Pengikut

Selasa, 27 Ogos 2013

Apalah Erti Sebuah Pertubuhan Keamanan

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

kredit foto daripada zainurrashid.com

Apalah Erti Sebuah Pertubuhan Keamanan

Apalah erti sebuah pertubuhan keamanan
andai peluru-peluru sesat masih tersasar arah
andai bom-bom tangan terbaling ke merata tempat
pertubuhan yang bertopengkan kemuliaan
pergerakan yang berasaskan keadilan
bergerak hanya di balik bayang-bayang
yang dipandu gerak dalang.

Raungan, teriakan, tempikan
anak-anak kecil, ibu-ibu tua
menjadi melodi terindah halwa telinga
para pemimpin agung
yang duduk di kerusi tetap di persada
pemerintahan tertinggi.

Apalah erti sebuah pertubuhan keamanan.


Mohd Helmi Ahmad
30/7/2011
Kg Pdg Jambu

18 ulasan:

  1. Pertubuhan yang hanya tinggal nama. Tiada daya dan upaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada perubahan yang dapat dilakukan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca dan menghayatinya.

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi ke sini.

      Padam
  4. sahabat pernah terbitkan ke puisi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puisi ni belum pernah terbit di mana-manapun. Sekadar berkongsi di blog ini saja.

      Padam
  5. semuanya hanya sekadar nama...takde perkara yang boleh dibanggakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau terusan begini tiada lagi istilah keadilan dalam dunia ini.

      Padam
  6. Pertubuhan hanya sebuah nama...
    Manusia didalamnya yg tiada mata dan telinga.
    Hanya doa kpd yg Esa dari kita semua, semoga keamanan terlaksana jua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung haraplah kita pada yang Esa apabila manusia telah tidak boleh dipercayai lagi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78