Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

Penulis Royalti VS Penulis Honorarium

Alhamdulillah, selesai juga untuk sekolah ganti sempena jerebu tempoh hari. Seperti diduga, tidak ramai murid yang hadir, sampaikan terpaksa digabung antara dua kelas menjadi satu. 

kredit foto daripada media.kompasiana.com

Ya, pernahkah anda bertanya kepada penulis atau rakan yang mengimpikan untuk menjadi penulis, sama ada penulis sepenuh masa atau separuh masa bahawa mereka ini boleh jadi kayakah dengan hanya  menulis? 

Sebelum itu eloklah saya menjelaskan dua jenis pembayaran yang bakal diterima oleh penulis sekiranya karyanya diterbitkan sama ada dalam bentuk buku dan eceran.

1) Royalti
2) Honorarium

Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang atas setiap naskhah karya mereka yang diterbitkan. 

Honorarium ialah sagu hati yang dibayar sebagai membalas jasa kepada pengarang setelah karya mereka diterbitkan secara eceran.

Maka, penulis buku akan menerima bayaran royalti mengikut kadar cetakan dan persetujuan antara penerbit dengan pengarang. Maknanya, sekiranya buku tersebut diulang cetak, pengarang akan terus dibayar untuk kali kedua dan seterusnya. 

Manakala penulis eceran akan menerima sagu hati iaitu honorarium (hanya sekali bayar) setelah karya mereka disiarkan di surat khabar dan majalah. 

Oleh itu, pilihlah jalan mana untuk menjadi kaya. Bagi saya, kekayaan itu sekadar nilaian wang ringgit semata, lebih daripada itu tidakkah kita terfikir, seorang penulis itu sudah cukup kaya dengan kata-kata. 

P/S: Penulis royalti perlu teliti terlebih dahulu perjanjian sebelum menurunkan tandatangan agar tidak berlaku kesulitan dan kesilapan di kemudian hari yang berbangkit yang menyebabkan penulis sendiri yang terperangkap.

38 ulasan:

  1. Perkongsian yg menarik. Pengetahuan baru untuk saya.

    BalasPadam
  2. mungkin puasa kot...dorang tak larat hihihi

    BalasPadam
  3. Klu dapat jadi penulis royalti..untung kn..
    jd ipenulis ni kna ada minat dn berbakat
    klu zara..mng tak berbakat pn..heee

    BalasPadam
  4. Benn Abdullah,

    Alhamdulillah, moga perkongsian ini bermanfaat.

    BalasPadam
  5. Che Rosliza Che Mat,

    Mungkin jugalah. Murid sekolah rendah katakan.

    BalasPadam
  6. siti ZAHARA,

    Betul, nak jadi penulis kena ada minat, disiplin yang tinggi. Terutamanya penulis buku.

    Belum cuba belum tahu.

    BalasPadam
  7. Nao Mei,

    cik akak, bahasa yang bertambah baik. Tahniah!

    Betul tu, menulis lah tanpa memikirkan ganjaran wang ringgit.

    BalasPadam
  8. liana sulaiman,

    Terima kasih. Moga bermanfaat.

    BalasPadam
  9. Info yang menarik. Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi penulis, tetapi apabila berkarya bukan wang yang di cari tetapi kepuasan di dalam diri. Betul tak? Sekadar memberi pandangan.

    BalasPadam
  10. Nor Ariffin Hamzah,

    Betul tu, setiap kali karya saya tersiar, saya berasa puas.

    BalasPadam
  11. baru kenai pkataan Honorarium ... -_-

    BalasPadam
  12. Rohayu Mad Isa,

    Sebelum ni biasa dengar royalti saja kan? Lepas ni, biasa-biasakanlah.

    BalasPadam
  13. Royalti lazimnya d buat oleh syarikat yg bsr.so kalu nk royalti ni kn byk sbr.kalu submit manuskrip bln ni, bln dpn lom ttu dpt.sethn pn lom ttu lg.kalu honorarium or lbh sng sebut lump sum, bla submit manuskrip, xyah tggu lama da dpt byrn.royalti,kalu karya terjual cuma 500 je, so bersedialah utk terima amaun sbyk tu jg...pendek kt, 2x ada pro n kontra

    BalasPadam
  14. KhaiRin: anies,

    Terima kasih juga atas perkongsiannya.

    BalasPadam
  15. Ohh..baru saya tahu. Selain kepuasan, menulis pun boleh buat seseorang tu jadi kaya juga. Hehe >.<

    BalasPadam
  16. Aida ismail,

    Apa-apapun yang kita lakukan dengan kesungguhan pasti ada imbalannya.

    BalasPadam
  17. Horarium tidak ada perjanjian antara penulis dan syarikat.Mereka hanya bayar mengikut pertimbangan mereka.(berbeza mengikut syarikat)Kali pertama menghantar karya,honorarium perlu dituntut dengan surat rasmi(pengalaman saya).Untuk karya seterusnya mereka terus bayar kerana maklumat kita sudah ada dalam rekod mereka.Kali pertama karya tersiar langsung tidak terfikir tentang honorarium.Best sangat karya tersiar!(perasan la tu!)Namun sekiranya ganjaran itu boleh meningkatkan motivasi untuk menulis,apa salahnya.
    p/s:Sambil menyelam minum air.

    BalasPadam
  18. fiza x berbakat bab dalam menulis ny.. setakat menulis d blog boleh lah.. hehe.. =)

    BalasPadam
  19. Nor Hanim Taib,

    Setakat pengalaman saya, setiap kali saya menghantar karya, saya akan lampirkan surat lampiran beserta maklumat lengkap saya beserta nombor akuan. Jadi, setelah karya itu disiarkan tiada masalah untuk editorial media tersebut untuk membayar honorarium.

    Betul tu, kalau sagu hati ini dapat membakar semangat kita untuk terus menulis, apa salahnya kan. Bukan kerana kita menulis kerana wang tetapi sekadar pembakar semangat.

    BalasPadam
  20. syaafi sushi,

    Setiap orang ada bakat tersendiri. Perlu dicungkil dan diasah untuk memberi sesuatu hasil yang bermakna sama ada kepada diri, mahupun orang sekeliling.

    BalasPadam
  21. baru remy tahu...tapi seeloknya.... mungkin royalti...kalau kita terbitkan buku atau novel..kita tak tahu berapa kali diulang cetakkan.... kalau laris..... royalti pun lebat juga kan....

    BalasPadam
  22. aiza pun setakat menulis di blog sahaja.. itu pun banyak menggunakan bahasa 'rojak'..

    BalasPadam
  23. Remy hazza,

    Betul tu. Kalau nak "kaya" boleh tulis buku. Royalti tetap diberi.

    BalasPadam
  24. Mizz Aiza,

    Saya membaca tulisan Aiza. Boleh saya katakan, bahasa Aiza masih terkawal. Teruskan!

    BalasPadam
  25. Saya lama mengimpikan ingin menjadi penulis sepenuh masa. Buat masa ini honorarium menjadi idaman kerana cepat dapat duit.

    Royalti, insya-Allah.

    BalasPadam
  26. Wong,

    Kalau sudah memasang impian, bila lagi?

    Ya, honorarium cepat dapat, royalti ambil masa sikit.

    BalasPadam
  27. Saya mengklasifikasikan diri sebagai penulis aspirasi. Masih peringkat beraspirasi. Uhuk. Sedih. Tapi, itulah kebenaran. T.T

    BalasPadam
  28. Wong,

    Dari aspirasilah akan mengorak langkah ke depan. Jangan takut untuk mencuba. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  29. Kalau pengalaman Kak Long, memang ada penerbit yang tidak membayar honorarium, terutama akhbar tabloid. Namun ada juga karya tersiar dalam akhbar-akhbar utama juga tidak dibayar. Tidak tahu mengapa. Kemungkinan terlepas pandang meskipun setiap karya wajib disertakan surat lampiran lengkap butiran diri termasuk no. akaun. Apapun, Kak Long menganggap bukan rezeki Kak Long meskipun dah tersiar. Apa yang penting, menulis terus walau apa halangan sekalipun.

    BalasPadam
  30. Haniza Hamzah@Kak Long,

    Betul, ada yang tak bayar honorarium terutama akhbar tabloid. Ada juga majalah yang tidak membayarnya.

    Ya, kita akan terus menulis walau apa pun berlaku.

    BalasPadam
  31. Pengalaman akak, banyak penerbit yang tidak bayar honorarium. Daripada 14 karya tersiar, mungkin hanya 2 yang mendapat saguhati. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, karya tersiar di majalah pun dah buat akak senyum sampai ke telinga :)

    BalasPadam
  32. Siti Muthiah,

    Akak, selalunya akhbar tabloid tidak membayar honorarium. Majalah ada juga yang tidak membayarnya. Kalau media tersebut sebelum ini membayar, dan untuk karya kita tidak membayarnya, itu satu penganiayaan.

    Betul, kalau karya kita tersiar pasti tersenyum lebar.

    BalasPadam
  33. Saya tertanya tanya daif sungguhkah bahasa Melayu hingga perlu kita gunakan istilah seperti produk (?), innovasi, royalti, honorium dan sebagainya? Apa pandangan tuan?

    BalasPadam
  34. Al-Manar,

    Bagi saya Bahasa Melayu tidak daif, kerana segala ilmu dapat diungkapkan dengan baik. Terserah pada penggunanya untuk memartabatkannya. Yang menjadilan Bahasa Melayu nampak daif, apabila pengguna kita yang memperlekeh-lekehkan Bahasa Melayu dan mengagung bahasa asing. Tidakkah mereka sedar, cara mereka ini akan menghapuskan bahasa Ibunda mereka dari terus berkembang.

    Berkenaan royalti, honorarium ini merupakan istilah sahaja.

    BalasPadam
  35. Kadang-kadang perjanjian yang ditandatangan pun diabaikan begitu sahaja. Sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, kita perlu juga buat salinan akan surat perjanjian tersebut. Ada juga setelah tandatangan, tidak mendapat bayaran pendahuluan dan manuskrip tidak juga diterbitkan. Jadi untuk mengelak sebarang kemungkinan, jalan terbaik adalah membuat salinan surat perjanjian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Haniff, kita perlu bersedia, buat salinan pendua. Kalau apa-apa berlaku kita ada bukti.

      Padam
  36. Salam Ramadhan.. bagi mereka yang ingin belajar menulis, mungkin boleh cuba baca karya saya. Manalah tahu akalu ada ilmu yang boleh diambil unuk dijadikan panduan. Selamat berkarya.. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2991&idc=17230

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78