Pengikut

Ahad, 11 Mei 2014

Hadiah Buat Ibu: Nazam Kasih Ayah dan Ibu (Lim Swee Tin)

Assalamualaikum.



Salah satu kursus yang saya ambil ketika di Universiti Putra Malaysia adalah Kursus Penglahiran Bakat dan Karya Kreatif. Setelah mengikuti kursus ini selama satu semester, pada akhir pengajian Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dengan murah hatinya mendendangkan Nazam Kasih Ayah dan Ibu buat kami anak-anak muridnya. 


Bertapa ketika itu, ramai yang menitiskan air mata dalam kegelapan bilik kuliah yang sengaja dimatikan lampunya. Bersempena Hari Ibu hari ini, saya teringat kembali nazam ini, lalu saya mencarinya di You Tube. Ini bukanlah hadiah buat ibu yang istimewa untuk dipersembahkan. Namun begitu, apa yang hendak saya sampaikan marilah sama-sama kita hayati lirik Nazam Kasih Ayah dan Ibu dendangan Lim Swee Tin ini. 


11 ulasan:

  1. Salam Hujung minggu Cikgu ..Sayu puisinya...

    BalasPadam
  2. dulu Lim Swee Tin menjadi guru kelas kpd kakak sy yg mengambil SRP di SM Hamzah, Machang, Kelantan pd thn 1981.

    BalasPadam
  3. sentuh sikit je bab parents konfem bergenang air mata kan..

    BalasPadam
  4. sesekali dgr cerita ttg lim swee tin ni drp my kakak ... satu batch .

    BalasPadam
  5. Saya pun suka dengan karya Lim Swee Tim..One of the best penulis di Malaysia. Tidak banyak elemen berlebih-lebihan dalam karyanya

    BalasPadam
  6. Pernah sekali sahaja saya berjumpa dengan Prof Madya Lim Swee Tim. Ketika tahun 2012. Kami mengadakan Minggu Bahasa Melayu dan kami menjemput Lim Swee Tim untuk merasmikan minggu tersebut. Juga disediakan slot untuk bicara bersama tokoh. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78