Pengikut

Khamis, 11 Julai 2013

Hari Terbuka Sk Batang Kali

Assalamualaikum, semua. Hari ini sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat. 

Sebenarnya saya baru sahaja pindah ke Sekolah Kebangsaan Batang Kali, awal Januari 2013 yang lalu. Tidak sama sekali saya menjangka untuk diberi tanggungjawab sebagai Guru Kelas menggantikan sementara guru yang bersalin. Tambahan pula, saya tidak ada pengalaman langsung. 

Kemudian, apabila guru yang bersalin menamatkan tempoh cuti selama tiga bulan, hadir ke sekolah, saya ingatkan dapatlah guru tersebut mengambil alih tugas tersebut. Rupa-rupanya saya  diberi amanah untuk terus memegang tanggungjawab itu.  Walau bagaimanapun, saya menerima tugas itu dan melaksanakannya sebaik mungkin. Selain itu, dapatlah saya memperoleh pengalaman baru. Hal ini kerana pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kecuali kita sendiri yang merasai dan melaluinya.

kredit foto daripada rapgenius.com
Esok merupakan hari yang mendebarkan saya selama saya menjadi guru kelas kerana Hari Terbuka akan diadakan. Pada Hari Terbuka ini, ibu bapa akan datang menanda tangani buku rekod prestasi anak mereka. Di samping itu, guru akan memberitahu perkembangan pembelajaran anak-anak mereka dan adab ketika  mereka belajar. Ada cadangan lagi, apa yang perlu saya beritahu?

Saya harapkan, walaupun saya ini masih baru dan "muda", ibu bapa janganlah memandang rendah terhadap saya. Bagi saya, sama-samalah kita berkongsi dengan kemajuan pelajaran anak-anak bangsa kita. 

Hari terbuka esok akan bermula pada pukul 8.00 hingga 11.00 pagi. Ibu bapa yang datang bolehlah membawa anak-anak mereka pulang bersama. Selepas itu, janganlah marah-marah di rumah pula ya. Bimbinglah mereka dan beri tunjuk ajar yang terbaik. 

19 ulasan:

  1. tugas guru mmg x semudah apa yang kita fikirkan !

    BalasPadam
  2. Yakin dan percaya pada diri sendiri. Jika kita ikhlas pasti Allah permudahkan... Selamat berjaya.

    BalasPadam
  3. zara doakn semoga cikgu berjaya dgn tugas cikgu esk..=)

    BalasPadam
  4. Kesuma Angsana,

    Betul tu. Saya akan lakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  5. Bin Muhammad,

    Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik. Amin.

    BalasPadam
  6. siti ZAHARA,

    Terima kasih ya. Huhuhu...moga dipermudahkan segalanya esok.

    BalasPadam
  7. ALL THE BEST...

    p/s jgn nanges kalu kn mrh dgn mak bapak ank murid ;-)

    BalasPadam
  8. Besar tanggungjawab cikgu ni sebenarnya. :) All the best k cikgu. Teringat masa zaman sekolah dulu masa pergi amek report card. Hehe~

    BalasPadam
  9. owh sekolah anak saya minggu lepas,hari selasa.hurm..rasanya kena ada 2 way communication yang berkesan di antara guru dan parents.

    jika parents tu jenis angguk2 geleng2,cikgu kenalah sedikit friendly.

    tanya bagaimana cara anak2 mereka belajar di rumah ke,atau apa je usaha mereka untuk membantu anak yang lemah,supaya mendapat keputusan lebih cemerlang for coming exam ke...

    BalasPadam
  10. Aida Ismail,

    Terima kasih kerana memahami tugas seorang guru.

    BalasPadam
  11. aLeaSaRa,

    Terima kasih perkongsiannya. Ya, perlu ada komunikasi antara dua pihak. Barulah boleh berjaya.

    BalasPadam
  12. mungkin sahabat boleh mencadangkan kepada ibu bapa tentang subjek atau perkara yang memerlukan lebih perhatian seperti subjek yang agak lemah atau masalah tingkah laku (^_^)


    p/s : semoga berjaya!

    BalasPadam
  13. selamat bertugas cikgu , syoknye ,tapi dulu mak ayah tak penah dtg umah terbuka, mereka sibuk saje

    BalasPadam
  14. 3no gr33ny,

    Terima kasihsudi berkongsi dan memberi pandangan. Insya-Allah, dalam perancangan untuk memperkatakan akan hal ini.

    BalasPadam
  15. Nao Mei,

    Hari bertemu dengan ibu bapa. Betul tu, banyak tugas guru kelas ni.

    BalasPadam
  16. Aku Penghibur,

    Terima kasih. Kesiannya acik.

    BalasPadam
  17. mungkin boleh maklumkan kepada ibu bapa berkenaan matapelajaran yang lemah dan perlu diberikan penumpuan lebih..

    BalasPadam
  18. Mizz Aiza,

    Terima kasih ya. Semuanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78