Pengikut

Ahad, 28 Julai 2013

Sabtu Tanpa Plastik?

kredit foto dari putri-roh.blogspot.com
Assalamualaikum semua. 

Hari ini sudah masuk hari yang ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah, kita masih bersemangat untuk menjalani ibadat ini dengan penuh ketakwaan. 

Sudah tentu masyarakat kita akan mengambil kesempatan pada hari ini untuk membuat persiapan raya. Jadi yang pergi membeli belah di pasar raya, terutamanya lebih baik bersiap sedia dengan membawa beg plastik sendiri. 

Mengapa saya berkata begitu? 

Pernahkah anda mendengar kempen Hari Tanpa Plastik pada hari sabtu? Jika ya, bagaimanakah dengan sambutannya? Berjaya ataupun tidak? 

Kempen ini dijalankan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di Malaysia kerana beg plastik merupakan bahan yang tidak mudah terurai dan memberi kesan kepada alam sekitar. 

Namun begitu, apa yang dapat saya lihat, kempen Hari Tanpa Plastik sudah bertukar kepada Hari Menjual Plastik. Hal ini kerana, kalau sesiapa yang tidak membawa beg plastik sendiri, jangan risau plastik tetap disediakan. Bagaimanapun, setiap beg plastik yang disediakan akan dikenakan cas 0.20 sen satu. 

Oh, nampaknya cara begini akan menguntungkan peniaga! Percayalah anda, kita lebih suka mengeluarkan 0.20 sen dari membawa sendiri beg dari rumah. Kerana, bagi kita 0.20 sen itu kalau kita keluarkan tidak memberi kesan pun kepada perbelanjaan kita. 

Di mana penguatkuasaannya? 

Jika keadaan ini terus berlaku, kempen ini hanya indah dari khabar.


60 ulasan:

  1. setuju sangat-sangat .. kalau masuk sebuah kedai 20sen, kalau masuk 5 kedai dah rm1.00 .. tak de nya nak kempen hari tanpa plastik kalau bagi juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah kempen tanpa plastik mesti diharamkan guna plastik pada hari sabtu, kecuali bawa sendiri kan.

      Padam
  2. kadang-kadang menyusahkan juga. sebab lupa bawa beg barang. tapi apa-apa pun ia mendidik rakyat malaysia supaya membawa beg sendiri dan sudah tentu mengurangkan pengunaan palstik. jika suatu hari nanti tiada plastik diberikan percuma setiap hari bila kita membeli barang ke pasar. rakyat malaysia sudah terdidik dan bersedia tidak menggunakan beg plastik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ustaz. Tapi tak tahulah bila akan berjaya kempen ni. Semua pihak kena bekerjasama.

      Padam
  3. kalau tak silap saya duit 20 sen itu akan dapat kepada kerajaan iaitu kementerian alam sekitar yang menjalankan kempen itu.
    itupun kalau tak silap saya lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ya ke. Kalau macam tu mereka ambil kesempatanlah ni.

      Padam
  4. haha..
    hari menjual plastik..
    btuil jugak yer..
    stakt ni kalu shoping kt giant mmg bawa sokmo plastik sendiri untk hr sabtu:)

    BalasPadam
  5. kalau gitu jangan pergi pasar raya hari sabtu. pergi hari lain kan dah selesai masalah. kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi hari sabtulah hari hujung minggu. Masa itulah yang ada. Hari ahad rehat. Tapi, kalau nak pi juga, bawa sendiri plastik, selesai masalah kah kah kah.

      Padam
  6. saya kalo kuar sabut mesti bawa beg yang dah tersedia ada dalam kereta, tadi tak ada alasan terlupa. Sepetutnya peniaga kena sediakan beg kertas, dah kata sabtu tanpa plastik mesti ada cara lain iaitu beg kertas, takkan sabtu tak sediakan pape...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya orang sekarang tak suka membawanya. Lebih rela keluarkan 0.20 sen.

      Padam
  7. betul juga kata sahabat...tak pernah pula hamba terfikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadangkala kita tak perasan kan. Walaupun hal ini kecil, tapi cuba kita fikir dalam jangka masa panjang.

      Padam
  8. Selalunya saya sanggup bayar 0.20 sen jika terbeli banyak barang di pasaraya. Jika tak, saya angkut guna tangan sahaja.

    Kempen ini patut disertakan juga kempen pendidikan kepada anak-anak dan ibu bapa. Baik juga kalau sekolah amalkan kempen kesedaran alam sekitar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Wong. Kempen ini harus diberikan kepada murid-murid di sekolah juga. Didikan dari awal sangat perlu.

      Padam
  9. Balasan
    1. Kalau kita bekerjasama pasti kempen ini akan berjaya.

      Padam
  10. kadang-kadang, bila perlu saya beli je plastic 0.20 tu.. kalau xperlu, saya guna tangan je.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau barang tak banyak boleh guna tangan. Tapi, nak mudah bawa plastik sendiri atau beg yang lain.

      Padam
  11. betul tu setuju sangat, dah hari tanpa beg plastik, mestilah nak jual beg plastik tu tak boleh kan..harap2 ada improvement dari buat macam ni, kuatkuasa terus dilarang menjual plastik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti sama ada begitu prosedur kempen ini dijalankan-kalau tak bawa plastik boleh jual. Kalau salah dan bukan begitu, bolehlah kita laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

      Padam
    2. duit yang diorang dapat tu. untuk tujuan kebajikan koprat untuk alam sekitar. memang suidah tulis kat kaunter tu. kalau tak tau tanya jer diorang tu

      Padam
    3. Kih kih kih... oh, baru saya tahu. Terima kasih ustaz. Tapi, kempen ni hari tanpa plastik. Kenapa dia nak jual pula. Haram tetap haram ustaz.

      Padam
    4. bukan haram tu. dia tanya nak beli ke tak. kalau tak nak beli tak pe diorang tak kasi plastik. cuba pergi kat pasar raya mana-mana. mesti dia tanya kita dulu. jadi tidak haram penjualan plastik dengan harga 20 sen satu kerana kita telah bersetuju untuk membeli.

      Padam
    5. Ya, hal ini berbalik kepada permintaan dan penawaran. Kalau tak ada permintaan tak ada penawaran, kalau tak ada penawaran tak ada permintaan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan.

      Perlu ada pelarasan dan penguatkuasaan.

      Padam
    6. hi hi hi saya pun tak taulah. suka atilah. kih kih kih

      Padam
  12. Untuk menukar sesuatu yang biasa bukanlah sesuatu yg mudah. Bagi saya kempen ini walaupun nampak seperti 'sabtu hari menjual plastik', sedikit sebanyak ada juga yang terkesan. Kelangsungan yg berterusan juga penting. Sokongan dan tanggungjawab memberi kesedaran kpd semua pengguna perlu hadir dari setiap individu terutama media sosial termasuklah kita selain pihak berwajib yg sentiasa memantau.

    Pada pendapat saya, tidak perlu jual beg plastik tapi jual beg kertas atau beg kitar semula sebagai ganti.

    Mendidik sesuatu perkara kearah yg baik tidak semudah spt mengajak kearah keburukan. Sama2lah kita menjayakannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya pula, kalau sudah dijual begini, maknanya penguatkuasaan dan pelaksanaannya sangat lemah dan dilakukan sekadar acuh tak acuh saja.

      Rasanya kalau harga beg plastik tu harganya RM1.00 pun, masyarakat akan tetap beli kerana tiada kesedaran diri. Mungkin mereka akan merungut sekejap tapi, bila dah lama sudah menjadi perkara biasa pula.

      Setuju, kalau nak jual, jual beg kertas yang boleh dikitar semula.

      Padam
  13. Betulla..heran juga nape depa jual jgk beg plastikkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah kan. Kalau berterusan begini bukan nak mendidik masyarakat tapi nak ambil kesempatan.

      Padam
  14. setuju tu cikgu.. hihi,
    pandai dorang niaga, nak plastik bayar 20 sen...

    BalasPadam
  15. Betul tu juga..macam nak jual plastik pulak... tapi biasanya hari sabtu saya akan sediakan beg khas untuk membeli belah kalau ke supermarket...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah macam tu. Lebih mudah dan selesa. Tak membazir.

      Padam
  16. kalau mak acik pula suka bawal bakul , kalau hari sabtu senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lagi bagus acik. Lagipun, boleh letak macam-macam. Tak semua orang suka bawa bakul, selain ke pasar. Malu katanya.

      Padam
  17. betul dh buat hari tanpa plastik ni..taoi silap diorang jual plastik tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya kalau dah laksanakan kempen ni, tak perlu jual plastik tersebut 0.20 sen sebagai denda. Sebab orang Malaysia ni kaya sangat, setakat 0.20 sen tu, tak ada apa pun.

      Padam
  18. hahaha...cik akak salah seorang yang membeli plastik..haha...
    sebab cik akak malu nak guna kotak bagai..
    Lagi pun plastik lebih menyenangkan....hahaha..
    bangsa sekali cik akak komen tanpa segan silu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni, kita cubalah bawa beg sendiri ya. Lagi mudah. Tak payah menyumbang 0.20 sen tu kepada mereka.

      Padam
  19. Balasan
    1. Kempen ni sudah tidak diperhebatkan sekarang ni. Perlu disemarakkan semula di media massa sebagai peringatan.

      Padam
  20. salam.. sy rasa, kempen itu x berfungsi pun.. sbb yg dtg smuanya tak bawa plastik.. malah snggup utk membeli plastik baru.. tp kalau d hospital, tmpat sy kerja, memang platik tdk d sediakan utk ubat2.. jd kenalah bwa sndiri dn tdk d jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, sebab kempen ni dah nampak suram. Perlu diperhebatkan semula.

      Oh, baguslah. Itu baru betul.

      Padam
  21. bunda kalau gi shoping hari sabtu, bunda bawa beg sendiri , macam semalam...bukan nak berkira 20 sen tu...tapi nama pun kempen HARI TANPA PLASTIK kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah Bunda. Macam inilah baru kempen ni boleh berjaya.

      Padam
  22. Saya setiap kali shopping di Tesco mesti bawa beg dari rumah sebab nak kumpul point. Boleh dapat baucer percuma Tesco hantar hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak tahu pula saya. Kalau bawa beg sendiri, boleh kumpul point ke?

      Padam
  23. setuju ! pasaraya ini bukan nak menyahut seruan. tapi menggunakan kelebihan untuk mendatangkan untung lebih !

    BalasPadam
  24. mungkin semua ni bertujuan utk mnyedarkn kot..lgpn bila yg xbawa beg utk diisi, kalau xde plastik ssh pula diorg..sbb 2 la plastik dijual..hu3, pndapat sy je ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga.

      Kalau dah kita tahu yang hari sabtu hari tanpa plastik, kita kenalah bersedia bawa sendiri kan. Tapi, bila dah ada penawaran kita berasa tak apa kalau tak bawa sebab boleh beli.

      Padam
  25. jika ke tesco selalunya aiza akan membawa beg plastik sendiri dan beg kitar semula.. jimat la juga walaupun 20sen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya begitulah kan. Bawa sendiri. Boleh jimat, walaupun 0.20 sen.

      Padam
  26. Kadang2 kalau dah terdesak sangat, barang pula banyak & berat sampai tak muat beg yang kita bawa tu, nak tak nak kena la beli juga beg plastik =.="

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huis... banyaknya beli barang. Kalau macam tu, tak boleh nak cakap apalah. Kena beli juga lah plastiknya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78