Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

Harus Bagaimana Membuat Pilihan

kredit foto daripada mummynemo.com
Gara-gara hendak balik raya, semuanya jadi ributkan? Petang tadi, ayah saya telefon bertanyakan tentang tiket balik raya. Sudah beli atau belum? Dan, bagaimana pula tiket dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur hendak beli bila? Oh, saya katakan yang saya belum pun membelinya!

Hal ini kerana saya tidak tahu bila tarikh sebenar cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Kalau ikutkan kalendar, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari khamis. Dan, cuti persekolahan bermula pada hari rabu. 

Namun begitu, dalam minggu itu juga hari isnin dan selasa dalam perkiraan masih hari persekolahan. Saya pasti ada yang sudah membeli tiket untuk balik menyambut hari raya bersama keluarga. Memandangkan kalau balik lewat akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. 

Saya mengharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan cuti berganti dan cuti peristiwa sempena hari perayaan pada hari isnin dan selasa itu. Sekiranya hari isnin dan selasa itu cuti maka kemungkinan saya boleh membeli tiket untuk balik hari sabtu. Walau bagaimanapun, semuanya masih kabur lagi. Pilihan masih belum boleh dibuat selagi keputusan muktamat belum dapat.

33 ulasan:

  1. memang cam tu kementeri tau...hihi...kita berada di cawangan yang sama...sabar je lah...mungkin ada lepas nie cikgu...hihi....
    Tak pun cik ambil cuti rehat khas untuk dua hari...hihi

    BalasPadam
  2. oooo semoga cepat di beritahu cuti bila, kesian cikgu mesti dlm dilema

    BalasPadam
  3. Nao Mei@ cik akak,

    Saya pun hairan dengan kementerian ni, mengapa tidak diberi cuti saja, dan waktu persekolahan dipanjangkan. Setelah itu, cuti penggal kedua boleh dilewatkan sedikit. Kan senang macam tu.

    Saya pun fikir macam tu juga, kalau tak cuti saya nak ambil CRK.

    BalasPadam
  4. Aku Penghibur,

    Ya, saya pun berharap begitulah. Jangan last minit baru KPM nak umum.

    BalasPadam
  5. tadi dengar radio. dowang cakap tiket bas abis suda untuk blik raya.ngeee

    BalasPadam
  6. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Oh, tidaaaaaaaaaaaaaaaK.

    BalasPadam
  7. Moga2 dapat tiket untuk blik raya ni..kn cikgu helmi?..

    BalasPadam
  8. siti ZAHARA,

    Terima kasih. Doakan tiket balik saya masih ada ya.

    BalasPadam
  9. Kalau ada kenderaan sendiri, senang kan? Tetapi apabila menaiki kenderaan awam, terpaksa la ikut peredaran masa. Saya doakan tuan dapat pulang dengan selamat.

    BalasPadam
  10. lambat keputusan membuatkan ramai yg dalam dilema..... takut nanti ticket bas habis...mcm ketapi tu..... remy alhamdulillah..... balik sabtu hantar keta.... ahad balik kl...isnin dan selasa sambung kerja...selasa mlm baru balik naik bas.....kalau jem pun...takpe...lena ats bas ajelah.....

    BalasPadam
  11. aiza pernah balik kampung naik bas ganti-ganti pada hari raya pertama disebabkan tiket bas balik ke kampung sudah habis.. lebih baik beli cepat jika tak nak kejadian macam aiza berulang..

    BalasPadam
  12. buat cuti sendiri dik. haha. mc ke.

    BalasPadam
  13. macam tu ke ceritanya, tapi saya ada baca di beberapa blog smlm, katanya depa rujuk di laman web nutp, kpm telah beri cuti ganti pada 5&6 Ogos.sy pi check smlm ke nutp, tak jumpa pulak news tu..cuba sdr check skali lagi di lmn web kpm ye.. selamat merancang perjalanan sdr:)-

    BalasPadam
  14. Remy hazza,

    Oh, kenapa tidak naik kereta saja balik. Takut sesak ya.

    Betul tu, kalau naik bas, kalau jalan sesak boleh tidur. Naik kereta, alamatnya banyak merungutlah.

    BalasPadam
  15. Wong,

    Betul tu. Kalau ada kenderaan sendiri, kita bebas dan tak perlu risau lagi.

    Terima kasih doanya ya.

    BalasPadam
  16. Mizz Aiza,

    Oh, kalau ke Kedah naik bas ganti-ganti, susah juga ni.

    Kalau ikutkan nak beli cepat, tapi tak tahu cuti tu bila.

    BalasPadam
  17. syuk sushuke,

    Cuti sendiri? MC? Huhuhu saya cadang kalau tak juga diumum cuti saya nak minta CRK (Cuti Rehat Khas).

    BalasPadam
  18. Cik Matahariku,

    Betul ke, tak apa nanti saya pi semak. Mana tahu, ada kan. Bolehlah saya beli tiket cepat sikit.

    BalasPadam
  19. dalam dilema kan?susah untuk atur jadual.bagi yang kampung halaman dekat tak jadi masalah, ni untuk yang jauh memang masalah. Harap pihak kementerian ambil berat masalah ini kan.

    BalasPadam
  20. Nor Ariffin Hamzah,

    Betul, kalau kampung halaman yang dekat tidak jadi masalah. Jauh, memang sukar? Perlu ambil tindakan segera.

    BalasPadam
  21. Bersyukurlah orang yang kampung halamannya dekat...cuti atau tidak hari Isnin dan Selasa..tak jadi masalah sangat...apa pun moga dimudahkan urusan...Helmi, naik flight je la...

    BalasPadam
  22. Nor Hanom Taib,

    Saya tak pernah naik kapal terbang. Pasti, harganya melambung sempena hari raya ni. Apatah lagi lewat membeli tiketnya.

    BalasPadam
  23. Jie Susanos,

    Terima kasih. Moga segalanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  24. Hari tu dengar kat berita yang tiket ke pantai timur dah habis dijual. Rasanya sebelum berpuasa lagi. Tapi tiket ke negeri selain pantai timur, saya tak pasti pulak. Huhu~ Cepat2 beli tiket cikgu. Nanti tak dapat balik beraya kat kampung. Hehe~

    BalasPadam
  25. Aida Ismail,

    Selalunya begitulah Pantai Timur dan Utara selalu panas. Tiket selalu habis. Itulah yang saya nak beli awal.

    BalasPadam
  26. hihi, bab ni pun mama pening, anak mama sekolah, nak balik kampung beraya pun dekat-dekat. atok dah berteriak suruh kami semua balik awal.. nak bakar lemang sesama katanya..

    BalasPadam
  27. Norhasniza Khalid,

    Seronoknya dapat bakar lemang.

    BalasPadam
  28. Selalunya KPM lambat umum mengenai hal ini, harap ada berita gembira buat semua guru dan pelajar ;)

    Macam kami pekerja biasa kena jugaklah bekerja smpai Rabu..sobsob ;)

    BalasPadam
  29. Myra Jay,

    Saya harap pihak KMP pantas membuat keputusan.

    Selamat bekerja ya.

    BalasPadam
  30. Saya kira beruntung kran bertentang arus. Orang kl sibuk balik beraya di utara,saya pula balik selatan. Alhamdulillah, setakat 4 tahun tinggal diutara, masalab utama nak ke toilet/ hentin rehat sebb biasany penuh, sush nk msuk prking

    BalasPadam
  31. ANIM,

    Betul tu. Masalh utama ialah nak berhenti di hentian. Saya juga pernah merasainya. Bas terpaksa berhenti jauh, sebab kereta sudah sesak.

    BalasPadam
  32. Masalah guru yg mgjr di sabah n sarawak nak beli tiket kapal terbang balik kmpung ke smenjung

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78