Pengikut

Rabu, 28 Mei 2014

Berusaha Keluar dari Perangkap Masa

Assalamualaikum.



Semakin hari semakin tumpul pena penulisan saya. Pelbagai kekangan yang merempuh masa saya untuk menulis. Paling ketara, semangat untuk terus menulis merudum dan kemalasan yang berjungkir balik itu telah mengaburi segala-galanya. Saya harus lekas keluar dari perangkap masa ini agar saya tidak terus terperangkap di dalamnya. 

Bagaimanapun, semangat untuk saya membaca semakin membara pula. Saya fikir, penulis tidak hanya perlu menumpukan pada fasa penulisan sahaja. Ada kalanya, perlu menyeimbangkan dengan aktiviti membaca untuk memperbaiki dan menambah apa yang kurang. 

Namun begitu, saya sangat merindui perjalanan masa saya sewaktu ghairah menulis dan mengirimkan karya kepada editor di setiap media penerbitan surat khabar mahupun majalah. Boleh dikatakan, hampir dua minggu sekali pasti saya akan mengirimkan karya. Saya berasa amat rugi jika saya tidak menulis. Ya, saya perlu berterima kasih pada masa itu, hingga saya boleh mencapai apa yang saya capai sekarang ini.

Ayuh, kita semua jangan terperangkap dalam perangkap masa yang kita pasang sendiri. Adalah rugi terperangkap dalam perangkap masa yang melekakan. 

Sepanjang saya tidak menerbitkan entri ini, pelbagai peristiwa yang telah saya hadapi sebenarnya. Inilah kembara perjalanan hidup sebagai seorang guru. Saya merasai bagaimana hangatnya menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru. 

Bermula dengan persiapan sambutan Hari Guru, kemudian perkhemahan unit beruniform selama tiga hari dua malam pada hujung minggu lepas, sambutan Israk dan Mikraj, dan berakhir dengan Lawatan Penanda Aras Kelas Lima Bintang di SK Bukit Beruntung 2 semalam. Hari ini hendak berehat seketika sambil menyiapkan Laporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PLBS sebelum berangkat pulang ke Kedah esok, Insya-Allah. 


10 ulasan:

  1. Banyak sekali aktiviti dan program cikgu! Ya...itu semua sebenarnya sumber cerita dan penulisan! Selamat bercuti dan semoga ianya memberi lebih banyak idea utk berkarya.

    BalasPadam
  2. Biasalah tu cikgu Helmi... kdg2 ada urusan luar yg lebih memerlukan komitmen kita. Ia sebahagian dari proses kehidupan kan.. Semoga dipermudah & dilancarkan segala urusan... aamiin.. :)

    BalasPadam
  3. apapun selamat bercuti cikgu ye =)

    BalasPadam
  4. Memang kita selalu terperangkap dengan masa...demi masa.

    BalasPadam
  5. ini sering berlaku pada sis . selalu paksa diri disiplin dengan masa ...

    BalasPadam
  6. Be motivated ya...rugi kalau cikgu tak berkongsi kelebihan yang ada.

    BalasPadam
  7. selamat bercuti helmi..utamakan yang lebih penting..

    BalasPadam
  8. Salam Cikgu Helmi:

    Mudah-mudahan terus bersemangat, selamat bercuti...

    BalasPadam
  9. mungkin ada masa nanti semangat itu akan datang..penat kot

    BalasPadam
  10. Perangkap masa tu selalunya dicipta oleh diri kita sendiri. Bagaimana kita nak uruskan masa, semua terletak pada diri dan kekuatan rohani.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78