Pengikut

Rabu, 21 Mei 2014

Penulis Akan Mati Setelah Karya di Tangan Pembaca

Assalamualaikum.



Saya tidak tahu bagaimana saya tergerak untuk menerbitkan entri baru pada hari ini. Lama saya berdiam kerana tidak ada perkara menarik untuk dikongsikan. Apabila difikirkan semula, saya terbaca entri yang ditulis oleh blogger Yumida dengan tajuk entrinya Tetamu Istimewa (Cerpen Remaja)-Mohd Helmi Ahmad menyebabkan saya tergerak untuk merespons entri tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada Yumida yang sudi membeli Tetamu Istimewa. Entri ini saya anggap sebagai penghargaan kepada saya selaku penulis daripada pembaca. 

Sebelum itu, saya juga ingin meluahkan keterujaan saya membaca ulasan buku Tetamu Istimewa yang ditulis oleh saudara Wanariahamiza. Ulasan ini ditulis untuk menyertai pertandingan ulasan buku yang dianjurkan oleh ITBM. Bagi saya, saudara Wanariahamiza telah berjaya menyelongkar apa yang terkandung dalam 15 cerpen yang dimuatkan dalam kumpulan cerpen remaja ini. 

Saya mendoakan Wanariahamiza berjaya dalam pertandingan ini. Kepada yang masih teragak-agak untuk mendapatkan buku ini, bolehlah membaca ulasan tersebut di sini terlebih dahulu. Moga ulasan ini membuka minat kalian untuk mendapatkan buku ini dan membaca dengan lebih lanjut lagi.  

Sebagai penulis, apabila karya sudah di tangan pembaca, penulis akan mati. Dengan kata lain, pembaca bebas mentafsir karya tersebut berbekalkan pengalaman, ilmu dan sudut pandang selaku seorang pembaca. Saya menerimanya secara alamiah sekiranya ulasan yang dilontarkan itu demi menambahbaik karya saya pada masa depan. 

12 ulasan:

  1. Salam Cikgu Helmi;

    Penulis akan mati tapi tulisannya takkan mati-mati. Semoga cikgu terus bersemangat untuk menulis. Saya belum sempat lagi membacanya, insyallah sampai gilirannya saya akan membacanya;).

    BalasPadam
  2. Penulis akan mati sekiranya hasil karyanya tidak mampu ditafsirkan atau dihayati oleh pembaca. Sekiranya hasil karya penulis itu berupaya menjadi nadi yang berdenyut dalam minda dan jantung pembaca, dia tak akan mati tetapi hidup abadi dalam kata-katanya.

    BalasPadam
  3. jika pembaca dapat menghayati sehingga meletakkan diri berada didalam karya tersebut seolah2 benar2 hidup , maka penulis itu sudah dianggap berjaya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat sokong pd pendapat vee. hope cikgu helmi akan terus sukses dlm menulis cerpen. mana tahu 1 hari nanti akan terbitkan novel pulak. all d bez buat cikgu helmi.

      Padam
  4. Terima kasih atas doa dan sokongan cikgu. Moga kita sama-sama berjaya. Juga, moga ulasan saya menarik minat lebih ramai pembaca untuk memilikinya.

    Saya tak rasa penulis 'mati' apabila karya berada di tangan pembaca. Sebabnya, pembaca akan membaca karya dan membuat tafsiran berdasarkan pembacaan. Jika kena dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis, syukur dan tentulah penulis teruja. Namun, kalau pembaca mentafsir sesuatu yang lain, yang tidak pernah terdetik dalam hati penulis, bukankah tafsiran itu menjadikan penulis lebih 'hidup' kerana karyanya dipandang dalam aspek dan sudut yang berbeza.

    Apapun, tahniah buat cikgu Helmi. Menanti buku kedua cikgu yang bakal terbit. :)

    BalasPadam
  5. sokong helmi selalu..

    BalasPadam
  6. syukur bila ada yang sudi berkongsi.. tak dpt taw banyak, sikit pon jadi..:)

    BalasPadam
  7. Penulis akan mati dalam penyampaiannya, manakala penulisannya akan terus hidup dan mekar melalui terjemahan hati pembaca2 seluruhnya... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh tertarik dengan kata-kata Encik Khir Khalid ni! :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78