Wah, tajuknya bukan main gempak lagi kan!
862 merupakan Pageviews Tetamu Isimewa semalam.
Alhamdulillah, daripada 748 ke 862. Hampir mencecah 900.
Belum pun cecah 1000 dah hebohkan saya ni. Orang lain tak kecoh pun.
Entri ini bukan untuk menyebarkan riak kata cik akak, tapi sekadar untuk mengucapkan kesyukuran dan berkongsi kegembiraan itu dengan blogger yang turut menyumbang peningatan ini.
Sebenarnya tiada apa yang hendak saya sembunyikan. Dan, apa yang telah saya lakukan hendak saya kongsikan juga di sini.
1) Cuba perhatikan entri saya untuk bulan ini. Rasanya dah lebih 50 lebih. Berbanding bulan lepas dan sebelumnya. Kalau dulu lagilah. Malas sungguh saya nak terbitkan entri baharu. Kadang-kadang seminggu sekali sahaja. Tapi sejak seminggu dua ini, sekurang-kurangnya sehari dua atau tiga entri dalam sehari akan saya terbitkan.
2) Keduanya, mungkinkah saya boleh katakan yang tajuk entri yang ditulis memainkan peranan penting. Kalau blog blogger popular mestilah tersenarai dalam Bloglist kan? Tapi, rasanya Tetamu Istimewa berapa kerat sangatlah yang nak letak dalam Bloglist kan. Kalau di Bloglist pasti blogger tersebut akan mengunjungi blog anda setiap hari dan jika ada entri baharu. Tapi, kalau yang tidak tersenarai dan mengharapkan carian dari enjin carian sahaja, pasti sukar juga melainkan tajuk entri kita menarik dan lain dari yang lain.
3)Ketiganya, sebolahnya entri yang ditulis bermanfaat dan kalau yang berkemahiran bolehlah berkongsi tentang ilmu yang kita ada. Ilmu yang saya boleh kongsikan di sini sekadar ilmu penulisan dan sedikit berkaitan pendidikan. Moga entri penulisan saya itu mampu mencambahkan idea blogger yang membaca.
4) Kenalah rajin berkunjung ke blog rakan juga kan. Dan, kalau rajin berilah respon terhadap entri yang dibaca. Dan kalau rajin lagi tinggalkan link anda di Cbox blog tersebut. Selain tuan blog itu baca, pasti pengunjung lain yang singah di situ juga boleh klik dan seterusnya ke blog kita.
nice pageviews.keep it up..
BalasPadamTerima kasih.
Padamjarang jejak smpi 800..wah tinggi betul tu
BalasPadamInipun kali pertama.
Padamwah..pv 900..tahniah
BalasPadamsuntikan semangat buat yumida jugak nih
Terima kasih. Rasanya 900 tu dah biasa bagi blogger seperti Yumida yang popular ni.
Padampergggghhhh.. jeles nya.. kiter nak dapat 100 pon terkedek2 ^_^
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki. Berkat pembaca semua juga yang singgah di sini.
PadamTahniah cikgu..keep it up!!
BalasPadamTerima kasih. Kalianlah yang membuatkan saya boleh memperolehi catatan begini.
PadamTahniah cikgu.. Nice sharing.. Kak Erin pun selalu berkunjung ke blog cikgu.. yang bestnya, blog cikgu ni di update setiap hari.. Rajin betul cikgu.. Mana sibuk nak menulis cerpen lagi.. Tapi still sempat menguruskan blog.. :-)
BalasPadamTerima kasih Kak Erin atas sokongan setia yang diberikan. Insya-Allah, tak lama lagi masuklah dalam ruangan Setia Bersama di sebelah kanan tu.
PadamMenulis? Ada masanya juga. Alhamdulillah, setakat ini masih boleh menguruskan diri.
Terima kasih Kak Erin atas sokongan setia yang diberikan. Insya-Allah, tak lama lagi masuklah dalam ruangan Setia Bersama di sebelah kanan tu.
PadamMenulis? Ada masanya juga. Alhamdulillah, setakat ini masih boleh menguruskan diri.
Saya setuju no 2. Kena tahu bahawa blogwalkers hanya tertarik kepada tajuk dahulu. Dan blogwalkers guna teknik scheming apabila membaca blog. Oh ada juga yang tak baca langsung. Hanya datang baca tajuk, intro dan kesimpulan. Kemudian komen. Terpulang kepada tuan blog memilih pembacanya bagaimana.
BalasPadamYa, kalau entri yang terlalu panjang selalunya begitulah yang dilakukan. Tapi, kalau entri itu menarik, pasti dibaca sampai habis.
PadamTuan Blog dapat kenalpasti pembacanya melalui komen yang ditinggalkan.
tahniah cikgu, moga sentiasa diberikan kekuatan dan ilham menulis :)
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah.
Padambetul tu cikgu acik sokong ..alhamdulilah pageview dah banyak di blog cikgu
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih.
Padamwah.. banyaknya pageview.. tahniah.. :) thanks sebab sudi kongsi tips.. :)
BalasPadamTerima kasih. Sekadar berkongsi apa yang dilakukan saja.
PadamDah cukup banyak dah tu..sokong apa dituliskan.
BalasPadamSekadar berkongsi. Terima kasih sudi membaca.
PadamSekarang ni memang saya dapati blog ini sgt aktif, cikgu mampu terbitkan 2~3 entri dlm satu hari...xterkejar saya, byk yg tertinggal.
BalasPadamTahniah! Kini tiba masa untuk meningkatkan ilmu blogging...berkenalanlah dgn SEO, Backlink, PRank, Webmaster dan sebagainya. Cikgu kena meningkatkat tahap visual blog ini di dunia maya dan enjin carian agar mudah pencari maklumat dan blogger mengesan blog ini.
Bagi saya rugilah sebuah blog yg mempunyai entri yg bagus dan bermanfaat spt ini tapi terpinggir di enjin carian dan ilmu tidaklah dpt disampaikan kpd pencari dan ramai orang...
Belajarlah perlahan2 dan lihatlah hasilnya yg pasti berganda2 dr apa yg cikgu dapat sekarang! Ingat...kualiti dan konsistensi tetap dikekalkan dan keikhlasan utk berkongsi itu jgn dilupakan.
Terima kasih Bm. Komen yang sangat membina dan meransang semnagt untuk saya terus menulis di sini.
Padamtahnih..fizi tumpang sekaki buat kejayan dan ilmu dari bro:)
BalasPadamTerima kasih Fizi menyokong Tetamu Istimewa. Amin, moga bermanfaat.
PadamTahniah.... banyaknya pageview... kagum....
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih.
Padamterbaik Cikgu...
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamtak perasan plak view iqa berapa.huu
BalasPadamCubalah semak, entah-entah lebih banyak dari saya.
Padambetul tu helmi.. aiza je yang malas nak menulis entri sekarang ni.. hehe..
BalasPadamp.s: cuba pasang iklan nuffnang.. sambil menulis entri blog boleh menjana pendapatan sampingan..
P/S: Tak tahu macam mana nak mula. Kalau ada yang sudi tunjuk dari awal hingga akhir bolehlah.
PadamSaya suka datang blog cikgu ni =) banyak info yang saya akan dapat, tak mustahillah blog cikgu ni ramai pengunjung..ha3, cikgu ni terlampau rendah diri kot..saya rasa ada je semua tu..teruskan menulis ye
BalasPadamJangan puji melambung sangat Fais.
PadamTerima kasih ya, sudi menyokong Tetamu Istimewa.
hamba paling sokong bab rajin memperbaharui entri tu
BalasPadamKalau rajin kemaskini blog pasti ada yang datang.
PadamKeikhlasan dalam berkongsi ilmu sangat diberkati dan dituntut.
BalasPadamTerbaiklah cikgu..=D
BalasPadamTerima kasih Zara.
Padam