Pengikut

Ahad, 28 Julai 2013

Sesuatu yang Tidak Biasa Akan Menjadi Luar Biasa Walaupun Sesuatu itu Biasa-biasa Sahaja

Assalamualaikum semua.

Pada hujung minggu, sekali lagi saya berkesempatan berbuka puasa bersama rakan di Senawang, Negeri Sembilan. Kemudian, rakan saya mengajak saya menikmati Sate Tulang

Pernahkah anda mendengarnya? Pernahkah anda menikmatinya? Mungkin anda pernah menikmatinya walaupun bukan di Senawang. 

Tulang ini bukan sebarang tulang. Saya kurang pasti bahagian mana yang dijadikan sate. Tetapi, sedap sekali. Namun begitu, perlulah berhati-hati makan, takut tercekik pula.


Kemudian, semalam hanya bersahur dengan Big Apple yang dibeli di The Mines, Serdang.


Sesuatu yang tidak biasa akan menjadi luar biasa walaupun sesuatu itu biasa-biasa sahaja. 

54 ulasan:

  1. alamak.. sate tulang uh ade kat senawang ke.. fiza slaku gak g senawang.. tp x pernh dengar.. huhuh...

    big apple nmpk sedap.. hhmmm... huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dekat Senawang. Dekat dengan Downtown Senawang.

      kalau nak ambillah satu...hehehe

      Padam
    2. oowwhh.. nama kedai ape ye?? hehehhe

      Padam
    3. Saya tak pastilah, maklumlah kali pertama pergi ke sana. Dia tepi jalan je, gerai je. Dekat dengan Sate Samuri.

      Padam
  2. sedap pula yang kat bawah tue.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Donat dia lembut. Dan sudah semestinya crem di atasnya lazat.

      Padam
  3. sate tulang?? agak luar biasa...sbb tak pernah makan mahupun terjumpa... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pertama kali makan. Boleh tahan la.

      Padam
  4. Sate tulang??? nampak mcm isi ayam jer cikgu.. mixed kot no..mesti sedap!! ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya tulang daging. Tapi, bila makan ada juga rasa macam daging ayam. Rasanya pun macam tulah kot-campur.

      Sedap.

      Padam
  5. first time dgr ada sate tulang.huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Di tempat lain saya tak pasti ada ke tidak.

      Padam
  6. ubah selera western sekali sekala yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ubah selera sikit. Sekali-sekala tak salah kan.

      Padam
  7. Sate tulang? Mungkin bahagian tulang rawan yg lembut tu... Menarik! Sesuatu yg baru bagi saya.

    p/s: Tajuk entri yang menarik...Sukar juga nak memahaminya kerana sungguh simbolik dan berbalik2 perkataannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pertama kali mencubanya. Sedap juga. Mungkin jugalah, bahagian tulang rawan. Saya pun kurang pasti.

      p/s: Menarik ke? Entah-entah semua pembaca dah pening nak faham kan.

      Padam
  8. sahur makan donut...sedap tu..suka oreo donut dengan cheese donut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatkan nak makan selepas berbuka, tapi kenyang pula. Itu yang makan masa bersahur tu. Ya, kedua-duanya memang sedap.

      Padam
  9. wahh sate tulang first time dengar..

    wahh big apple dah lame x mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah cuba cari.

      Saya pun dah lama tak makan, hari tu je teringin pula nak makan. Tu yang beli.

      Padam
  10. sate tulang ....sedap tuh... donut tu pun feveret gak hehehe...singgah sini yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sate ni.

      Big apple memang sedap sebab donut dia lembut.

      Padam
  11. Balasan
    1. Secara kebetulan saja. Lepas berbuka ingta nak makan tapi dah kenyang.

      Padam
  12. Nampak cam sedap jer sate tulang tu... mungkin bahagian tulang yang lembut ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap! Kalau cuba mesti nak lagi. Mungkin juga. Saya pun kurang pasti.

      Padam
  13. Sate tulang? ..tak biasa mendengar dan tak biasa makan pun cikgu..
    sedapnya tengok donat tu..nak satu..hee..lawak je..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya selalunya kita makan yang sate biasa saja kan. Lebih kurang sama saja, cuma yang tulang ni ada tulang dan besar sikit.

      Donat yang lembut dan berkrim. Tapi dah masuk dalam perut.

      Padam
  14. hurm , cikgu mintak pencerahan. kalau dari kuantan ke batang kali kena lalu mana.. kalau boleh buat entri pasal tu boleh ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya pun tak pastilah syuk. Maaflah, saya pun tak biasa dari kuantan. Cuba tanya kepada sesiapa yang lebih tahu. Selalunya saya bergerak menggunakan komuter saja ke Kuala Lumpur.

      Padam
  15. wah terliur tengok dua2 tu...tapi satay tulang tak pernah try.dah dekat je dengan rumah auntie.nanti nak cubalah..

    selamat bersahur ye ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kalau macam tu bolehlah cuba. Dia dekat dengan Downtown Senawang.

      Padam
  16. memang bunda tak biasa makan sate tulang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba lepas ni. Mana tahu terpikat.

      Padam
  17. wow, sedapnya lauk berbuka puasa. tapi satay nie tak boleh nak makan selalu, bahaya. kalau tak bahaya, tiap hari saya makan. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Sekali-sekala tak salah kan.

      Padam
  18. hi hi hi tak pernah rasa lagi tu. nampak macam sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, ustaz. Bolehlah cari lepas ni.

      Padam
  19. sate tulang? first time dengar..:)Big Apple tu mmg sodap..cer cuba buat entri khas apa ko bondoie sate tulang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat entri? er... tak mahir pula tentang sate tulang tu. Baru pernah cuba sekali. Harganya RM 1.10 sen sepucuk.

      Padam
  20. giler...sahur ngan big apple 6 skali pn aku ley mkn..

    BalasPadam
  21. aku klo sahur big apple mmg 6 biji pn bole habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... jangan terkejut faiq, bukan saya makan semua. Kongsi dengan kawan. Huhu... lepas ni bolehlah pergi cari big apple, baru selera bersahur.

      Padam
  22. sesuatu yg biasa itu akan menjadi luar biasa bila kita menikmatinya dengan pnuh kesyukuran....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Walaupun makanan itu hanya biasa saja, kalau kita makan penuh dengan kesyukuran nikmatnya berganda-ganda.

      Padam
  23. sate tulang? tak keras ke? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak. Yang kita makan isinya. Tulang buag saja.

      Padam
  24. 1st time dgar..tulang binatang ape tu?? nmpak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya lembu. Tapi kalau rasa macam ayam. Saya pun konfius. Main bedal saja makan.

      Padam
  25. pernah dengar mengenai sate tulang di televisyen.. tetapi belum berpeluang merasai keenakannya.. aiza paling suka sate ayam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, maksudnya pernah masuk TV lah ni. Jadi, tak lah pelik sangat sate tulang ni kan, namun tetap istimewa.

      Padam
  26. First time dengar sate tulang. Mesti susah nak jumpa ni. Selalunya sate daging & ayam je. Kadang2 ada juga sate kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, di tempat lain tak pasti pula. Sate kambing belum pernah makan lagi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78