Pengikut

Selasa, 20 Ogos 2013

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


Sempena hari kemerdekaan yang tidak lama lagi bakal menjelang, sekolah saya sekali lagi mengadakan program kibar bendera untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah. Biarpun program pelancarannya pernah diadakan sebelum cuti hari raya tempoh hari murid-murid masih bersemangat menyanyikan lagu patriotik dan mengibarkan Jalur Gemilang. 

Dalam ucapan Guru Besar tadi, beliau menyaran murid-murid supaya banyakkan membaca tentang sejarah Malaysia tidak kira sama ada melalui internet, surat khabar ataupun buku. Malahan, guru-guru bertindak sebagai pemudah cara untuk memahamkan murid-murid tentang apa-apa isu berkaitan kemerdekaan, ketatanegaraan dan seumpamanya. 


Pelbagai aktiviti telah dirancang. Insya-Allah, aktiviti itu akan berlangsung dari masa ke masa dalam bulan Ogos ini yang masih berbaki seminggu dua ini. Saya pula ditugaskan dalam Pertandingan Deklamasi Sajak.

24 ulasan:

  1. Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan. Tapi tahun ini logonya macam tak kena lah dengan tema.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hanya berbaki beberapa hari saja lagi dalam bulan Ogos ni.

      Logo? hehehe

      Padam
  2. in shaa Allah..sama2 semarakkan hari kemerdekaan =) seronok tengok budak2 sekolah sekarang..bersemangat je diorang nak sambut merdeka

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Kemerdekaan cikgu.... teringat mama masa zaman mama jadi cikgu dulu, seronok betul budak-budak tu bila mama suruh dorang buat koir nyanyi lagu... lupa tajuk dah mama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Kemerdekaan.

      Ada juga persembahan nanti.

      Padam
  4. zaman skolah saya dulu seronok beli bendera plastik yg dalam dia ada coklat tuh.ahaaa

    BalasPadam
  5. wah awal betol cik...sekolah cik akak lom lagi nie...baru tampal bendera dan lekat banting je...
    mungkin minggu depan baru ada perhimpunan tu..hihi....

    salam merdeka cikgu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan ini pelancaran kali kedua.

      Salam kemerdekaan cik akak.

      Padam
  6. dah habis musim raya, musim merdeka plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kebetulan dua sambutan temasya dalam satu bulan.

      Padam
  7. Assalamualaikum cikgu ... dah lama tak singgah sini ... laptop buat masalh ... ni pun guna laptop abang ... ssh nak blogwalking ... rindu rasanya nak sambut merdeka kat sekolah ... meriah je dgn pelbagai acara yang meningkatkan semangat patriotik ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Cik Yuyu.

      Oh, begitu. harap lepas ni cepatlah boleh baiki.

      Salam kemerdekaan.

      Padam
  8. selamat menyambut hari kebangsaan

    BalasPadam
  9. meriah.... teringat lak zaman sekolah dlu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah. Terima kasih singgah dan follow di sini. Jemput datang lagi ya.

      Padam
  10. cantik pentas di dataran sekolah sahabat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tapi pentas ini tak berapa fleksibel. Sebab kalau nak buat persembahan susah sikit.

      Padam
  11. selamat menyambut hari merdeka.. elok semangat cintakan negara dipupuk sejak di bangku sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Moga murid-murid ini tidak sekadar berseorak kesukaan tanpa menghayati erti kemerdekaan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78