Pengikut

Khamis, 8 Ogos 2013

Kad Raya Pertama dari ITBM


Nampaknya tinggal berapa jam sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Dalam waktu kita menghitung detik jam, saya baru sahaja menerima sekeping kad raya daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). 

Dalam kad raya ini juga turut disertakan udangan sambutan hari raya yang akan diadakan pada 20 Ogos 2013 bersamaan hari Selasa. Nampaknya, sukar untuk saya penuhi permintaan ini memandangkan hari persekolahan. 

Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada ITBM. Walaupun saya ini belum sah lagi menjadi penulis mereka dan undangan ini satu penghargaan kepada saya.

32 ulasan:

  1. iye lah..tinggal beberapa jam lagi Ramadhan akan pergi dan Syawal menjelang lagi..Selamat Hari Raya Cikgu..Bestnya dapat kad raya dan jemputan ke jamuan hari raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Memang teruja apabila mendapat kad raya dan beserta jemputan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

      Padam
  3. dapat kad raya, saya pun dapat juga dari rakan2x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mesti seronokkan. Bukan senang orang nak bagi kad raya sekarang ni.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya, kad raya pertama dan terakhir yang saya dapat.

      Padam
  5. Tahniah tuan! Jemputan istimewa buat penulis mapan. *thumbs up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wong. Pembetulan *bukan penulis mapan, saya ini sekadar penulis anak ikan saja.

      Padam
  6. wahh best tu :-).. dapat kad raya yg bermakna selamat hari aidilfitri maaf zahir &batin..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat bermakna bagi saya acik. Terharu pun ada.

      Padam
  7. wah wah cikgu dapat kad raya ye....
    selamat hari raya cikgu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur ada juga yang nak bagi. saya terima saja.

      Selamat hari raya juga kepada mama.

      Padam
  8. tahniah!!!!selamat hari raya aidilfitri jugak!!!!!

    BalasPadam
  9. Sdr Mohd Helmi Ahmad: Selamat Hari Raya Aidilfitri, terima kasih atas kunjungan, ukhwah dan ucapan.
    -MARSLI N.O, oGOS 9. 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Tuan Marsli N.O. Maaf zahir dan batin ya.

      Padam
  10. Tahniah cikgu! Bestnye kalau dapat jadi penulis ITBM :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya seronok dan berbangga kalau dapat jadi penulis ITBM. Namun, saya belum lagi.

      Padam
  11. i tk dapat kd raya pun TT____TT

    have a great raya cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah satu-satunya kad raya yang saya dapat.

      Selamat Hari Raya Aidlfitri. Terima kasih singgah di sini.

      Padam
  12. Budaya memberi menerima kad raya ini, eloklah diteruskan. Mungkin boleh dimulakan semula tahun hadapan. Sayangnya cikgu tak dapat hadir. Kak Long sudahpun memaklumkan pihak ITBM akan kehadiran pada 20hb. nanti. Memang belum rezeki lagi nak berjumpa no :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya tidak dapat hadir kerana pada hari tersebut merupakan hari persekolahan. Jika diadakan pada hujung minggu rasanya lebih baik.

      Padam
  13. seronoknya dapat kad raya.. tahniah kerana mendapat undangan dari ITBM.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti teruja apabila mendapat undangan daripada penerbit buku yang terkenal seperti ITBM.

      Padam
  14. Wah, entah-entah abang antara pemenangnya pada hari tu. Saya pun menerima undangan ke majlisnya menerusi emel. Mungkin tidak dapat menghadirinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang tak masuk apa-apa peraduan bersama ITBM tempoh hari. Jadi, abang bukanlah antara pemenangnya. Mungkin "bakal penulis" mereka kot, hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78