau tak keberatan, bolehlah berkongsi serba sedikit soalan yang disoal semasa temu duga individu! Nanti, bolehlah saya buat entri khas untuk perkongsian calon-calon temu duga ini sebagai rujukan calon lain juga. Terima kasih.

      Padam
    2. Terima kasih! Saya temu duga untuk mata pelajarn BM. Kalau ujian amali saya tak tahu sebab tiada calon yang temuduga yang ambil bidang muzik, pendidikan islam ataupun bahasa arab pada masa saya temu duga.

      Temuduga berjalan selama 1 jam. 30 minit perbincangan kumpulan.(ada video pendek dan calon perlu huraikan apa yang difahami atau yang dilihat dalam video tersebut.)
      30 minit lagi, panel temuduga memberi satu soalan dan perlu dijawab seorang demi seorang. Contoh soalan:

      -kenapa bahasa kebangsaan menjadi rosak?
      -apa beza ayat majmuk dan ayat tunggal?
      -sebagai seorang guru, macam mana anda ingin mempertingkatkan BM kepada murid anda?
      ***saya tak berapa pasti tetapi lebih kurang macam itu soalan yang disoal.

      isu semasa pendidikan tidak ditanya sama sekali. (tetapi calon perlu tahu juga untuk kaitkan soalan yang diberi dengan isu semasa)

      Dan yang PENTING, calon BM perlu bersiap sedia menjawab soalan dalam BI. Soalan yang ditanya dalam bahasa inggeris tidak susah dan jika tidak tahu ingin becakap apa, beri sahaja pandangan anda kerana panel temuduga nak lihat semua orang bercakap.

      Itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

      Padam
    3. Terima kasih Diz Zati yang sudi berkongsi pengalaman. Moga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang boleh dijadikan rujukan kepada calon yang lain. Semoga berjaya dalam temu duga ini.

      Padam
  22. Salinan sijil perlu disahkan oleh pihak sekolah? Bagaimana pula dengan JKK ? Bolehkah? Mohon penjelasan, terima kasih :)

    BalasPadam
  23. info yang sangat membantu....btw..saya akan mengikuti temuduga 14hb ni... doa kn saya ya.. :)

    BalasPadam
  24. Tips yang sangat membantu! Terima kasih kerana berkongsi bersama kami yang bakal mengikuti temuduga ini. Saya akan mengikuti temuduga pada 14/05, MP Bahasa Inggeris secara berkumpulan. InsyaAllah, doakan saya berjaya juga kepada mereka yang bakal mengikuti temuduga ini ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya sudah lepas temuduga semalam. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan lebih awal selepas habisnya temuduga itu tetapi tidak kesampaian. Dan diberitahu bahawa hari ini adalah hari terakhir temuduga tersebut. Apa-2 pun saya kongsikan sajalah.

      Seperti apa yang telah dialami oleh Cik Stongan, kami akan diberi tayangan video pendek. Contents video tersebut adalah secara random. Memandangkan saya mengambil MP Bahasa Inggeris, secara keseluruhan kami akan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu mulalah soalan yang ditanya oleh penemuduga.

      Soalan yang ditanya, (dalam bahasa inggeris)
      1. What do you see in the video? , If you have the opportunity, will you do it and why? ( Secara individu )
      2. What makes the content of the video so interesting and if so, what is your opinion to raise the interest towards space? ( Secara berkumpulan, macam berdebat )
      3. Rumusan keseluruhan video itu

      *lebih kuranglah

      Yang penting kita kena menonjolkan diri, banyakkan bercakap even though ada yang salah. Cakap dengan yakin, suara yang jelas. Tak kisah panjang lebar sebab penemuduga itu sendiri yang cakap, 'the more you talk, the better, the more scores you'll gain'.

      Yang selebihnya, Cik Stongan sudah terangkan dengan lebih detail mengenai fail, dokumen dan sebagainya. Itu sajalah yang saya boleh kongsi.

      Padam
    2. Terima kasih perkongsian ini AwanKechik, moga info ini bermanfaat untuk calon semua. Saya doakan semoga AwanKechik berjaya dalam temu duga ini.

      Padam
  25. Bagi yg dapat MP Bahasa Inggeris , boleh ceritakan dgn lebih lanjut atau pengalaman semasa ditemuduga ? Kerana saya akan ditemuduga esok :) . Kursus Bahasa Inggeris jgk . Harap ada yg sudi membantu . Terima kasih :)

    BalasPadam
  26. boleh terangkan sedikit tentang kos reka bentuk dan teknologi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Reka bentuk dan teknologi merupakan kursus untuk menggantikan Kemahiran Hidup di sekolah rendah.

      Padam
  27. Tuan,saya sudah lepas temuduga Pendidkan Jasmani di IPG,Jitra.Kedah.Tempoh Temuduga adalah 1 jam 30 minit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, Wei Khor. Semoga berjaya ya.

      Oh, baguslah. Bolehlah kongsikan bagaimana temu duga Pendidikan Jasmani dijalankan. Katanya, ada ujian amali kan? Bagaimanakah bentuknya?

      Padam
  28. nak tanya contohnya semakan untuk temuduga , dan tidak berjaya. adaka sya bole membuat permohonan untuk rayuan ? kerana hun lalu ada rayuan. so adakah tahu ini ada rayuan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pasti sama ada rayuan dibuka ataupun tidak. Setakat ini belum. Dan, tahun-tahun lepas rasanya tiada rayuan dibuka.

      Padam
  29. maaf...kebanyakkan komen yg diberi mengenai IPG.. tp kalau boleh... sy ingin mengetahui bagaimana temuduga yg dijlnkn bagi calon ditawarkn temuduga dibawah pilihan UPU... contohnya calon tersebut memilih kursus pendidikan yg mempunyai temuduga...dan dia dapat utk ditemuga...bagaimana cara atau bntuk temuduga dijln kan... maaf sekali lg kalau soalan ni xsepatutnya singgah di ruang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya fikir, lebih kurang sama sahaja. Persediaan harus dibuat dengan baik, isu semasa tentang pendidikan, pengetahuan tentang kursus yang dipohon perlu ada.

      Padam
  30. As slm..anak saya hari ni 31/3 buat test..jdi bila result n bila plk di panggil temuduga?

    BalasPadam
  31. as salam,saya penuntut di ipta melaka sekarang dan mendapat temuduga pd 6 april ini..adakah saya harus membayar PTPTN? dan bolehkah saya memberhentikan pengajian di ipta ini seandainya layak ke ipg..mohon penjelasan

    BalasPadam
  32. salam, saya nak tanya perlukah saya membawa sijil akademik kokurikulum saya semasa sesi temu duga, dan perlukah saya meminta cop dari pihak sekolah. sebab dalam surat tawaran saya cuma diminta memabwa, salinan ic, sijil kelahiran, sijil berhenti, sijil spm, dan sijil yg berkaitan. boleh saya tahu yang :sijil yg berkaitan itu apa" just to be specific. harap dapat bantu.

    BalasPadam
  33. sangat bermanfaat.. nice sharing
    @puterialiani09.blogspot.com

    BalasPadam
  34. banyak nye ambilan guru tahun 2014... tahun ni punye ambilan cume sabjek bm bi sn mat sk sjk ngan agame jer... 2016/2017 aduhh patut ler org kate skang ni nak kejer susah

    BalasPadam
  35. Goodness.. Saya dapat temuduga untuk sjkc.. Haha 😂😂😂😂

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78