Pengikut

Ahad, 28 Julai 2013

Transformasi Kulit Dewan Sastera

kredit foto dari Facebook DS
Assalamualaikum semua. 

Sememangnya hujung minggu merupakan hari untuk kita berehat. Barangkali ada yang mengambil kesempatan ini untuk membuat persiapan raya dan sebagainya. 

Pertama kali saya melihat kulit Dewan Sastera, Ogos 2013 ini sesungguhnya menghadirkan keterujaan pada saya. Kualiti foto, reka letak dan penataran imej yang sangat baik. Walaupun sekadar basikal buruk yang menjadi subjek penghiasan, namun nilai di sebalik basikal tua ini yang harus diberi perlambangan tinggi. 

Tahniah kepada editorial Dewan Sastera yang bekerja keras untuk meningkatkan kualiti kulit sekaligus merangsang minat pembaca untuk membelinya. Tidak dilupakan juga, tahniah diucapkan kepada penulis yang karya mereka tersiar di sini. Sememangnya, bukan senang hendak menembusi tembok penyiaran Dewan Sastera.

Kepada yang beminat boleh membelinya di kedai buku dan sewaktu dengannya. Kini, agak mudah untuk mencarinya, berbanding dahulu. Dan, saya pula akan menunggu majalah langganan saya sampai. 

37 ulasan:

  1. mmg 1 rekaan yang menarik...dan mempunyai nafas baru seiring dgn trend skngni~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Di bawah pimpinan editorial muda Dewan Sastera bernafas baru dan segar.

      Padam
  2. tulisan cikgu sentiasa menarik perhatian syuk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih syuk. Biasa-biasa saja tulisan saya.

      Padam
  3. cikgu bahasa yer? bahasa orang-orang sastera dan penulis ni slalu artistik :) apapon terima kasih yer join GA kad raya saya :) salam kenal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya cikgu Bahasa Melayu. Oh, sesiapa pun boleh menggunakan bahasa Melayu mengikut kemahirannya.

      Sama-sama. Salam perkenalan juga. Singgah lah lagi ya.

      Padam
  4. nice.. heheh.. basikal unik uh....

    BalasPadam
  5. nice cikgu...cikgu nie...cikgu sastera ke...saya dulu tak minat sastera hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cikgu Bahasa Melayu, tapi minat sastera.

      Padam
  6. walaupon cuma basikal lama, tapi nilai dia tu yg ptg ... then nampak vintage sesuai dengan citarasa ceq... ceq ska tgk gambq mcm tu, simpla tp bmakna... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang suka kalau gambar tu memberikan nilai nostalgia. Klasik dan menarik.

      Padam
  7. Hei rupanya saudara juga perasan. ;)

    Saya juga baru membeli Dewan Kosmik. Mata saya terpana. Terpegun. Ada perubahan drastik dari kulit hinggalah penyusanan isi. Lebih mesra pembaca dan membuatkan mata tak lesu membaca isi berat yang ada.

    Rekaan grafik yang lebih segar.

    Pastinya, saya harapkan pemasaran majalah Dewan lebih luas pasarannnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dewan Kosmik bulan Julai ke Ogos?

      Ya, majalah Dewan sudah banyak perubahannya.

      Pasarannya bertambah baik berbanding dulu. Tapi, saya lebih suka kalau majalah langganan lebih cepat sampai.

      Padam
  8. perkongsian yg menarik cikgu..betul apa yg cikgu tulis..sesebuah buku boleh menarik pembaca hanya dengan melihat cover..itu belum baca lagi..ehhe:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit memainkan peranan penting juga untuk menarik perhatian pembaca. Aspek ini tidak boleh dikesampingkan. Kalau isinya pun bagus, lebih baik.

      Padam
  9. Balasan
    1. Unik dan menarik kan. Tahniah kepada editorialnya.

      Padam
  10. dewan sastera?? ooo..saya bese beli dewan siswa.tu pun dulu.huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Dewan Sastera antara majalah terbitan DBP yang memuatkan karya sastera seperti cerpen, puisi, drama, rencana, kajian.

      Padam
  11. Setuju ndgn Fizi...penampilan kulit luar adalah tarikan utama sesebuah buku/majalah disamping tajuk utama/judulnya.
    Begitulah juga dgn blog...Tajuk entri serta penampilan sesebuah blog amat penting untuk memikat pengunjung untuk berhenti seketika buat kali pertama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun setuju. Kalau buku sekarang ini saya lebih minat pada ITBM.

      Betul tu, tajuk yang menarik mampu memancing perhatian pembaca. Dan kalau isinya juga bagus lagi baik kan.

      Padam
  12. ctik pic basikal tua tu..pnulisan cikgummg menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klasik kan basikal tu.

      Oh, penulisan saya biasa saja. Terima kasih kalau ada yang sudi baca.

      Padam
  13. tengok cover pun saya dah tertarik nak membaca isi di dalamnya...

    p/s : zaman sekolah menengah dulu saya suka membaca dewan siswa untuk memperbaiki karangan saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkannya di kedai yang menjual majalah ni. Rasanya belum ada jual lagi.

      p/s: baguslah satu usaha yang baik. Dewan Siswa memang disarankan untuk dijadikan majalah dalam kelas.

      Padam
  14. Suka tengok gmbar yg mcm ni..sbb nampak unik..=D
    tak taula mng tertarik untuk melihat apa cerita di sebalik gambaran tu..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk isu bulan Ogos, tentang Jejak Langkah Penulis Siam Pascamerdeka.

      Saya pun belum melihatnya lagi. Tunggu majalah langganan saya itu sampai.

      Padam
  15. hi hi hi sudah lama rasanya tak membeli majalah ini. masa sekolah dulu memang selalu membelinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beruntunglah ustaz, awal-awal dah membaca Dewan Sastera. Saya masuk universiti baru berkenalan dengan majalah ni.

      Padam
  16. smart je =) basikal lama melambangkan yg sastera ni dh lama memberi sumbangan utk Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul, basikal tua ini memberi perlambangan yang istimewa. Sastera tetap akan bertahkta di hati masyarakat di Malaysia.

      Padam
  17. aiza tak pernah membeli majalah tu lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ramai yang meminati majalah ini seolah-olah hanya kelompok tertentu saja.

      Padam
  18. Saya pun tak pernah beli & baca majalah ni. Tapi cover majalah tu memang terbaik la! Nampak unik & ada unsur2 vintage disitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majalah ni selalunya hanya diminati oleh pembaca sastera dan suka akan membaca tentang sastera. Kalau nak cuba beli, boleh cari di kedai buku.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78