Pengikut

Selasa, 30 Julai 2013

Tidak Kenal Bukan Bererti Tidak Popular

Assalamualaikum semua. 
kredit foto dari mindaajaib.blogspot.com

Apakah perasaan anda sewaktu menjadi murid apabila guru tidak mengenali nama anda dan apatah lagi hendak menyebut nama anda sama ada betul ataupun salah? 

Jika guru tidak pernah menyebut nama anda atau mengenalinya, adakah seseorang itu tidak popular? Atau sebaliknya. 

Namun saya ingin menegaskan bahawa saya cuba bertindak adil dengan menghafal semua murid saya. Bayangkan saya mengajar 3 kelas yang jumlahnya mencecah 100 orang murid. Jika jadual sebelum ini saya perlu berhadapan dengan murid seramai 200 orang murid (mengikut jadual lama yang sudah diubah). 

Oh, barangkali saya perlu mengambil masa untuk mengenali mereka. Saya tidak nafikan kadangkala saya tersilap memanggil nama murid, sedangkan murid itu bukanlah orangnya. 

Kepada murid-murid saya jangan marah ya. Insya-Allah, saya akan cuba mengingati nama anda. 


54 ulasan:

  1. begitu nasib cg...kne ingt satu persatu nma murid2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau tak ingat nak bertanya soalan susah sikit.

      Padam
  2. hihihi....terasa jugak...bila tahu cikgu yg mengajar kita tak tahu nama kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah kan, sekurang-kurangnya cikgu kena tahu nama murid dan kenal yang mana satu murid itu.

      Padam
  3. hahahah ... Saya selalu tak suka benda-benda nie.. cikgu-cikgu selalu sebut nama saya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti popular ni, selalunya murid popular selalu dipanggil gurunya.

      Padam
    2. tak de popularnya .. yg kenal dua, 3 orang cikgu guru je..yg tak bestnya, bila sebut nama mesti salah .. hahaha

      Padam
    3. Huhuhu... jangan marahkan cikgu tu ya. Mungkin silap sekali dua saja. Lepas tu mesti dia ingatkan. Meninggalkan kenangan.

      Padam
  4. dulu masa sekolah saya sangat glemer sebab saya suka tido dalam kelas dan selalu tak lulus ujian...haha..Skali igt memang malu sesangat...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, popular juga tu. Saya ni memang taklah, jarang sekali cikgu panggil nama saya.

      Padam
  5. Biasanya pelajar yang aktif, selalu bertanya, terlalu nakal, terlalu pendiam...lebih tepatnya yg menonjol personaliti/perwatakannya sama ada positif, negatif atau unik itu lebih mudah diingati namanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, selalunya murid-murid dalam kategori inilah yang selalu diingat namanya oleh guru.

      Padam
  6. murid2x suka kalo cikgu ingat nama diorang...makin bertambah senmangat nak belajar, tapi ada juga yang malu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada murid yang suka menarik perhatian guru untuk memanggil namanya. Dan ada pula yang tidak suka kerana pemalu. Setiap murid ada kelebihan dan kekurangannya.

      Padam
  7. kerjaya cikgu memang dah rutin kalau kena ingat nama murid. kalau pekerja makmal hospital pulak kena bnyk ingat nama pesakit. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu..ya, kalau ingat nama murid senang sikit. Murid pun jadi mesra dengan kita.

      Itulah kan, kalau ikutkan banyak juga pekerjaan yang perlu ingat sesuatu perkara itu terutama berkaitan nama.

      Padam
  8. kalau dulu zaman sy sekolah rasa bangga o bila cikgu ingat nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sudah semestinya. Satu penghargaan kepada murid jika guru mengingati namanya.

      Terima kasih singgah di sini ya.

      Padam
  9. make sure murid-murid sentiasa pakai name tag...tapi kalau cikgu ingat nama kita tu rasa memang macam dihargai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tidak semua yang pakai. Selalunya pengawas sekolah saja yang "diwajibkan" pakai.

      Ya, memang rasa bangga kalai cikgu ingat nama.

      Padam
  10. kak erin paling tak suka kalau cikgu kenal nama.. sebab asal ada soalan je mesti nak tanya kita..mentang-mentanglah dah ingat nama kita..lepas tu masuk je mana-mana persatuan mesti kena lantik AJK.. serius tak suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mungkin Kak erin popular ni. Tu yang senang ingat nama. Dan mesti Kak erin seorang yang peramah.

      Padam
  11. nama aiza cikgu senang nak ingat sebab klasik.. hehe.. selalu cikgu atau kawan2 nyanyi lagu oh nonaku azizah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya nama yang klasik ni mudah ingat, berbanding nama budak zaman sekarang ni yang panjang-panjang. Susah juga nak sebutnya.

      Padam
  12. hmmm..Alhamdulillah..cikgu2 dan para pensyarah saya kenal dan ingat nama saya..even cikgu sekolah rendah masih ingat nama dan perwatakan saya..

    betul..bila cikgu/pendidik kita ingat nama kita..semangat akan kuat n there's a sense of belonging..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah kalau cikgu tu ingat nama. Ternyata guru juga perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengingati nama muridnya.

      Bila dah nama selalu disebut, pasti semangat nak belajar pun semakin memuncakkan.

      Padam
  13. he3..biasa la 2 cikgu :) rmai nm anak murid nk kena ingat..nm sy dulu pn cikgu susah nk sebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau murid sikit senang nak ingat, tapi kalau dalam satu kelas tu lebih 40 orang, makan masa juga tu.

      Padam
  14. betul tu :) ada ketika suka sangat kalau cikgu panggil nama ,ras di hargai.. ada ketika berharap jangan cikgu tahu nama kita (ketika buat kes ) heheehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, begitu pula ya. Kalau begitu janganlah buat hal.

      Padam
  15. Mungkin ambil masa sikit nak ingat nama dan muka budak-budak tu kan.

    BalasPadam
  16. Semua komen di atas mengatakan bahawa terdapat kesan besar apabila cikgu mengingati nama anak murid mereka.

    Saya setuju. Oleh sebab itu saya melakukan sedaya upaya usaha saya mengingati nama anak murid tuisyen saya. Apabila memuji saya pasti akan menyebut nama mereka dan bukannya, "bagus awak" atau selainnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, panggilan nama oleh guru sangat merangsang minda murid dan memberi semangat kepada mereka.

      Saya pun juga. Maklumlah baru 7 bulan masuk ke sekolah baru.

      Padam
  17. bukan senang nak hafal kesemua nama murid ni~ apa yang bro buat krole rasa dah terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Mungkin ambil masa sedikit. Saya yakin, kalau dah bertahun dekat sekolah yang sama mungkin dapat ingat.

      Padam
  18. hamba masih dalam proses mengingati nama kesemua murid hamba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, apabila ada kesungguhan Insya-Allah akan dipermudahkan.

      Padam
  19. Hehehe...sy mengerti perasaan tu...

    BalasPadam
  20. pengalaman mama masa mula-mula mengajar, memang asyik salah je sebut nama. tapi, budak-budak ok je. siap gelakkan mama lagi... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah terutama masa saya mengajar di sekolah cina. Dahlah susah nak sebut nama mereka, tersilap pula. Memang kena gelaklah dengan anak murid.

      Padam
  21. terasa jugak kalau cikgu or lecturer tak ingat nama kita.huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ampunkan cikgu atau pensyarah tu ya kalau mereka tak panggil nama kerana tak ingat, mungkin banyak anak muridnya yang perlu diingat namanya.

      Padam
  22. time sekolah mmg semua cikgu ingt nama fiza.. sbb fiza anak cikgu.. hobi lepas blik sekolah (rendah) lepak kat bilik guru.. heheh.. mmg sume kenal.. tp klu sekolah menengah.. cikgu kenal pung sbb fiza anak cikgu jugak.. heheh... so xde masalah mereka nak ingt nama fiza .. terima kasih cikgu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau anak cikgu memang cikgu akan ingat nama anak tu.

      Oh, tak boleh ni lepak dekat bilik guru. hehehe

      Padam
  23. Banyakkn..kena ingat nama..suka jgk duku cikgu suka pnggil nama zahara..pastu suka panggil kembar..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak, tambahan lagi kalau mengajar banyak kelas.

      Panggil kembara? Zara anak kembar ke?

      Padam
  24. ceq selalunya ingat muka, nama tak bpe ingat... nama sekarang dah mcm2 dah, kita selalu akan ingat nama2 yg unik gitu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula ingat nama dulu pun ok juga. Lepas tu, perlahan-lahan ingat nama. Selalunya nama yang panjang memang sukar nak ingat.

      Padam
  25. Cikgu ingat tak nama saya? Haha! Gurau je cikgu. Biasa la tu. Anak murid ramai sangat. Susah nak ingat seorang demi seorang. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat, Aida Ismail kan. hehe

      Kena ambil masa sikit nak ingat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78