Seperti yang saya tulis dalam PRAKATA-Tetamu Istimewa, sebenarnya bukan mudah untuk saya memilih dan menyaring sejumlah cerpen yang dilabel cerpen remaja sebelum senarai terakhir yang dimuatkan dalam buku pertama saya ini berjumlah 15 buah cerpen.
Pascakata Selepas Terbitnya Tetamu Istimewa
Pada asalnya saya telah menyenaraikan 20 buah, namun begitu, setelah mendapatkan pandangan daripada beberapa orang penulis yang lebih senior atau mapan, eloklah saya bersederhana dengan menyenaraikan 15 cerpen sahaja. Maka, baki 5 buah lagi itu saya simpan untuk projek yang seterusnya.
Seringkali saya bertingkah dengan diri sendiri, adakah cerpen yang saya rangkumkan dalam Tetamu Istimewa sesuai untuk dikategorikan sebagai cerpen remaja. Paling utama dalam perletakkan cerpen remaja, wataknya haruslah menunjang remaja sebagai teraju utama ataupun remaja dijadikan sebagai subjek penceritaan. Hal ini penting untuk membezakan cerpen remaja dengan cerpen umum atau dewasa.
Fasa Kepengarangan Awal
Sememangnya saya terlahir dalam fasa kepengarangan awal dalam lingkungan "usia remaja" ini. Jika disingkap kembali kebanyakan karya saya bertemakan remaja, hinggalah beberapa buah cerpen saya seperti Bunga Telur Kenduri Kahwin, Kuih Bakul Limau Mandarin, Rombongan Masuk Jawi diberi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExonMobil (HSKU) kategori Cerpen Remaja.
Tidak sekadar itu, tiga buah cerpen saya lagi turut layak ke peringkat akhir kategori ini iaitu Rancanganku Rancangan-Mu, Piala Penentuan dan Cikgu. Lima daripada enam buah cerpen ini saya masukkan dalam Tetamu Istimewa kecuali cerpen Cikgu.
Insya-Allah, jika masih diberikan peluang dan rezeki cerpen Cikgu dalam perancangan saya untuk projek kumpulan cerpen remaja saya yang seterusnya. Masa dan ketikanya sahaja belum pasti akan terlaksananya.
Tetamu Istimewa 4 Bintang di Goodreads
Goodreads merupakan perpustakaan bagi pencinta buku menyimpan buku mereka setelah dibaca. Dengan kata lain, setelah pembaca atau pemilik akuan ini membaca buku mereka akan memuat naik ulasan buku tersebut dan kemudian mereka akan memberikan rating (bintang) tahap nilaian buku yang dibaca tersebut.
Saya tidak mempunyai akaun goodreads ini. Namun sesekali, saya "curi" juga membaca ulasan buku yang telah dimuatnaikkan pembaca. Ada kalanya, saya mengintai sekiranya ada pembaca yang telah membaca Tetamu Istimewa dan memuatnaik ulasan mereka.
Alhamdulillah, ada seorang pembaca yang telah membaca dan berkongsi buku yang dibacanya itu dalam perpustakaannya itu. Biarpun ulasan tidak disertakan, namun rating (bintang) tahap nilaian yang diberikan itu sudah cukup menggugah rasa teruja saya.
Wah, 4 BINTANG! Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca Tetamu Istimewa. Saya berharap penilaian ini adalah jujur berdasarkan hasil pembacaan yang telus bahawa Tetamu Istimewa layak diberi 4 BINTANG.
tahniah...
BalasPadamtahniah!sangat teruja :)
BalasPadamAssalamualaikum dah laam tak berkunjung.. Ada pulak kejayaan tetamu istimewa .. bagus la tahniah moga terus maju dalam penulisan :D
BalasPadamtahniah ! 4 bintang tu ...
BalasPadaminshaAllah mereka tahu apa yg mereka baca..
BalasPadamtahniah ye..:)
Tahniah cikgu..Moga terus berjaya k..5/5 nanti..
BalasPadamtahniah..hebat tu..
BalasPadamtahniah ! itu tandanya cerpen helmi disukai ...
BalasPadamtahniah..
BalasPadamAlhamdulillah tahniah cikgu Helmi.. semoga terus maju... aamiin.. :)
BalasPadamIanya mesti penilaian yg jujur kerana dari seseorang yang anda tidak kenali. Tahniah cikgu
BalasPadamSalam Cikgu Helmi;
BalasPadamSudah pastinya suntikan semangat yang berterusan;).
Tahniah cikgu. Saya merasakan buku Tetamu Istimewa ini macam bakal mendapat sesuatu anugerah kelak. Sebab memang ada keistimewaannya pada buku ini. Insyaallah. Amin.
BalasPadam