Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Maxis Menyemarakkan Warisan Budaya

Pernahkah anda melihat iklan ini? Iklan terbitan Maxis ini sesungguhnya mengujakan. Banyak makna tersirat yang harus difikirkan bersama. 

Saya fikir melalui iklan ini Maxis telah menjalankan tanggungjawab sosialnya. Maxis bijak dalam mempromosi produknya dalam masa yang sama hemah dalam menyemarakkan budaya dengan memperkenalkan permainan tradisional. Di samping, perhubungan dalam sesebuah keluarga mengeratkan silaturahim. Usaha ini harus diberi pujian dan diikuti oleh syarikat penerbitan yang lain.


Selain itu tahukah anda di manakah pengambaran iklan ini dibuat. Sesungguhnya saya sangat teruja kerana iklan ini dijalankan di Kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor. Tempat pengambarannya berhampiran dengan rumah saya. Saya melalui rumah warisan ini setiap hari untuk ke sekolah. 

Namun sewaktu pengambaran dijalankan tidaklah saya bersungguh untuk melihat proses pengambarannya. Kalau tidak salah saya, iklan ini mengambil masa dua hari pengambaran. 

24 ulasan:

  1. memang benar bahwa warisan budaya harus kita jaga agar eksistensinya bisa terjamin :) terimakasih atas informasinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita yang mewarisinyalah yang perlu dijaga agar budaya itu lestari sepanjang zaman.

      Padam
  2. betul tu warisan kita harus di pelihara ..cantik rumah ini..iklannye pon menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengar cerita, rumah ini selalu dipilih untuk lokasi pengambaran.

      Padam
  3. cantik rumah tu.. kalau helmi yang berlakon sama lagi menarik (aiza gurau saja).. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya? Kalau saya turut berlakon tak tahulah jadi apa iklan tu.

      Padam
  4. Balasan
    1. Huhuhu... sudah pastilah tempat yang dipilih mempunyai keunikannya kan.

      Padam
  5. mula-mula tengok iklan ni dah tergelak sorang-sorang..part last sekali sebab pndai budak tu menipu.. comel.. =)

    BalasPadam
  6. Memang cantik pun rumah tu...masih nampak tradisinyer... tinggi, tangga batu...kawasan yang luas, tanpa pagar..pokok2 keliling rumah...cantik sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, rumah tradisi ini menyimpan budaya warisan yang tinggi.

      Padam
  7. menarik tgk..

    p/s: salam kenal dari yui =)
    jemput sggh selalu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iklan ini walaupun simple, tapi menarik.

      Salam kenal juga.

      Padam
  8. hu3..kalau sy pasti teruja nak tengok =) iklan ni memang best..lain dari yang lain..memang bagi pengajaran yang berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iklan yang lain dari yang lainlah yang selalunya meninggalkan kesan dan kenangan.

      Padam
  9. lum tengok lg iklan ni..rmmahnya mmg cntik..

    BalasPadam
  10. belum berkesempatan menonton iklan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ini boleh tonton. Kalau tak ada, cari di internet pun ada.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78